Islamic Widget

PEMBACA

Showing posts with label Zuhair. Show all posts
Showing posts with label Zuhair. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

CIRIT SELEPAS SEMBELIT

Setiap bulan berjumpa doktor untuk merawat Zuhair sudah menjadi kemestiam. Selepas mengalami masalah sembelit, kini dia mengalami masalah cirit. Punca sebenar masalah ini tidak diketahui. Boleh jadi kerana minum sebotol susu pramatang "MamexGold" sehari sebelum cirit-birit. Boleh jadi kerana aspek kebersihan. Boleh jadi kerana perubahan cuaca atau umur...

Enam hari cirit dan setiap hari hampir 5kali. Semalam kami membawa Zuhair berjumpa Dr.Shanti di Poliklinik Aman, doktor meminta saya agar tidak minum sebarang "milk-based product"(dairy products). Doktor hanya memberikan 3 paket "garam" untuk membantu menangani masalah dehidrasi. Namun setelah memberinya garam itu yang telah dibancuh bersama air suam sebanyak 100ml, ternyata Zuhair hanya menghisap seteguk-dua sahaja. Dia memang tak tahu atau tak mahu hisap botol.

Soalnya kenapa saya perlu puasa susu? Sedangkan para doktor dan wanita-wanita lain selalu mengesyorkan saya minum susu banyak untuk tambah susu badan. Soalan lazim yang ditanya apabila saya memberitahu saya mengalami masalah kurang susu ialah:"Awak minum susu tak?".
Kini, Dr. Shanti memberikan jawapan bahawa dia tiada petua apa2 untuk diberikan untuk saya memperbanyakkan susu badan. Tak perlu minum susu, tak perlu makan pil....Yang penting baby hisap susu badan dan proses stimulasi penting dalam penghasilan susu. Namun apakan daya, hampir 16jam sehari saya bertempek denga Zuhair yang selalu menghisap susu. Sudah tentulah berlaku proses stimulasi tetapi kuantiti susu tetap sama.

Ya Allah, andai ini ujian buatku, kurniakan aku kekuatan untuk menghadapinya dengan penuh kesabaran dan keinsafan .Ternyata apa yang berlaku dengan IzinMu jua...Ya Rabb

Thursday, June 18, 2009

1st day, one month

18 June 2009- Hari ini adalah hari pertama saya ber"blog" (selama ni baca blog orang je), dan hari ini genap sebulan umur baby Zuhair Al-Hasani (anak ke2) yang dilahirkan pre-matured iaitu 29 weeks.
  • Banyak sebab kenapa bayi lahir secara pra-matang. Dalam kes saya, si ibu ada masalah "placenta previa' (uri kebawah). Setahu saya, kes ini ada 4 tahap. Pada mulanya kes saya ni tahap ke 2, tak perlu ditahan di wad tapi kena jaga pergerakan betul2 dan tak boleh angkat berat2.
  • Pada 17 Mei 2009 jam 11.30 mlm, saya bleeding banyakkkk (kata orang bleeding darah hidup), jadi terpaksa di bawa ke hospital selayang.
  • 18.5.09 jam 6.30 ptg lebih kurang selamatlah melahirkan baby secara "caesarean"