Ada 3 cerita yang menarik perhatian saya ketika mengajar Quran tajwid dan tafsir di surau Sabtu, 9-11pagi semalam.
Pertama: Cerita Kak Rubi yang memberitahu ayah mentuanya tidak pernah meninggalkan amalan berpuasa setiap hari kecuali Ahad (kerana takut lupa jika puasa Isnin Khamis sahaja) dan bertahajud setiap malam sejak dari zaman mudanya.
Kedua, cerita seorang kakak yang menyatakan bahawa abang iparnya mempunyai kenalan yang bertarekat dan pandai mengubati orang; mengaku tidak menggunakan perantara jin atau pendamping(qarin) tetapi mendapat petunjuk dari malaikat Jibrail dan katanya malaikat Jibrail bukan satu tapi ramai.
Ketiga: Cerita kak Mah yang memberitahu di Taman Selayang Mulia ada pengikut Qadiani. Mereka bila adakan jamuan tidak menjemput jiran2 tetapi hanya menjemput pengikut2 Qadiani.
Itulah cerita yang saya dapat apabila menyampaikan tafsir Surah an-Nazi'at. Dalam pada adanya orang yang mengikuti jalan lurus menuju Allah, masih ramai yang tersasar jalan dengan mengikut jalan kesesatan. Saya dapat merasakan bahawa tugas kita belum dan tak akan selesai selagi Islam yang sebenarnya tidak sampai kelubuk hati manusia2 yang tersasar pilih jalan menuju Allah.
No comments:
Post a Comment