Islamic Widget

PEMBACA

Monday, August 9, 2010

Masalah wanita: qada dan fidyah puasa

Seorang kenalan saya bertanya tentang masalah berkaitan fidyah puasa temannya. Sebenarnya soalan yang ditanyakan hampir sama dengan soalan yang dilontarkan kepada blogger Ustz Dr. Abdul Hayei Abdul Shukur. Namun soalan kenalan saya lebih dahulu dilontarkan, justeru saya tidak dapat meminta dia membaca jawapan Dr. Hayei ketika itu. Saya telah merujuk bahan lain web fatwa dan kitab fiqh dan perundangan Islam oleh Dr. wahbah Zuhayli untuk memberi jawapan dengan segera.

Soalannya ialah teman kenalan saya itu tidak menqqada puasa yang tertinggal pada Ramadhan lalu kerana dalam keadaan pantang dan menyusu anak.

Rujukan cepat saya ialah buku Fiqh dan Perundangan Islam terjemahan B.Melayu daripada Fiqh al-Islami wa adillatuhu karangan Prof.Dr.Wahbah Zuhayli yang telah beberapa kali datang ke Malaysia.

Pada mukasurat 722-723 dinyatakan masalah puasa berkaitan perempuan mengandung dan menyusu. Hukum kedua-dua golongan ini dalam masalah qada dan fidyah berbeza mengikut pandangan mazhab:
-Hanafi: wajib qada tanpa fidyah
-Syafie dan Hanbali: wajib qada dan fidyah(jika takut kebinasaan atas anak)
-Maliki: wajib qada atas ppuan yg menyusu dan bukan kepada ppuan hamil

Manakala hukum bagi yang lewat ganti/qada puasa:(lihat mukasurat 758)
-Jumhur: selepas selesai puasa Ramadhan yang baru, dia wajib qada puasa dan bayar kifarat(fidyah)
-Hanafi: fidyah tidak wajib samada lewat kerana keuzuran ataupun tidak
Syafie': fidyah akan berganda mengikut tahun yang dia lewat.

Berikut dinukilkan jawapan Dr. Hayei dalam blog beliau:

Ibn Kathir dalam tafsirnya mengemukakan beberapa pandangan ulama dalam masalah ini, ada yang berpendapat mereka harus berbuka dan wajib menggantikan puasa yang ditinggal serta membayar fidyah. Sesetengah ulama menyatakan, mereka hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa diwajib menggantikan puasanya, ada juga yang menyatakan mereka hanya diwajibkan qada tanpa fidyah dan yang lain pula berpendapat, harus berbuka, tanpa sebarang tindakan susulan lagi sama ada qada dan fidyah. (
Tafsir Ibn Kathir, 1/215)

Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.

Kaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.

Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.

Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam



No comments: