Islamic Widget

PEMBACA

Saturday, August 20, 2011

Berapakah infaq kita demi umat?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika hampir wafat Baginda menyebut "Ummati Ummati"(Umatku-umatku). Adakah Baginda صلى الله عليه وسلم menyebut "isteriku-isteriku" "ahli baitku" "sahabat-sahabatku"?Adakah Baginda صلى الله عليه وسلم menyebut orang yang Baginda sayang dan cinta? Begitu agung kasih sayang Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم terhadap umat Baginda صلى الله عليه وسلم.
Lantaran adakah kita benar-benar mencontohi sifat kasih Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap umat?Terhadap umat yang berada dalam kejahilan kerana tiada prasarana ilmu?Terhadap umat yang kebuluran terutama di Somalia?Terhadap umat yang masih belum kenal Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم?

Berapakah harta yang telah kita infaqkan di bulan paling mulia ini?Adakah kita benar-benar mencontohi Nabi صلى الله عليه وسلم yang amat pemurah di bulan ini?Andainya kita tak mampu infaqkan seluruh harta kita seperti Saidina Abu Bakr AsSiddiq dan Saidatina Khadijah untuk umat merasai sinar Islam, cukuplah untuk kita infaqkan "BONUS RAYA" kita kesemuanya demi umat.

Lebarkanlah kasih sayang kita untuk umat- bukan sekadar kepada orang yang kita kenal, kita sayang, suka atau cinta.

Thursday, August 18, 2011

Derma Kemboja

Assalamualaikum السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah tetamu kami dari Kemboja yang datang untuk mencari bantuan disini mendapat sedikit sebanyak bantuan wang derma daripada dermawan-dermawan yang mencari keredhaan Allah dan mengambil peluang bersedekah di bulan yang paling baik untuk bersedekah ini.

Hasil derma daripada 3 buah surau dalam dua ribu lebih, dan derma daripada individu yang pernah ke Kemboja seribu. Jumlah keseluruhan lebihkurang dalam RM3 900.

Ada juga kenalan saya yang iklankan derma pakaian terpakai disuraunya, hasilnya dapatlah selori pakaian. Cuma sekarangni, saya perlu fikirkan cara-cara untuk menghantar pakaian tersebut memandangkan Ustaz dari Kemboja, tetamu kami tidak dapat membawa pakaian yang banyak untuk dibawa pulang melalui Kelantan-Thailand-Kemboja pada malam ini.

Untuk kategori pakaian, yang lebih diperlukan ialah pakaian untuk membantu beribadat seperti telekung dan sejadah. Juga tudung, baju kurung pasang, baju Melayu dan seumpamanya.

Mohon sesiapa yang dapat membantu menghantar pakaian ke Kemboja dapat menghubungi saya.

Moga amalan kecil ini diterima Allah.Amin.

Zunaidah Mohd marzuki,
Pensyarah/ calon PHD Jabatan Quran dan Sunnah UIAM Gombak.
017-6016531




Thursday, August 4, 2011

Zakat: penerima khusus daripada 8 yang umum

Dianjurkan mencari orang yang baik untuk menerima zakat di kalangan 8 asnaf. Sifat-sifat tersebut:

1) Takwa
2) Berilmu
3) Orang yang yakin bahawa nikmat hanyalah datang daripada Allah taala
4) Seorang yang tidak menunjuk-nunjukkan kefakirannya, menyembunyikan hajat atau keperluannya dan tidak suka mengadu
5) Orang yang mempunyai tanggungan keluarga atau orang yang terhalang daripada keluar bekerja disebabkan sakit atau hutang
6)Ahli keluarga dan kaum kerabat

Rujukan: مختصر منهاج القاصدين

Monday, August 1, 2011

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK KEMBOJA

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN UNTUK KEMBOJA
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

UNTUK PENDUDUK DI KEMBOJA KHUSUSNYA DI KAMPONG CHEKIA KON & MADRASAH ISLAMIYAH KG CHEKIA KON.
BANTUAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
A) WANG UNTUK
1. PEMBINAAN ASRAMA LELAKI MADRASAH (asrama perempuan telah siap dibina hasil sumbangan ramai tahun lepas)
2. FAKIR MISKIN BERBUKA PUASA
3. PEMBINAAN “KEREK” TELAGA UNTUK PENDUDUK
B) NASKHAH AL-QURAN
C) PAKAIAN TERPAKAI ATAU BARU
-SEMUA JENIS SEPERTI BAJU KURUNG, TELEKUNG, SEJADAH, PAKAIAN HARIAN, DLL.(Mac 2012)
D) QORBAN/AKIKAH: Seekor lembu bergantung pada harga pasaran semasa dan juga saiz lembu.( harga lembu semakin naik atas permintaan yang tinggi, daripada 200 usd seekor pada dua tahun lepas, kemudian 300 usd dan 350usd.Tahun ini anggaran seekor lembu yang sesuai dikorbankan paling murah dan sukar didapati 400 usd, dan harga standard adalah 500usd- Menurut penduduk disana USTAZ ABDUL KADIR OSMAN). Anggaran 1 bahagian tahun ini=RM200-RM250. LEBIH LEWAT LEMBU DIBELI LEBIH MAHAL HARGANYA. TAHUN LEPAS 1 BAHAGIAN RM150 SAHAJA (HARGA TERMASUK KOS PENGHANTARAN,UPAH DLL).
INSYAALLAH AKAN DIANJURKAN LAWATAN MUHIBBAH KE KEMBOJA PADA MAC 2012. PENYERTAAN ANDA DIALU-ALUKAN.
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
017-6016531 USTAZAH ZUNAIDAH MOHD MARZUKI,
JABATAN AL-QURAN &SUNNAH, UIAM GOMBAK.
012-6595790 USTAZ ZAHARUDIN BIN NAWI