Islamic Widget

PEMBACA

Monday, November 14, 2011

Kenapa Korban di Kemboja









Gambar-gambar yang dikirimkan melalui emel kepada kami oleh Ustaz Salleh.

"Korban di Kemboja sudah banyak, ramai orang buat. Sudah dikomersialkan." kata seorang kenalan saya pensyarah di UIAM

"Ustaz, dah ramai orang korban di Kemboja. Ada satu masjid tu, korban 65 ekor lembu sumbangan orang Singapura." ujar anak murid suami saya. "Tahun depan kita buat di tempat lain pula ustaz, di Somalia ka."tambahnya lagi.

Itu hanyalah sebahagian pandangan beberapa kenalan saya dan suami saya tentang korban di kemboja. Saya tidak tahu pandangan orang-orang lain.Saya tidak tahu pandangan anda. Mugkin anda juga tertanya-tanya kenapa ramai orang buat korban di Kemboja?Tidak di Malaysia?Tidak di negara-negara lain.

Saya pasti setiap penganjur program korban di Kemboja ada jawapan tersendiri. Dan saya amat pasti kebanyakan penganjur atau orang yang menguruskan korban di Kemboja lebih bersifat ingin membantu, bukan mengaut keuntungan.

Bagi kami suami-isteri yang membantu mencari orang-orang Malaysia yang mahu berkorban di Kemboja adalah atas permintaan ustaz-ustaz disana. Program ini bermula pada tahun lepas apabila kami berkenalan dengan Ustaz Kadir yang pernah menuntut di Malaysia yang kemudiannya membuka madrasah disana bersama-sama ustaz-ustazah disana. Tahun lepas kami mengirimkan wang untuk 7ekor lembu x RM150 satu bahagian. Hanya untuk kampong ustaz Kadir dan anak-pelajar madrasah beliau.

Tahun ini kenalan kami bertambah seorang-Ustaz Idris, dari Wilayah Kg.Cham (kalau di Malaysia kira negeri), tapi dari daerah dan kampong yang berbeza. Beliau juga memohon kami sumbangan lembu korban. Ditambah lagi sorang kenalan Ustaz Idris iaitu Ustaz Salleh yang kami kenal hanya melalui “talian” telefon dan emel. Ustaz Salleh bekerja dengan pejabat mufti Kemboja, tinggal di kampung lain.

Atas permintaan orang-orang disana, kami berusaha sedaya mungkin mencari orang yang ingin membuat korban disana dengan mengumpul RM200 satu bahagian kerana harga lembu sudah naik dari tahun lepas.Hasilnya, Alhamdulillah, Allah rezekikan 11 ekor lembu untuk dikorbankan. 4 ekor untuk penduduk dan pelajar di Kampung Ustaz Kadir, 3 ekor untuk diuruskan oleh Ustaz Idris, 2 ekor untuk diuruskan oleh Ustaz Salleh, 1 ekor untuk penduduk di kampung bibik saya diuruskan oleh abangnya, 1 ekor untuk penduduk di kampung kakak bibik saya.

Buat masa ini kami hanya mendapat gambar-gambar kiriman emel daripada Ustaz Salleh yang menguruskan korban di Kampung Praphat, Mukim Rokapopram, Daerah Tbong Khmom. Ustaz Salleh tinggal di Bandar yang mempunyai kemudahan elektrik, internet, dan air yang baik. Kerana itu mudah bagi beliau beremel dengan kami.

Kami masih menunggu gambar-gambar dari 3 kampung lagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini. Moga Allah jua memberi kita pahala bekal di akhirat nanti. Moga kita tergolong di kalangan yang ikhlas beribadah.





No comments: