Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, November 3, 2009

Salahkah berguru dengan Buku?

Saya masih ingat ketika hadir dalam satu forum berkaitan tajdid yang dipanelkan oleh oleh 4 orang panelis, salah seorang panelis diajukan soalan "bolehkah saya berguru dengan buku, kerana saya sering mendengar berguru dengan buku umpama berguru dengan syaitan" lebih kurang begitulah soalan yang dilontarkan oleh saudara yg bertanya.

Panelis itu mengambil pendekatan "reverse psychology" atau "counter arguement" untuk menjawab soalan tadi dgn bkata:"saya nak tanya balik, adakah berguru dengan guru itu adalah berguru dengan malaikat jika berguru dengan buku itu namanya berguru dengan syaitan?" lebih kurang begitulah bunyi muqaddimah jawapannya. "Saya sendiri berguru dengan buku" sambung panelis itu lagi.

Sambil mendengar hujah2 panelis, sambil itu saya menganalisa butir katanya. Ada perkara yg saya tak bersetuju ketika itu sehingga kini.

Berguru dengan buku tiada salahnya kerana hampir semua orang merujuk buku atau bahan2 lain samada bahan bercetak atau elektronik untuk mendapat ilmu atau maklumat.

Namun memutlakkan berguru dengan buku semata-mata adalah tidak mencukupi.

Hakikatnya Allah menurunkan kitab2Nya sebagaimana yang wajib kita imani bersama Rasul2Nya yang akan menerangkan kandungan isi kitab2 dan menyampaikannya kepada kaum mereka. Tiada satu kitab pun yang diturunkan tanpa seorang Nabi atau Rasul. Tetapi ramai Rasul dan dan Nabi yang diutuskan tanpa kitab.

Dari sini kita dapat fikir betapa peri pentingnya pembimbing yang kita istilahkan sebagai "guru" atau "ulama" atau "ustaz" dalam hal2 yg berkaitan agama Islam. Kita sudah tidak punyai Rasul lagi untuk menjadi pembimbing kita untuk memahami isi kitab Al-Quran dan Hadis2 kerana hakikatnya Nabi Muhammad sebagai Rasul terakahir telah pun meninggalkan kita sekian beberapa kurun lampau. Yang tinggal hanyala "ulama pewaris Nabi".

Negatifnya berguru dengan buku semata2 tanpa berguru adalah mungkin berlaku salah faham atau salah interpretasi terhadap teks yang ditulis lebih2 lagi jika ditulis dalam bahasa yang tidak dikuasi oleh kita dengan baik terutamanya Bahasa Arab.

Contoh yang paling mudah ialah jika berguru dengan buku semata-mata dalam mempelajari ilmu tajwid. Apatah lagi jika menggunakan buku tajwid ejaan rumi. Maka akan kedengaran sebutan huruf yang tidak menepati hukum tajwid sebagaimana berlaku disebuah surau di negara kita. Makmum wanita yang tahu tentang hukum tajwid menjadi "tidak selera" dengan imam yang membaca penuh dengan kesalahan tajwid sewaktu solat terawih. Hukum mad yang tidak dipanjangkan, "QALA" disebut "KALA", dan pelbagai kesalahan yang tidak disedari oleh imam2 tersebut yang merasakan bacaan mereka betul.

Seeloknya carilah guru yang betul2 boleh membimbing kita menjadi hamba Allah yang berilmu dan beramal dengan ilmu.

Wa Allah 'Alam = Allah Maha Mengetahui.

Monday, November 2, 2009

Arina Gegan

Arina gegan adalah nama produk terkini yang saya makan untuk menambahkan susu badan demi untuk anak saya Zuhair Alhasani yang kini berusia 5 bulan. Beratnya sekarang 5kg berbanding berat lahirnya 1.23kg. Setiap bulan beratnya akan naik sekurang-kurangnya 1kg.

Selain arina gegan, yang saya pernah cuba ialah minyak kelapa dara jenama NUFERA, minuman berfungsi B-Young, pil motilium demporidone, pil tambah susu homeopati, dan sebagainya.

Semuanya untuk menyusu Zuhair kerana susu badan saya kurang jika dibandingkan dengan keperluan Zuhair yang sudah bertambah usianya.

Susu Ziyad vs Susu Zuhair
Ziyad anak saya yang sulung kini sudah hampir setahun 11 bulan. Kedua2 anak saya tahu rasa susu. Mereka mempunyai citarasa tersendiri. Saya hanya sempat menyusukan Ziyad selama 3 bulan, itupun berselang-seli dengan susu formula. Ketika masih bayi Ziyad sudah "mengamuk" kerana susu badan yang sedikit tidak mengenyangkannya. Lantas apabila diberikan susu botol@formula dia akan puas kerana kenyang. Pada awal waktunya, Ziyad diberikan susu Duth Lady, tetapi setelah 3 bulan minum susu jenama tersebut, dia mengalami cirit-birit yang serius. Rupa2nya dia alah dengan "laktosa". Jadi terpaksalah kami beralih kepada susu tanpa laktosa yg lebih mahal harganya dan susah didapati dipasaran.

Susu soya selalu menjadi alternatif kepada susu lembu bagi bayi yg alah terhadap susu lembu atau susu yang ada laktosa. Tetapi susu ini tidak menjadi kegemaran Ziyad. Dia hanya minum susu yg sedap pada lidahnya. Banyak kali kami "try and error" sehingga kami dapat membuat kesimpulan bahawa Ziyad hanya minum susu yg mahal harganya dan rasa yg sedap.

Zuhair juga seperti Ziyad selalu "mengamuk" kerana tidak puas menyusu badan. Tapi dia akan lebih mengamuk apabila diberikan susu botol. Jadi terpaksalah saya bersabar melayan karenahnya. Tidurnya tidak cukup kerana tidak kenyang, selalu menangis kelaparan Sudah 5 jenama susu dicuba, ternyata dia hanya mahu susu badan. Dari susu S26, NeoSure, Karihome (susu kambing), Isomil (susu soya) hingga ke MamexGold. Semua saya terpaksa sedekah kepada orang lain.

Ibu Susuan
Saya terpaksa iklankan dalam portal UIAM yang saya memerlukan ibu susuan buat Zuhair. Namun sehingga kini belum berhasil. Selama 3 bulan kemana saya pergi terpaksa membawa Zuhair bersama termasuk ke UIA untuk mengajar. Kecuali waktu mengajar, suami saya akan menjaganya (mujurlah hari saya mengajar suami tiada kelas). Selepas kelas, segera saya menyusukannya. Boleh dikatakan 16jam saya perlu "bertempek" dengannya.

Selagi mampu, InsyaAllah saya akan berusaha demi Zuhair. Namun, saya juga mengharap dapat bertemu sesiapa yg ikhlas mahu menyusukan Zuhair.

Ya Allah mudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini....

AYAT-AYAT ALLAH: TAFSIR SURAH AL-A'LA

Kuliyah saya untuk Muslimat2 di Surau Nur As-Syura sehingga kini adalah surah al-'Ala. Saya mulakan dari Surah An-Nas.


Kita boleh merujuk kepada pelbagai kitab2 Tafsir yang ada samada dalam Bahasa Arab, Inggeris atau Melayu untuk memahami ayat-ayat Allah. Tafsir amat diperlukan untuk kita memahami ayat2 Allah. Huraian atau tafsiran yang semborono mengikut selera kefahaman dan tahap intelektual kita sendiri sebagaimana yg digunapakai oleh puak2 Islam Liberal akan menjauhkan lagi hidayah Allah melalui ayat2Nya.


Surah al-'Ala (the Most Exalted)
This Surah is Makki, and it has 19 verses.
surah ini adalah Surah Makiyyah, ada 19 ayat.

Setelah membaca tafsir "Fi Zilal al-Quran" (terjemahan Malayu dibawah naungan al-Quran oleh Ustaz Yusof Zaki), tafsir "The Message of the Quran" oleh Muhammad Asad dan tafsir "Maariful Quran" oleh Mufti Syafie', ternyata saya lebih cenderung menggunakan Tafsir Maariful Quran.


Untuk tafsiran secara terperinci tentang ayat2 dalam surah ini, bolehlah kita merujuk kepada tafsir2 yg telah saya sebutkan selain daripada tafsir2 lain.

Ada beberapa hukum yg dapat kita ambil dan amalkan daripada intipati surah ini.
  1. Apabila kita menyebut/melafazkan ayat pertama dalam surah ini, (diluar solat) kita dianjurkan membaca سبحان ربي الأعلى. Bacaan ini merupakan amalan Sahabat2 Nabi seperti Abdullah ibn Abbas, Ibn Umar, Ibn Zubair, Ibn Mas'ud dan Abu Musa رضي الله عنهم
  2. Sayyidina "Uqbah bin 'Amir al-Juhani meriwayatkan apabila Surah al-'Ala diwahyukan kepada Nabi, Nabi lantas memberi arahan"اجعلوها في سجودكم (Jadikannya bacaan dalam sujud kamu)>>>Kerana itu kita amalkannya dalam bacaan sujud kita.
  3. Terdapat nama2 ekslusif/khusus untuk Allah. Memanggil nama2 tersebut pada manusia dan makhluk2 lain selain daripada Allah adalah bercanggah dgn perintah di atas (perintah mensucikan Allah daripada segala sesuatu yang merendahkan kedudukan Allah sebgai Pencipta dan Tuhan yang Berhak disembah).>>>>Namun kita dapati ada ahli masyarakat yang tanpa sedar telah memanggil gelaran "Razzaq"(kepada Abdul Razzaq), Rahman (kepada Abdul Rahman), dll. Ia telah menjadi satu tabiat tanpa sedar kepada pengucap dan pendengar mengucapkan gelaran yg tidak sepatutnya kepada makhluk kerana ia khusus untuk Allah. Manakala manusia adalah makhluk dan hambaNya.
  4. Sesetengah pentafsir mentafsirkan "ism" pada ayat 1 dalam Surah al-'Ala sebagai zat Allah bukan nama Allah berdasarkan kepada Hadis Nabi yang mengarahkan supaya Allah dipuji didalam sujud (ssebagaimana yg diamalkan dalam sujud, maknanya dalam terjemahan bahasa Inggeris: I pronounce the purity of my most exalted Lord ). bukan "I pronounce the purity of the name of my most exalted Lord.

Satu tafsiran yang telah memberi jawapan bernas kepada persoalan saya selama ini adalah tafsir ayat سنقرئك فلا تنسى. إلا ما شآء الله. (We will make you recite, then you will not forget, except that which Allah wills). Menurut tafsir ini, Allah telah membuatkan Nabi ingat semua ayat2Nya. Tetapi Allah juga membuatkan Nabi lupa sesetengah ayat kerana ayat2 tersebut telah dinasakhkan. Ada hikmah disebalik penasakhan ini. Ada beberapa cara nasakh yang dapat dikenalpasti. Salah satunya adalah ayat yang menasakhkan adalah bercanggah dengan ayat yang dinasakhkan. Ada juga melalui cara Allah membuatkan Nabi dan Sahabat2 lupa akan ayat2 yang dinasakhkan. Tetapi kedapatan ulama2 tafsir yg mentafsirkan ayat yg bermaksud "'kecuali dengan kehendak Allah" tadi berbeza daripada pentafsiran yang disebutkan (iaitu nasakh). Bagi mereka, atas sebab2 tertentu Allah menjadikan Nabi lupa seketika ayat2 tertentu, kemudian Allah menjadikan Baginda ingat kembali ayat2 tersebut. Contohnya, pada satu ketika, Nabi membaca satu surah, tetapi tertinggal satu ayat daripada ayat2 dalam surah tersebut. Sayyidina Ubayy bin Kaab yang ada ketika itu bersama Rasulullah terfikir kemungkinan ayat tadi telah dinasakhkan. Setelah ditanya, Rasulullah menyatakan ia bukan dinasakhkan tetapi dilupakan tanpa sengaja. Hal ini tidaklah bertentangan dengan janji Allah untuk TIDAK MENJADIKAN NABI LUPA akan ayat2Nya, bahkan sebenarnya adalah kes pengecualian daripada janji tadi kerana harus bagi Allah menjadikan sesuatu.

Wa Allah a'lam......

(Rujukan utama; Tafsir Maariful Quran dalam Bahasa Inggeris, Vol 8, m/s 761-770)

DR ASRI DI TAHAN???

Belumpun sempat saya memahami tentang dakwaan Dr.Asri yang juga kolumnis akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau difitnah dalam memorandum oleh NGO Islam (PPSM), hari ini saya dikejutkan pula dgn berita penahan beliau oleh JAIS ketika menyampaikan ceramah di UKAY PERDANA.

Semalam saya mencari warkah memorandum itu dalam lmn web yang dinyatakan tetapi tidak ketemu.

Saya benar2 inginkan penjelasan samada daripada pihak Persatuan Peguam Syarie Malaysia mahupun daripada Dr.Asri Zainal Abidin sendiri.

Hari ini pula saya tertanya-tanya justifikasi penahanan beliau. Adakah benar beliau menyebarkan fahaman wahabi atau salafi seperti yang sering dikaitkan dengan beliau? Atau adakah beliau ditangkap kerana memberi ceramah tanpa tauliah?Adakah kerana tanpa permit? Soalan2 ini berlegar-legar dalam fikiran saya.


