Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, February 24, 2011

KHABAR DARI KEMBOJA

Telah lama saya tidak mengemaskini blog saya. Kali ini saya ingin berbicara mengenai Kampong Chekia Kon Kemboja.

Latar Belakang Kampung Chekia Kon
Mula dibangunkan pada tahun 2003. Dahulunya sebuah hutan. Terletak kira-kira 250 km daripada bandar Phenom Penh. Majoritinya terdiri daripada orang Islam yang terdiri daripada 175 keluarga. Kampung ini tidak ada kemudahan elektrik dan air daripada pihak kerajaan. Kesemua mereka menggunakan perigi yang digali secara biasa yang tidak konkritkan dengan sebarang simen dari dalam dan luar. Di waktu malam mereka menggunakan pelita dan lilin. Ada juga yang menggunakan lampu menggunakan kuasa bateri. Kampung Chekia Kon mempunyai sebuah masjid yang dibiyai pembinaannya oleh seorang dermawan Arab dari Kuwait. Masjid ini dapat menampung kira-kira 500 orang jemaah. Imam, Bilal dan Tok Siak terdiri daripada orang kampung dan berkhidmat secara sukarela. Kesemua masyarakat kampung adalah petani. Kegiatan pertanian yang dijalankan ialah menanam padi, ubi, kacang, dan gajus. Pendapatan setahun sebuah keluarga lebih kurang seribu ringgit, RM1,000.

MADRASAH MERANCANG MEMBINA PONDOK PENGINAPAN PELAJAR. MARI KITA BACA,....

Latar Belakang Madrasah
Ianya satu-satunya madrasah yang ada di kampung ini. Madrasah ini dibina pada tahun 2009 oleh masyarakat kampung. Pelajar2 tinggal di pondok yang dibina oleh pihak madrasah. Pengajian adalah percuma. Pelajar membiyai makan minum sendiri. Mereka membawa beras dari kampung dan memasak sendiri. Tiada kantin atau kedai makan. Guru-guru terdiri daripada orang kampung yang berkelulusan daripada madrasah-madrasah di sekitar Kemboja. Hanya Ustaz Abdul Qadir Osman berkelulusan daripada Pondok Moden Kandis Bachok Kelantan. Tenaga pengajar tidak bergaji. Mereka berkhidmat secara sukarela secara bergilir-gilir antara pagi dan petang.Tenaga pengajar bertani untuk menyara kehidupan masing-masing. Madrasah mempunyai 5 buah pondok untuk didiami oleh pelajar luar yang terdiri daripada anak yatim. Memandangkan pelajar kian ramai yang datang daripada kampung lain maka pihak madrasah berhasrat untuk membina 4 buah pondok lagi. Pembinaan memerlukan kos lebih kurang sebanyak USD 4,260 iaitu kira-kira 12 ribu ringgit Malaysia. Madrasah juga ingin mencari sponsor untuk menyedia keperluan beras percuma kepada pelajar-pelajar yang menginap di pondok dalam anggaran RM500 sebulan untuk semua. Pelajar2 madarasah juga boleh menduduki peperiksaan SMU yang akan dikelolakan oleh Yayasan Islam Kelantan di Phneom Penh. Mereka yang berjaya akan berpeluang melanjutkan pelajaran di Malaysia. Madrasah juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjadi penaja kepada pelajar-pelajar madrasah ini untuk memasuki pengajian tahfiz atau agama di Malaysia.

SALAH SEORANG TENAGA PENGAJAR (USTAZ DI MADRASAH TERSEBUT) IALAH USTAZ ABDUL KADIR OSMAN, JOM KENALI BELIAU....

Larat Belakang Ustaz Abdul Kadir Osman.
Datang ke Malaysia pada tahun 2003 di bawah Yayasan Islam Kelantan. Belajar di Madarasah Tarbiyyah Marddiyyah di Panchor Pengkalan Chepa Kelantan. Setelah tamat STAM beliau menyambung pelajaran di Pusat Pengajian Pondok Moden Kandis, Bachok Kelantan selama 4 tahun. Tahun 2008 pulang ke Kemboja dan kini mengusahakan Madrasah Islamiyah Kampung Chekia Kon.

USAHA KAMI ADALAH MEMBANTU WARGA KAMPUNG TERSEBUT AGAR DAPAT MEMAJUKAN DIRI, BANGSA DAN AGAMA DENGAN ILMU PENGETAHUAN MELALUI SUMBANGAN HASIL DERMA ORANG RAMAI.

Kami pernah menolong menguruskan ibadah korban di madrasah ini tahun lepas (2010). Mereka meminta 3 ekor lembu untuk dikorbankan kerana belum pernah berkorban. Dua ekor utk madrasah. Satu ekor utk org kampung. Kerana ramai yg nak berkorban 7 ekor lembu dpt dikumpulkan. Harga utk satu bahagian ialah RM150. Duit dikrimkan terus melalui bank. Caj dalam RM32 satu borang pengiriman di Public Bank Malaysia ke Public Bank Phenom Penh. Ianya lebih murah berbanding pengiriman melalui Western Union.

KEPADA SESIAPA YANG BERHASRAT UNTUK SAMA-SAMA MENOLONG DALAM KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG TERSEBUT BOLEHLAH HUBUNGI USTAZAH ZUNAIDAH MOHD MARZUKI, PENSYARAH JABATAN QURAN DAN SUNNAH, UIAM GOMBAK (CALON PHD BIDANG HADIS) DI TALIAN 019-3413941.

Sekian Wasssalam

Ustazah Zunaidah Binti Mohd Marzuki
Ustaz/Maulana Zaharudin Nawi

BORANG PERMOHONAN BANTUAN

AJK MADRASAH


GURU2, PELAJAR2 DAN PONDOK2

SURAT PENGHARGAAN KORBAN


SUASANA KORBAN 2010