Islamic Widget

PEMBACA

Friday, February 19, 2010

ILmu GENDER vs Pendidikan Seks

Artikel ini berkaitan tajuk tesis saya yang dipetik daripada METRO online.

Ajar ilmu gender di sekolah

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
2010/02/01

SUBJEK pendidikan seks yang dulunya mahu dilaksanakan di sekolah tiba-tiba senyap tanpa sebarang keputusan.

PENYAMPAI...tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang disampaikan lengkap. - Gambar hiasan
PENYAMPAI...tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang disampaikan lengkap. - Gambar hiasan
Ketika subjek itu dicadangkan akan dilaksanakan di sekolah, ramai pihak yang membantah dan menyalah tafsirkan pendidikan seks itu. Ada juga yang menganggap pengajaran subjek itu akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada pelajar.


Namun, ada juga yang menganggap subjek itu sangat penting dan harus disampaikan kepada pelajar supaya mereka mempunyai ilmu mengenai seks yang halal.


Kini, subjek pendidikan seks itu muncul kembali, tetapi bukan di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan diubah menjadi pendidikan gender.


Pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada peserta PLKN kerana mereka dikatakan matang dan menerima secara terbuka pembelajaran berkenaan.


Persoalannya, adalah wajar subjek pendidikan seks ini dilaksanakan dalam PLKN? Bagaimana dengan implikasi negatif tambahan pula seks sesuatu yang tabu kepada masyarakat timur? Adakah peserta PLKN boleh menerima pembelajaran itu dan memahaminya secara serius? Pensyarah Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Dr Sapora Sipon, berkata pendidikan seks wajar dilaksanakan dalam PLKN daripada ia langsung tidak diajar kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, subjek itu perlu disampaikan dengan cara yang betul supaya jangan memberi kesan yang negatif kepada pelajar.


"Saya menyokong cadangan itu dalam modul pembelajaran di PLKN, tetapi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutama masa dan individu yang mengajarnya.


"Pendidikan seks sangat meluas dan mempunyai peringkat-peringkat selain ia seharusnya dimulakan daripada awal.


"Saya bimbang pelajar tidak dapat maklumat yang mendalam dan ia mungkin mengelirukan mereka," katanya.


Beliau berpendapat pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah lagi kerana elemen pendidikan seks ada pelbagai peringkat selain mempunyai enam tunjang penting.


"Enam tunjang itu ialah perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat serta budaya.


"Ia memerlukan masa yang panjang dan jika ia dilaksanakan dari sekolah, mereka mempunyai peluang menyesuaikan diri," katanya.


Selain itu, katanya, fasilitator yang menyampaikan subjek itu perlu mempunyai latihan secukupnya dalam pendidikan seks dan agama.


Walaupun pendidikan seks masih dalam cadangan, dalam Islam ia sudah dilaksanakan ibu bapa.


"Dalam Islam sendiri, pendidikan seks berlaku secara tidak formal di rumah. Contohnya, rumah keluarga Muslim mestilah mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu satu untuk ibu bapa, anak lelaki dan perempuan.

"Di sekolah pula, ia sudah diajarkan melalui subjek Sains mengenai proses reproduksi pokok dan haiwan serta sedikit disentuh melalui manusia di peringkat rendah.


"Bagaimanapun, subjek Sains itu tidak membincang mengenai akhlak atau moral dalam hubungan seks termasuk keburukan seks di luar tabii.


"Begitu juga, Sains tidak memberitahu perlakuan seks tidak sihat yang menyebabkan penyakit kelamin atau mengandung anak luar nikah yang membawa kepada kes buang anak.


"Justeru, subjek pendidikan seks ini sangat penting kepada golongan muda terutama pelajar sekolah," katanya.


Mengulas mengenai kepentingan pendidikan seks, Dr Sapora berkata pendidikan seks adalah ilmu yang perlu dipelajari dan disampaikan kepada golongan muda terutama pelajar.


Ini kerana, jika ada ilmu dalam pendidikan seks, ia memberi banyak kebaikan dan boleh menyelamatkan pelajar daripada jenayah seksual.


"Remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun adalah kelompok yang mengalami perkembangan dan perubahan fizikal serta emosi khasnya berkaitan seksual.


"Tanpa ilmu seks, mereka akan cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi dan kesannya, kes jenayah seksual, kehamilan bawah umur, jangkitan penyakit kelamin hingga kepada kes pembunuhan membabitkan pengguguran haram dan pembuangan anak," katanya.


Kebanyakan masyarakat yang membantah pelaksanaan subjek ini, katanya, kerana mereka takut pelajar menyalahgunakan ilmu berkenaan.


"Tetapi dengan penyampaian yang betul dan berdasarkan ilmu, perkara itu tidak akan berlaku.


"Pendidikan seks patut mengajar pelajar terhadap kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti manusia secara semula jadi dan bukannya menerusi aspek fizikal. "Mereka juga perlu difahamkan bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman, kasih sayang dan komitmen," katanya.


Katanya, topik pendidikan seks juga mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara kasual bukan hanya terdedah kepada kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga hilang kebolehan membina perhubungan kasih sayang apabila dewasa.

Wednesday, February 17, 2010

Terjemahan Al-Quran Per-kata (Syamil vs Maghfirah)

Setiap buku mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Begitu juga dengan terjemahan Al-Quran samada yang berbahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya. Hanya Al-Quran itu sendiri yang sempurna kerana ia kalam Tuhan. Manakala terjemahannya adalah kerja manusia berdasarkan ilmu yang dimiliki dan dikurniakan Ilahi.

Terkini terjemahan Al-Quran perkata dari Indonesia semakin mendapat tempat dikalangan pencinta Al-Quran yang mahu memahami dan mendalami makna ayat-ayat Allah yang sempurna itu. Saya memiliki kedua-dua jenis terjemahan seperti dalam gambar.


Terjemahan perkata (oleh syarikat Syami)l adalah terjemahan ayat-ayat Al-Quran bagi setiap kata. Hanya satu warna(setahu saya). Disertakan dengan penanda Quran yang menyatakan ayat-ayat yang serupa dalam Al-Quran.









Terjemahan perkata (oleh syarikat Maghfirah.) Terdapat pelbagai warna dipasaran seperti hijau, merah dan biru. Disertakan dengan Asbab-ul-Nuzul(sebab turun ayat). Senangnya ada beg kain sekali, mudah dibawa kemana-mana(bagi yang suka masukkan dalam beg).

Umar Abd Aziz



Dua buah buku tentang Umar abd Aziz berbahasa Melayu yang saya miliki.

Pengembaraan Ibn Battutah





Mungkin sudah ramai yang memiliki buku pengembaraan Ibn Battutah yang diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu. Harganya hanya RM250.

Banyak kisah2 menarik yang diceritakan oleh Ibn Battutah (lahir 1304-meninggal 1368/69). Sesunnguhnya Ibn battutah seorang pengembara ulung dengan pengembaraan sejauh hampir 75,000 batu selama 29 tahun mengatasi Marco Polo yang mengembara selama 24 tahun sejauh hampir 25,000 batu.

Sunday, February 7, 2010

3 Cerita

Ada 3 cerita yang menarik perhatian saya ketika mengajar Quran tajwid dan tafsir di surau Sabtu, 9-11pagi semalam.
Pertama: Cerita Kak Rubi yang memberitahu ayah mentuanya tidak pernah meninggalkan amalan berpuasa setiap hari kecuali Ahad (kerana takut lupa jika puasa Isnin Khamis sahaja) dan bertahajud setiap malam sejak dari zaman mudanya.
Kedua, cerita seorang kakak yang menyatakan bahawa abang iparnya mempunyai kenalan yang bertarekat dan pandai mengubati orang; mengaku tidak menggunakan perantara jin atau pendamping(qarin) tetapi mendapat petunjuk dari malaikat Jibrail dan katanya malaikat Jibrail bukan satu tapi ramai.
Ketiga: Cerita kak Mah yang memberitahu di Taman Selayang Mulia ada pengikut Qadiani. Mereka bila adakan jamuan tidak menjemput jiran2 tetapi hanya menjemput pengikut2 Qadiani.

Itulah cerita yang saya dapat apabila menyampaikan tafsir Surah an-Nazi'at. Dalam pada adanya orang yang mengikuti jalan lurus menuju Allah, masih ramai yang tersasar jalan dengan mengikut jalan kesesatan. Saya dapat merasakan bahawa tugas kita belum dan tak akan selesai selagi Islam yang sebenarnya tidak sampai kelubuk hati manusia2 yang tersasar pilih jalan menuju Allah.