Suatu tika dulu saya adalah "hantu" hindustan. Suka menonton filem Hindustan dan menyanyi lagu Hindustan. Bagi saya Bahasa Hindi/Urdu amat indah sekali. Lagu-lagunya bukan sahaja sedap untuk halwa telinga, bahkan menusuk ke kalbu dan tulang sum-sum.
Saya masih ingat bicara rakan saya pada tahun 1997, di SMKAK "Baguslah Zu ni, seimbang dunia akhirat". Bila saya tanya "Kenapa?", jawabnya "Yelah lagu Hindustan pun hafal, Quran pun hafal".Ujarnya. Daripada nada bicaranya dia bukanlah mahu sindir tetapi menyatakan kekagumannya. Lantas saya menegur:"Eh! Bukan. Salah tu. Sepatutnya saya tidak hafal lagu Hindustan kerana saya hafal Quran. Tapi memang saya tidak hafal, cuma mudah ingat, jadi saya nyanyi je apa-apa lagu atau nasyid yang saya pernah dengar dan ingat."Tambah saya lagi. (Saya tidaklah hafal banyak lagu, Al-Quran pun bukan satu Al-Quran, cuma surah-surah tertentu).
Itu cerita saya dulu, cerita saya dalam "amalan jahiliyyah". Begitu "feeling" bila tengok filem hindustan, tetapi tidak filem-filem lain. Sehingga saya pernah berkata "bestnya kalau dapat cakap Hindi". Tabiat buruk yang sudah terbina sejak kecil itu sukar dikikis sehinggalah saya berkahwin dengan suami. Suami pun pernah kata "Nasib baik-Alhamdulillah- Allah takdirkan zu belajar bidang agama, kalau tak.....ntah-ntah jadi penyanyi"....kerana sejak kecil saya suka menyanyi. Nauzubillah...Alhamdulillah.
Saya banyak belajar dan berubah sejak kawin dengan suami. Walaupun masih banyak tabiat, sifat, fei'l, kelakuan, tingakahlaku, sikap "jahiliyyah" yang masih mendaging dengan diri saya, semampu mungkin saya mahu mensucikan jiwa, memurnikan nurani, dan memperbaiki diri. Bagi saya, hidup ini selain daripada ujian, ia penuh dengan pengajaran dan pelajaran.
Hari ini adalah hari pertama saya belajar Urdu. Bahasa Urdu adalah sama tapi tidaklah serupa dengan Bahasa Hindi. Berpandukan buku kepunyaan suami berjudul "Teach youself URDU in two months" oleh Prof. Aziz-ur-Rahman orang Pakistan. Bergurukan suami yang pernah menetap hampir 15 tahun di India, saya memulakan pelajaran Bahasa Urdu.
Hari ini saya belajar The Article, Nouns, Preposition, dan Verbs serta membuat latihan bagi setiap topik. Latihan bertulis dalam tulisan URDU!.
THE ARTICLE: "A""An", "The" are called the Articles. A, An are generally translated by "ek' (one). "The" is omitted in Urdu. "The" is also translated by "yeh" (this) and "woh" (that) when great precision is required. (Kesimpulan dari apa yang saya belajar, rujuk mukasurat 16).
NOUNS: Kata nama yang saya belajar harini tak banyak. Cuma 10 katanama lelaki (masculines, muzakkar) dan 10 katanama perempuan (feminines, muannas). B.Arab-nya Isim Muzakkar dan Muannas.
10 katanama lelaki ialah: man (admi), house (ghar), name (nam), water (pani), box (sanduq), paper (kaghaz), knife (chaqu), office (daftar), servant (naukar), verandah (baramda).
-dah hafal 10 perkataan? susah? senang? hmmmm senang ingat....macamni...
- name/nama/nam.
- verandah tu baramda, Melayu kita kata beranda.
- man tu...ingatla nabi Adam, cuma ubah jadi admi.
- office tu pejabat, tapi Urdunya daftar(B.Arab) =buku tulis ertinya dalam BM.
- knife=chaqu, ingatla kuih chakoi.
-yang ni paling mudah ingat aurat, topi, dukan, kursi, kitab (sebab ada yang sama perkataan dengan BM dan B.Arab).
-CUMA INGAT!!!! perkataan URDU sebutannya bukan sekadar boleh dieja terus dibaca seperti kita baca Jawi atau Rumi, tapi kita perlu dengar. Belajar baca melaui pendengaran (sima'i').
PREPOSITION: atau harfu-jarr dalam B.Arab. Kata sendi dalam BM. Hanya 4 kata sendi je yang saya belajar harini: To (ko), from (se), On (par), in (men).
Verbs: Kata kerja (BM), Fe'il (B.A). Yang dipelajari harini hanya is sahaja bukan fe'il amar (perintah, suruhan): is (hai), come (ao), wait (thairo), go (jao), bring (lao), send (bhejo), take away/take to (lejao)
No comments:
Post a Comment