HARI-HARI TERAKHIR RASUL JUNJUNGAN
20 HARI IKTIKAF PADA BULAN RAMADHAN
DUA KALI MALAIKAT JIBRIL DATANG
UNTUK BAGINDA BERTADARUS AL-QURAN
TAHUN 10 HIJRAH KALENDAR ISLAM
AWAL SAFAR 11 HIJRAH
KE UHUD BERDERAP LANGKAH
MENDOAKAN PARA SYUHADA
BAGAIKAN MENGUCAP SELAMAT TINGGAL
SUATU MALAM DIPERTENGAHAN
BAGINDA KELUAR KE BAQI'
SAMBIL MEMOHON PENGAMPUNAN
UNTUK PENGHUNI PERKUBURAN BAQI'
29 SAFAR BAGINDA DITIMPA SAKIT KEPALA
PANASNYA SUHU KESAKITAN AMAT KETARA
NAMUN MASIH SOLAT BERSAMA SAHABAT-SAHABATNYA
MINGGU TERAKHIR SAKIT BAGINDA
DIPAPAH KERUMAH AISYAH ISTERI TERCINTA
SETELAH BERTANYA DIMANA GILIRANNYA
ISTERI-ISTERI MERELAKAN BAGINDA MEMILIHNYA
BERJALIN KAKI KERUMAH AISYAH
DIPAPAH ALI BIN ABU TALIB DAN AL-FADL BIN ABBAS
KEPALA BERBALUT BAGINDA MELANGKAH
MENGHABISKAN MINGGU TERAKHIR DIRUMAH AISYAH
LIMA HARI SEBELUM WAFAT,
TUBUH BAGINDA BERTAMBAH PANAS,
LALU PINTA BAGINDA SUPAYA DIMANDIKAN
DARI TUJUH GERIBA AIR DARIPADA PERIGI BERLAINAN
SETELAH LEGA BAGINDA KEMASJID
MEMBERI KHUTBAH KEPADA PENDENGARNYA
"JANGAN JADIKAN KUBURKU SEBAGAI BERHALA YANG DISEMBAH"
SABDA BAGINDA KUBUR JANGAN DIJADIKAN MASJID
SEBAGAIMANA YAHUDI DAN NASRANI YANG TELAH
MENJADIKAN KUBURAN NABI MEREKA SEBAGAI MASJID
SETELAH TURUN DARI MINBAR
MENAWARKAN DIRINYA UNTUK DIQISAS
KEMUDIAN BAGINDA BERSABDA
ORANG YANG PALING PEMURAH IALAH ABU BAKAR
EMPAT HARI SEBELUM WAFAT
TIGA PERKARA DIPESAN BAGINDA
PESAN PERTAMA:
YAHUDI, NASRANI DAN MUSYRIKIN HENDAKLAH DIKELUARKAN DARI SEMENANJUNG ARAB
PESAN KEDUA:MELAYANI PARA UTUSAN SEBAGAIMANA BAGINDA MELAYANANINYA
PESAN KETIGA PULA PELBAGAI KATA KERANA PERAWI TERLUPA APA PESANNYA
SEHARI SEBELUM WAFAT
SEMUA HAMBA SAHANYA BAGINDA MERDEKAKAN
TUJUH DINAR DALAM SIMPANAN DISEDEKAHKAN
SENJATA-SENJATANYA DIBERIKAN KEPADA ORANG-ORANG ISLAM
PADA MALAMNYA AISYAH MEMINJAM MINYAK PELITA DARIPADA JIRANNYA
SEBELUM ITU BAJU BESI RASULULLAH DIGADAIKAN
DENGAN BAYARAN 30 GANTANG GANDUM KEPADA SEORANG YAHUDI
HARI TERAKHIR,
DIKALA HENING SUBUH PAGI ISNIN
PABILA SAHABAT GIRANG MELIHAT RASULULLAH
RASULULLAH YANG MEMANDANG MEREKA DISEBALIK TABIR YANG DISINGKAP
KEMUDIAN BAGINDA MASUK SEMULA DAN MELABUHKAN TIRAI TABIRNYA
SETELAH WAKTU DHUHA SEMAKIN MENINGGI,
RASULULLAH MEMBISIKKAN KETELINGA FATIMAH
LALU MENANGISLAH DIA KERANA AYAHNYA RASULULLAH
AKAN DIJEMPUT PULANG KE-RABBNYA
NAMUN KEMUDIAN DIA KETAWA
SETELAH DIBISIK KALI KEDUA
KERANA DIALAH YANG PERTAMA MENYUSULI AYAHNYA
DAN DIALAH KETUA SELURUH WANITA DI ALAM MAYA
SAKIT BAGINDA BERTAMBAH KUAT
KESAN RACUN DAGING KAMBING DI KHAYBAR
BAGAIKAN HENDAK PUTUS URAT TENGKOK BAGINDA
ANGKARA RACUN ITU KATA BAGINDA
DETIK TERAKHIR BAGINDA BERSUGI
DENGAN SIWAK YANG AISYAH LEMBUTKAN
SELEPAS BERSUGI BAGINDA PUN KEMBALI
KEMBALI KEPADA TUHAN SELEPAS MENGUCAPKAN
"PERTEMUKAN DAKU DENGAN TEMAN YANG TERTINGGI, YA ALLAH".
3 KALI KALIMAH ITU DIULANG-ULANG
TANGGAL 12 RABIUL AWAL
HARI ISNIN 11 HIJRAH
YA RASUL,
SYAFAATKAN KAMI
YA ALLAH,
RAHMATILAH KAMI.
No comments:
Post a Comment