Islamic Widget

PEMBACA

Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

CERITA MADU

Saya bukanlah pengamal madu sejak kecil. Seingat saya paling awal saya mengamalkan minum madu sewaktu di "matrikulasi UIAM". Kerana yakin dengan khasiat madu, apatah lagi bicara tentangnya ada di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi, saya cuba menjadi pengamal madu. Cuma pada waktu itu saya hanya mengambil madu tempatan. Setelah hanya sebotol madu tempatan yang berharga lebih kurang RM20, saya membuat kesimpulan saya mungkin tidak serasi dengan madu kerana "panas" badan selepas mengambilnya. Seingat saya madu asli tempatan agak kemasam-masaman.

Apabila popular madu Khaula dari Iran saya membeli sebotol 1kg berharga RM65 sekali sarangnya.Hampir dua tahun saya tidak berjaya menghabiskannya sehingga saya memberikannya kepada abang saya. Rasanya manis-manis dan masamnya tidaklah ketara.Tetapi saya tidak tahu kenapa saya tidak serius menghabiskannya. Itu sekitar zaman Ijazah Sarjana.

Ketika zaman PHD ini saya berazam untuk kembali mengamalkan madu kerana tahu Nabi sukakan madu. Dan kerana banyaknya khasiat samada bersumberkan Quran dan Hadis mahupun kajian saintifik.Apa yang penting, tentulah Al-Quran dan Hadis tidak menipu kita...sekali-kali tidak.

Mulanya saya mengambil madu As-Syifa dari Arab Saudi, harga murah juga: RM14 (yangmana di stall UIA dan di JUSCO ada dijual RM30) dan RM7 (yangmana di TESCO ada penjual menjual dengan harga RM30). Itulah dua harga untuk kilogram berbeza bagi madu As-Syifa' Arab Saudi. Ternyata madu ini mudah didapati dipasaran dan begitu "laku". Rasanya manis, teksturnya tidak pekat, agak cair,masamnya tidak ketara, tapi tidaklah beraroma. Kesannya pada badan pula tidak jelas terasa.

Kemudian saya beralaih kepada Madu Sidir Yaman keluaran AlBinanji Trading, 500gm RM155 di kedai yang saya beli setelah menanyakan tuan kedai madu yang terbaik dari segala segi terutama khasiatnya. Ternyata tidak sia-sia percubaan saya, dalam masa 2minggu habis satu botol. Kemudian beli lagi satu botol. Habis botol kedua, stok dikedai tersebut telah habis. Lalu saya mencuba Madu Sumur Yaman dari syarikat lain (yang terletak di Diamond Square Gombak). Madu Sumur pun sedap juga, serupa tapi tak sama dengan Sidir.Manisnya lebih sikit dari Sidir AlBinanji, aromanya kurang, kepekatannya pun kurang,warna sedikit berbeza.

Rasa yakin dengan madu Sidir membawa saya meneroka tentangnya di "Google". Lalu terjumpalah Madu Sidir yang harganya ditawarkan kurang dari Sidir AlBinanji. Mungkin khasiatnya sama, tetapi rasa hati dan teliti mengatakan ada perbezaan antara duanya.

Sekarang saya selesa dengan Madu Sidir Yaman edaran AlBinanji Trading. Rasanya tidak terlalu manis, warnanya, pekatnya, aromanya...hmmmm sukar dicerita kerana ia untuk dicuba dan dirasa. Hanya yang mencuba tahu nikmatnya. Dari segi khasiat Madu Sidir yang jelas ketara adalah membantu saya mengurangkan keletihan (membekalkan tenaga zahir dan batin), membantu mengeluarkan kahak dan lendir (yang menjadi faktor utama masalah "mengantuk" saya), membantu masalah sinusitis/resedung dan asma/lelah yang ada pada saya.

Jenis madu terakhir yang saya cuba ialah madu dari Mesir yang hanya berharga RM15 250gm. Rasanya serupa tapi tak sama dengan madu Arab-Saudi.

Setiap orang berbeza tahap imuniti dan jenis penyakit. Ada yang sihat walafiat. Tapi bagi saya yang mempunyai masalah kesihatan yang diwarisi keturunan-resedung, banyak kahak dan lendir - perlu kepada rawatan.

Sebut saja rawatan alopathy mahupun alternatif seperti bekam, homeopathy, dan mengambil supplements seperti BYoung, Susu IGG, Grean tea, Kolagen, dll....saya yakin madu adalah yang terbaik buat saya setakat ini dan madu itu adalah jenis "Sidir Hadhrami".

Khasiat dan rasa serta warna dan aroma madu bergantung kepada sumbernya:jenis bunga dan iklim negara/tempat tersebut. Iklim negara kita berbeza dari negara-negara Arab seperti Yaman, sebab itulah madu asli tempatan seperti Madu Liar Asli (John Honey ) terasa kemasamannya.