Islamic Widget

PEMBACA

Wednesday, August 25, 2010

Allahyarham Ustaz Ismail Mahmud adik Ibrahim Libya

Posting ini bukanlah untuk berbicara tentang peristiwa Memali. Sesiapa yang ingin tahu tentang peristiwa Memali boleh tanya "Google" dan buat analisa.

Posting ini hanyalah sekadar memperkenal arwah Ustaz Ismail Mahmud, semoga pembaca mensedekahkan sekurang-kurangnya Al-Fatihah buat beliau.

Beliau adalah adik arwah Ustaz Ibrahim Libya yang sangat terkenal melalui "KISAH MEMALI".

Saya mengenali beliau secara kebetulan.Mungkin sudah suratan taqdir telah menemukan saya dengan beliau ketika saya sakit "pelik" suatu tika dulu sekitar 2005-2007. Sakit fizikal dan spiritual. Sakit yang membuatkan rakan saya yang tahu tentang sakit saya dan melihat keadaan saya ketika itu agar bercuti sementara daripada belajar agar berubat. Alhamdulillah Allah masih bekalkan saya kekuatan mental ketika itu untuk saya meneruskan pengajian Master saya yang bermula pada penghujung 2005 tanpa cuti khas untuk berubat.

Setelah berjumpa ramai doktor dan bomoh tradisional, setelah kehulu-hilir berubat, akhirnya saya ditakdirkan berubat dengan Allahyarham Ustaz Ismail Mahmud yang berasal dari Memali. Kami bertaaruf secara ringkas, kerana saya berasal dari Weng,kira-kira 10km dari Memali. Daripada taaruf kami itu, ternyata kami bersaudara dari kedua-dua belah pihak; pihak isterinya ada kaitan persaudaraan dengan mak saya, dan dari sebelah arwah, ada kaitan persaudaraan dengan abah saya.

Beliau membekalkan saya dengan sebotol air jampi. Terbukti, air jampi itu serasi dengan saya dan memberikan kesan yang amat menakjubkan. Sebenarnya kaedah rawatan beliau adalah sama seperti rawatan Tuan Guru Dr. Haron Din sementelah arwah adalah kenalan dan rakan Dr.Haron Din. Mereka seangkatan menyampaikan kuliyyah di TV3 suatu ketika dahulu dan sama2 digam. "Gam gajah", gurau arwah. Saya rasa arwah seorang yang ramah dan suka bergurau kerana bergurau untuk menjadikan saya menantunya.


Kali terakhir saya kerumahnya di KUANG ketika beliau mengadakan kenduri kahwin anaknya. Saya dan suami pergi bersama dengan anak kami Ziyad dan abang serta kakak ipar dan anak2 mereka. Abang saya disukai arwah dan isterinya dan dipuji2 mereka kerana keramahan dan kebaikannya. Itulah kali pertama dan terakhir suami saya kenal dengan arwah yang juga pernah menuntut di Deoband, India. Sayangnya kami tidak dapat berbual lama kerana arwah perlu melayani tetamunya yang ramai termasuk Dr. Ismail Kamus dan Dr.Hasan Ali.

Al-Fatihah buat arwah yang meninggalkan kita semua untuk kembali kepada Allah Tuhan Yang Menciptakan pada jam 4.50ptg 2hb Feb 2009.


No comments: