Islamic Widget

PEMBACA

Friday, March 12, 2010

Dakwah, Islah dan Falah

Pada Sabtu lepas (6.3.2010) saya dijemput oleh seorang kenalan untuk menyampaikan satu ulasan santapan minda berkaitan konsep "Islah, Dakwah dan Falah" kepada kira-kira 40 orang pelajar halaqah tahun satu UIAM. Tempoh masa yang diberikan ialah selama satu jam.

Dakwah, Islah dan Falah adalah konsep yang berlandaskan Al-Qur'an. Tiga perkataan berbeza ini terdapat di dalam Al-Qur'an terutamanya ayat-ayat yang berkaitan perkataan "Falah". Terdapat banyak ayat yang mempunyai huruf "FA, LA, HA". Oleh itu, untuk memahami konsep sebenar kejayaan, keberuntungan dan kecemerlangan eloklak kita semak ayat-ayat yang berkaitan dengan perkataan ini. Daripada ayat-ayat tersebut kita akan tahu erti kejayaan sebenar menurut neraca pertimbangan Tuhan.

Bercakap lebih mudah daripada berbuat. Selalunya nak "walk the talk" memang sukar kerana banyak rintangan. Sukar kadang-kadang untuk mengubah diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling.

No comments: