JIKA ANDA TAHU TENTANG AMALAN INI HARAP DAPAT KONGSI ILMU BERSAMA SAYA.
SAYA TIDAK MENGANJURKAN AMALAN INI SELAGI BELUM PASTI SUMBERNYA, MEMANDANGKAN FADHILAT AMAL-NYA YANG .....????
SAYA ADA LIHAT LINK INI http://junjungan.wordpress.com/bismillah-enam/ TENTANG BISMILLAH 6, IAITU SEPERTI BERIKUT:
Bismillah Enam
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
5 comments:
salam ustazah
saya ada ketemui helaian kertas milik ayah. tertulis bismillah 7, amalan TG Haron Din..
bagaimanakah dengan kaf40? amalan ini kelihatan aneh.
saya pernah minta dengan ustaz rozaidi sbb itu tahu tentang kaf40. ustaz Rozaidi mungkin kawan ustazah semasa buat MA UIA sebab dia kata dia kenal ustaz.
Waalaikumussalam,
Saya ada juga terbaca komen di blog2 amalan ini juga dianjurkan oleh Dr.Amran Kasimin dan Dr.Haron Din.
-Bismillah 7 tu katanya nama utk Bismillah 6 juga.
-Maaf, ustazah tiada ilmu tentang amalan Kaf40.
-Ustz Rozaidi saya tak kenal sebab senior, cuma pernah dengar nama.
Nak tanya Amalan Bismillah 5,6,7,20 ni semua ada contoh dari rasulullah?
Amalan 'Bismillah 5' ini terdapat dalam Kitab Mujarrobat karangan Syeikh Ahmad Dairobi Al-Kabir, iaitu seorang ulamak Islam yang mahir dalam ilmu pengubatan (ruqyah) Islam.
Bagi pendapat saya Bismillah 5, 6, 7, 20 termasuklah amalan baca Bismillah 21 atau 41 sebelum tidur dan beberapa amalan yang seumpamanya adalah termasuk sunnah Nabi dalam amalan berdoa dan tawakal. Berdoa adalah sunnah Nabi samada doa dari alquran, hadis mahupun doa kita sendiri dan doa2 dari paransahabat dan ulama. Sebab semasa kita membaca Bismillah 5, 6, 7, 20 atau Bismillah 21 sebelum tidur kita sudah pun mengharap Allah secara automatik zahir batin supaya Allah mengabulkannya agar kita terlindung, sembuh, sihat dan segala kebaikan.. ini kan konsep doa dan tawakal. Nampak seperti bukan sunnah sebab tiada Nabi ajar tapi ianya sebagai doa dan tawakal. Doa dan tawakalkan Sunnah Nabi.
Adakah saya salah kalau saya baca sebelum minum seperti ini " Bismillahirrahmanirrahiim dengan nama Allah maha penyembuh dan maha perkasa" terus saya minum??? Kan ini automatik saya mengharap Allah menyembuhkan dan menguatkan saya jasad roh saya.. ini kan termasuk saya berdoa bertawakal mengharap Allah tanpa syirik. Wallahu a'lam bishawab.
Post a Comment