JIKA KASYAFMU BERTENTANGAN DENGAN KITAB DAN SUNNAH, MAKA LAKUKANLAH APA YANG ADA PADA KITAB DAN SUNNAH, TINGGALKANLAH KASYAF DAN KATAKANLAH PADA DIRIMU: SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM QURAN DAN SUNNAH, DAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM KASYAF DAN ILHAM". SYEIKH ABU HASAN AS-SYAZILI)
Ratib (bahasa Arab): berulang-ulang mengucapkan kalimat pujian kepada Allah.
Di Asia Tenggara, Ratib juga bermakna kumpulan zikir, salawat dan doa yang disusun oleh seseorang tokoh ulamak dan dijadikan amalan dengan membacanya. Ratib dengan makna khusus ini biasanya diberikan nama bersempena nama penyusun atau nama keturunan penyusun Ratib tersebut. Ada juga yang mengatakan bahawa Ratib adalah kumpulan zikir yang lebih ringkas daripada wirid.
Di antara contoh Ratib yang popular di Asia Tenggara adalah seperti berikut:
1. Ratib Al Haddad oleh Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad
2. Ratib Al Attas oleh Al-Imam Umar bin Abd Ar-Rahman Al-Attas
3. Ratib Al-Idrus oleh Al-Habib Abdullah Al-Idrus
3. Ratib Qadiriyah oleh As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani
Berbeza dengan Hizib, ratib biasanya pendek dan ayat-ayat Al-Quran yang terkandung jarang mencapai satu 'ain tetapi hanyalah satu atau dua potong ayat sahaja.
Hizib, juga dieja Hizb adalah kumpulan ayat-ayat Al-Quran, zikir, doa dan shalawat yang disusun dengan tidak menggunakan hawa nafsu yang jelek/ buruk untuk diamalkan dengan membacanya.
Surat Al Maaidah ayat 56 : Dan barang siapa yang menjadikan Allah ta'ala, RosulNya dan orang-orang yang beriman sebagai pemimpin, maka sesungguhnya Golongan (Hizbu) Alloh-lah sebagai pemenang.
Surat Al Kahfi ayat 12 : Kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah diantara kedua golongan (Al hizbaini) itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal didalam gua itu
Surat Al Mukmiinun ayat 23 :
Surat Ar Ruum ayat 32 : dari orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. setiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan (HIzbin) mereka
Surat Al Fathiir ayat 6 : Sungguh setan itu membawa permusuhan bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, sesungguhnya mereka mengajak Golongannya (Hizbuhu) agar menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
Surat Al Mujaadilah ayat 19 : Setan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Alloh ta'ala; mereka itulah golongan (Hizbu) setan. Ketahuilah bahwa golongan (Hizba) setan lah yang merugi.
Surat Mujadiilaah ayat 22 : Engkau tidak akan mendapatkan satu kaum yang beriman kepada Allah ta'ala dan kepada hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapaknya, anaknya, saudaranya atau keluarganya. Mereka itulah orang-orang yang didalam hatinya telah ditanamkan Allah keimanan dan Allah telah menguatkan mereka dengan pertolongan/ ruh yang datang dari Dia. Lalu dimasukkannya mereka kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha. Merekalah golongan (Hizbu) Allah. Ingatlah sesungguhnya golongan (Hizba) Allah-lah yang beruntung
Secara harfiah Hizib dapat diartikan sebagai golongan, atau kelompok bahkan ada yang mengartikan sebgai tentara
Hizib popular di kalangan masyarakat Melayu di Indonesia dan Malaysia.
Penyusun Hizib selalu dikaitkan dengan tokoh pengasas atau pemimpin aliran tasawuf, sufi atau tarekat.
Tujuan asal Hizib adalah untuk diamalkan agar diri seseorang menjadi dekat dengan Allah dalam arti kata Allah akan meredai orang yang mengamal Hizib tersebut. Ini kerana Hizib adalah juga kategori doa atau zikir yang bertujuan memperkuat tauhid pengamal tersebut.
Terdapat pelbagai Hizb yang di susun oleh para imam-imam atau guru-guru tariqah, dan semua hizb ini secara langsung atau tidak bersumber dari ayat-ayat Al-Quran dan dalil-dalil dari Hadis Nabi. Tidak kurang pula yang di terima oleh para penyusun hizb ini langsung dari Rasulallah samada dalam keadaan sadar (yaqazatan) atau dalam mimpi (ru'yah).
Antara yang masyhur ialah
Hizib Bahar oleh As-sayyid asy-Sayiakh Abil Hasan Asy-Syadzili
Hizib Nasar oleh Syaikh Abil Hasan Asy-Syadzili, juga oleh Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Hizib An-Nawawi oleh Al-Imam An-Nawawi
Hizib Wiqayah oleh Ibn Arabi
Hizib Autad dsb
Di dalam kelompok pengamal ilmu persilatan, ilmu kerohanian atau ilmu kebatinan, Hizib diamalkan untuk memohon pertolongan Allah atau untuk menjadikan diri seseorang itu kuat dan untuk berbagai hajat lagi.
tapi masalah melihat nabi secara sedar yang digunakan untuk mentajrih seseorang adalah perbuatan tidak beretika. perbuatan yang tidak bersandarkan ilmu pengetahuan. hanya ikut-ikut. ia sebenarnya bermula dari masalah khilafiyah dan berakhir dengan perbalahan antara wahabiyah dan asya'irah. para pemuka wahabi bermati-matian menolak masalah ini tanpa melihat pendapat ulama yang sedia wujud. ia seumpama masalah tawassul dan baca al quran kepada si mati.
masalah melihat nabi secara sedar diharuskan oleh ramai ulama. disini saya sertakan nama-nama mereka dengan tulisannya sekali jika mampu, insyaAllah.
1. al hafiz sayuti. beliau telah menulis risalah khusus tentang melihat nabi secara sedar. nama kitabnyanya, تنوير الحلك فى إمكان رؤية النبى والملك. risalah ini bermula sebagaimanana berikut tanpa terjamahan dari saya:
فقد كثر السؤال عن رؤية أرباب الأحوال للنبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة وإن طائفة من أهل العصر ممن لا قدم لهم في العلم بالغوا في إنكار ذلك والتعجب منه وادعوا أنه مستحيل فألفت هذه الكراسة في ذلك وسميتها (تنوير الحلك في إمكان رؤية النبي والملك) ونبدأ بالحديث الصحيح الوارد في ذلك: أخرج البخاري ومسلم وأبو داود عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه (وسلم : ( من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي
2. imam ibnu al haaj al maliki. beliau menyebut dalam kitabnya al madkhal. (bab فَصْلٌ فِي ذِكْرِ بَعْضِ الْمُتَشَبِّهِينَ بِالْمَشَايِخِ وَأَهْلِ الْإِرَادَةِ)
3. al imam al muhaddith ibnu abi jamrah dalam kitabnyanya bahjah al nufus ketika syarah hadis, من رآني في المنام فسيراني في اليقظة . nukilan dari kitabnya panjang lebar. jadi saya tidak perturunkan disini. tulisannya paling lengkap dalam masalah
4. imam ibnu hajar al hathami dalam al fatawa al hadithiyyah. beliau telah menjawab soalan yang berkaitan dengan katanya:
نعم يمكن ذلك، فقد صرح بأن ذلك من كرامات الأولياء الغزالي والبارزي والتاج السبكي والعفيف اليافعي من الشافعية والقرطبي وابن أبي جمرة من المالكي.
