Islamic Widget

PEMBACA

Saturday, August 20, 2011

Berapakah infaq kita demi umat?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم ketika hampir wafat Baginda menyebut "Ummati Ummati"(Umatku-umatku). Adakah Baginda صلى الله عليه وسلم menyebut "isteriku-isteriku" "ahli baitku" "sahabat-sahabatku"?Adakah Baginda صلى الله عليه وسلم menyebut orang yang Baginda sayang dan cinta? Begitu agung kasih sayang Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم terhadap umat Baginda صلى الله عليه وسلم.
Lantaran adakah kita benar-benar mencontohi sifat kasih Nabi صلى الله عليه وسلم terhadap umat?Terhadap umat yang berada dalam kejahilan kerana tiada prasarana ilmu?Terhadap umat yang kebuluran terutama di Somalia?Terhadap umat yang masih belum kenal Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم?

Berapakah harta yang telah kita infaqkan di bulan paling mulia ini?Adakah kita benar-benar mencontohi Nabi صلى الله عليه وسلم yang amat pemurah di bulan ini?Andainya kita tak mampu infaqkan seluruh harta kita seperti Saidina Abu Bakr AsSiddiq dan Saidatina Khadijah untuk umat merasai sinar Islam, cukuplah untuk kita infaqkan "BONUS RAYA" kita kesemuanya demi umat.

Lebarkanlah kasih sayang kita untuk umat- bukan sekadar kepada orang yang kita kenal, kita sayang, suka atau cinta.

No comments: