Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, August 18, 2011

Derma Kemboja

Assalamualaikum السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah tetamu kami dari Kemboja yang datang untuk mencari bantuan disini mendapat sedikit sebanyak bantuan wang derma daripada dermawan-dermawan yang mencari keredhaan Allah dan mengambil peluang bersedekah di bulan yang paling baik untuk bersedekah ini.

Hasil derma daripada 3 buah surau dalam dua ribu lebih, dan derma daripada individu yang pernah ke Kemboja seribu. Jumlah keseluruhan lebihkurang dalam RM3 900.

Ada juga kenalan saya yang iklankan derma pakaian terpakai disuraunya, hasilnya dapatlah selori pakaian. Cuma sekarangni, saya perlu fikirkan cara-cara untuk menghantar pakaian tersebut memandangkan Ustaz dari Kemboja, tetamu kami tidak dapat membawa pakaian yang banyak untuk dibawa pulang melalui Kelantan-Thailand-Kemboja pada malam ini.

Untuk kategori pakaian, yang lebih diperlukan ialah pakaian untuk membantu beribadat seperti telekung dan sejadah. Juga tudung, baju kurung pasang, baju Melayu dan seumpamanya.

Mohon sesiapa yang dapat membantu menghantar pakaian ke Kemboja dapat menghubungi saya.

Moga amalan kecil ini diterima Allah.Amin.

Zunaidah Mohd marzuki,
Pensyarah/ calon PHD Jabatan Quran dan Sunnah UIAM Gombak.
017-6016531




2 comments:

MaMaiN said...

Assalamualaikum, semoga Allah memberi keberkatan atas kerja baik yang kita lakukan. Ini adalah email address pihak yg diinterview di TV3 baru2 ni mengenai derma ke Kemboja.

zikrifuad@yahoo.co.uk

Dan blog empunya nya adalah: http://www.infaqkemboja.blogspot.com/

Salam Ukhuwah,
Sharifah

zenaida said...

Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.
Terima kasih banyak2. Barakallah fiki.
Ya, saya telah menghubungi beliau dah telah mendapat maklumbalas.

Jazakillah.