5. al muhaddith ibnu battal dalam syarah bukhari sepertimana di nukilkan oleh ibnu hajar. katanya:
قوله فسيراني في اليقظة يريد تصديـق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وخروجها على الحق وليس المراد أنّه يراه في الأخرة لأنّه سيراه يوم القيامة في اليقظة فتراه جميع أمته من رآه في النوم ومن لم ير منهم
6. al muhaddith ibnu al tin dalam syarah al bukhari sepertimana dinukilkan oleh ibnu hajar. katanya:
فيكون بهذا مبشراً لكل من آمن به ولم يره أنّه لابدّ أن يراه في اليقظة قبل موته
7. al muhaddith imam al qurtubi dalam syarah muslimnya bertajuk al mufhim. yang menakjubkan, imam al qurtubi sendiri membuat 'akuan sumpah' bahawa beliau melihat nabi secara sedar!!. katanya:
قلتُ: وقد وقع لي هذا مرات . منها: أني لمَّا وصلتُ إلى تونس قاصداً إلى الحج سمعتُ أخباراً سيِّئة عن البلاد المصرية مِن جهة العدوِّ الذي غلب على دمياط فعزمتُ على المقام بتونس إلى أنْ ينجلي أمر العدو ، فأُريتُ في النوم كأني في مسجد النَّبي صلى الله عليه وسلم وأنا جالسٌ قريباً مِن منبره ، وأُناس يُسلِّمون على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فجاءني بعض من سلَّم عليه ، فانتهرني وقال: قُمْ فسلِّمْ على النبي صلى الله عليه وسلم ، فقمتُ فشرعتُ في السلام على النبيِّ صلى الله عليه وسلم ، فاستيقظت ، وأنا أسلِّم عليه ، فجدَّد الله لي عزماً ويسَّر عليَّ فيما كان قد صعبَ مِن أسبابي ، وأزال عنِّي ما كنتُ أتخوَّفه مِن أمر العدو ، وسافرتُ إلى أنْ وصلت إلى الإسكندرية عن مدة مقدارها ثلاثون يوماً في كتف السلامة ، فوجدتها والديار المصرية على أشدّ خوفٍ ، وأعظم كربٍ ، والعدو قد استفحل أمره ، وعظمت شوكته ، فلم أُكمل في الإسكندرية عشرة أيامٍ حتَّى كسر الله العدو ، ومكَّن منه مِن غير صُنْع أحدٍ من المخلوقين ، بل: بلطف أكرم الأكرمين ، وأرحم الراحمين . ثمَّ: إنَّ الله تعالى كمَّل عليَّ إحسانه وإنعامه ؛ وأوصلني بعد حجِّ بيته إلى قبر نبيه ومسجده ، فرَأَيتـُـهُ وَاللـَّــــهِ فـي اليـقـظــة على النَّحو الذي رأيته في المنام مِن غير زيادة ولا نقصان
8. al imam al mufassir al alusi dalam tafsirnya, ruh al maaniy. katanya (tafsir al ahzab: 40);
وكذا لا يحسن مني أن أقول : إنهم إنما رأوا النبي صلى الله عليه وسلم مناماً فظنوا ذلك لخفة النوم وقلة وقته يقظة فقالوا : رأينا يقظة لما فيه من البعد ولعل في كلامهم ما يأباه ، وغاية ما أقول : إن تلك الرؤية من خوارق العادة كسائر كرامات الأولياء ومعجزات الأنبياء عليهم السلام
ini adalah ulama dahulu yang membenarkan masalah melihat nabi secara sedar. ini belum dicampur dengan nukilan mengenai ulama yang menyokong seperti dalam kata-kata ibnu hajar al haithami; imam al ghazali, imam al barizi, imam al subki, imam al yafi'e. ini juga belum digabung dengan pendapat ulama sufi yang hampir keseluruhannya membolehkan. ini belum kata ulama lain yang saya tidak tahu.
adapun ulama kontemporari:
1. al muhaddith sheikh muhammad alawi al maliki dalam kitabnya al zakhair al muhammadiyah
2. sheikh sayyid sabiq juga mendakwa pernah melihat nabi secara sedar sebagaimana dinukilkan oleh sheikh ali jumuah dan sheikh taha rayyan. sumber di sini
3. sheikh dr. taha rayyan. sumbernya sepertimana diatas.
4. sheikh atiyyah saqar. fatwanya dinukilkan di sini
5. sheikh said ramadan al butiy. fatwanya di sini.
6. sheikh dr. ahmad mahmud zain. fatwanya di sini.
sekiranya hendak dibawa semua mereka yang membolehkannya, rasanya keterlaluan. sebilangan ulama yang dibentangkan disini sudah cukup kepada insan yang inginkan kebenaran. tak perlu banyak-banyak. saya pun bukannya tahu sangat.
di pihak pembangkang ada beberapa hujah mereka. setakat yang saya tahu, semuanya berdiri tanpa dalil yang kukuh. ada macam-macam. antaranya yang paling kuat; nabi sudah mati, kenapa sahabat tidak melihatnya terutama ketika fitnah?, hadis bukhari mengenainya banyak musykilnya dll. tetapi tiada satu pun dalil quran atau sunnah yang menidakkan melihat nabi secara sedar.
1. mengenai nabi sudah mati bagaimana nak melihatnya secara sedar. telah terbukti dalam hadis-hadis sahih bahawa nabi s.a.w telah melihat secara yaqazah para nabi-nabi dalam peristiwa isra' dan mi'raj. sedangkan para nabi-nabi tersebut telah meninggalkan dunia ini. ini membuktikan bahawa kematian tidak menghalang. kecualilah mereka mendakwa isra' dan mi'raj berlaku dalam mimpi. hadis ini juga membuktikan masalah melihat secara yaqazah adalah berlaku.
2. kenapa sahabat tidak melihatnya ketika fitnah membantu mereka?. imam alusi dalam tafsirnya telah menjawab persoalan ini. juga kita perlu ingat, tiada siapa yang mensyaratkan demikian. dalam masalah mimpi bertemu nabi yang disepakati oleh umat islam, tiada siapa yang mempersoalkan kenapa nabi tidak datang dalam mimpi menunjukkan jalan keluar dari fitnah yang dihadapi. kenapa dalam masalah ini syarat sedemikan timbul? saya tak paham...itu semua kehendak Allah. sekiranya Allah ingin membuka hijab melihat nabi samada secara mimpi atau sedar, Allah buka. jika Allah tidak berkehendak Allah tidak akan buka.
3. mengenai hadis bukhari من رآني في المنام فسيراني في اليقظة. memang lafaz tersebut mengandungi pelbagai makna sehingga hampir mencapai angka sepuluh. tetapi makna yang menyokong masalah ini juga terkandung sepertimana tafsiran setengah syarahannya. perbuatan mengeluarkan tafsiran ini tanpa sebab adalah salah. kata ulama usul; تخصيص الشئ بدون مخصص لا يجوز.
begitu juga musykil yang di bawa oleh ibnu hajar adalah berkaitan dengan hubungan antara kedua rangkapnya. ini difahami dengan sebab yang di bawa oleh ibnu hajar; "bahawa banyak ahli solah yang bermimpi bertemu nabi tapi tidak mengatakan bahawa mereka bertemu pula secara sedar. sedangkan hadis nabi tidak akan salah". musykil ini tidak bermakna melihat secara sedar tidak wujud sama sekali.
jika zaid berkata; apabila saya masuk rumah saya akan melihat kereta. dan kenyataan zaid itu bohong semata-mata. adakah kita akan berkata bahawa zaid tidak pernah melihat kereta? atau zaid tidak melihat kereta apabila masuk rumahnya?. begitulah maksud musykil ibnu hajar. kemusykilan bukan pada melihat nabi secara sedar semata-mata, akan tetapi pada syarat bahawa seseorang yang melihat dalam mimpi akan melihatnya dalam sedar. pun begitu, musykil ini telah dijawab oleh ulama. tidak bagitahu bukan bererti tiada. ramai yang menyatakan bahawa si fulan itu paling tidak akan melihatnya ketika nazak untuk membenarkan hadis nabi tersebut.
mengenai melihat sesuatu secara yaqazah, imam ibnu taimiyah sendiri mengakui bahawa ia karamah para auliya. katanya (j 11 ms 313);
jadi kenapa terjadinya pengkhususan bahawa ia bukan untuk nabi s.a.w tanpa dalil?!
seperkara lagi imam al syatibi berkata dalam kitabnya al muwafaqat;
ومن الفوائد في هذا الأصل أن ينظر إلى كل خارقة صدرت على يدي أحد، فإن كان لها أصل في كرامات الرسول عليه الصلاة والسلام ومعجزاته فهي صحيحة، وان لم يكن لها أصل فغير صحيحة
begitu juga dengan imam al mula ali al qari dalam syarah al fiqhul akbar;
إن أبا حنيفة رضي الله عنه كان يقول : إن كل ما كان معجزة للنبي جاز أن يكون كرامة لولي بشرط عدم التحدي
hadis sahih telah membuktikan bahawa antara mukjizat nabi s.a w ialah bertemu dengan para nabi secara sedar sepertimana dalam isra' mi'raj. jesteru, melihat secara yaqazah harus menjadi karamat kepada auliya.
secara naqli dan aqli, masalah melihat nabi s.a.w secara sedar berada dalam lingkungan harus. mereka yang ingin menidakkannya sepatutnya membawa dalil pengharamannya. bukannya andaian dan kesimpulan yang tidak tahu hujung pangkalnya.