Siapa Dr.Asri pada kacamata saya.
Saya bukanlah pengikut dr.asri kerana sebagai seorang ahli akademik sebolehnya saya membuat penilaian secara ilmiah. Apa yang pasti saya selalu mengikuti perkembangan beliau dan nukilan-nukilan beliau di utusan malaysia, majalah-i, dan sebagainya.


Sebenarnya saya mengenali beliau sejak zaman saya belajar ijazah sarjana muda lagi iaitu kira-kira antara 2001-2004. Ketika itu beliau merupakan pelajar phd quran dan sunnah, sama jabatan dgn saya. Ketika majlis konvokesyen 2004, beliau diijazahkan phd dan saya sarjana muda dalam bidang hadis.

Ketika itu saya selalu mengikuti ceramah2 beliau di Uiam terutamanya kelas hadis yang menggunakan kitab karangan imam Nawawi. Mungkin kerana kepetahan bicara beliau menyebabkan saya tertarik dengan ceramah2nya. Almaklumlah kebanyakan orang2 utara termasuk Dr Mashitah, Ustazah Bahiyah dan Dr.Asri punyai daya tarikan tersendiri dalam berceramah.

Masih ingat lagi ketika di perpustakaan beliau memberi panduan mudah untuk saya menggunakan opac ketika saya mencari buku untuk assignment.

Beliau juga merupakan pensyarah sambilan di jabatan kami ketika itu, tetapi saya bukanlah pelajar formal beliau.

Analisa saya
Saya tidak mahu dan tidak boleh menge"cop" Dr.Asri sebagai orang Wahabi@Salafi kerana saya tidak punya bukti yang kukuh dan Dr sendiri tidakpun mengisytiharkannya.

Tetapi saya mempunyai beberapa kenalan yang dikatakan berfahaman Wahabi @ Salafi (kalaulah betul nama ini sesuai utk mereka.) Kebanyakan mereka adalah kenalan2 saya dalam bidang hadis di UIAM.
Saya pun hairan kenapa pelajar2 dalam bidang hadis dan bidang lain spt ekonomi , engineering begitu cenderung kepada aliran yang dikatakan Wahabi atau Salafi ini. Mungkin kerana ia mudah.
Saya akui fikrah aliran ini agak mudah dan senang untuk difahami kerana hujah2 dan dalil2 mereka secara langsung dari Al-Quran dan Sunnah. Tak perlu bljr tasawwuf, mantik falsafah dn sebagainya.

Di dalam kelas mereka dengan berani dan lantang mengkritik hujah2 pensyarah dengan hujah2 mereka dengan dalil2 daripada Al-Quran dan Hadis. Dimana2 majlis ilmu, aliran ini memang berani menegakkan fahaman mereka. Saya tidak mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah. Saya tidak menafikan "pendemokrasian dan kebebasan" berfikir dan berhujah. Yang menjadi masalahnya adalah adab kebanyakan mereka ketika berhujah; penuh emosi!!! (Tidak semua tapi sebahagian besar).

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.>>>>>

MUHASABAH

Sambil menulis di blog ini, saya juga membaca Harakah online. Penahanan Dr.Asri tiada justifikasi yg jelas. Yang menariknya ialah orang2 yang datang memberi sokongan kepada beliau terdiri daripada pelbagai aliran fahaman dan ideologi. Ada org2 PAS, PKR, Menteri (baca UMNO), dan SISTER IN ISLAM!! Kelihatan beliau berjaya merealisasikan aspirasi 1Malaysia walaupun org2 yg hadir itu adalah org2 Melayu beragama Islam.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).
(Petikan HARAKAH ONLINE)

Itulah kehebatan Dr.Asri, hujah dan kritikan beliau menjadi sumber rujukan dan sandaran siapa sahaja samada PAS, UMNO, SIS dll.

Namun sebagai pemerhati dari luar, saya amat berharap semua pihak bermuhasabah.

  • Bermuhasabahlah JAIS atas tindakan anda yang dikatakan tidak professional.
  • Bermuhasabahlah PAS dan UMNO ketika anda mengambil hujah2 Dr.Asri dalam dunia politik.
  • Bermuhasabahlah SIS terhadap pendirian anda tentang ajaran Islam dan kedudukan Sunnah sebagai sumber hukum. Ingatlah anda bahawa orang yg anda sokong itu adalah orang yg memiliki PHD dalam bidang Hadis.
  • Bermuhasabahlah kita semua terhadap setiap kejadian....
Dan yang terakhir titipan saya buat Dr.Asri sebagai muhasabah untuk beliau......

Dr.Asri,
Saya sering mendengar fikrah2 Dr samada dalam ceramah2, forum2 (antaranya Forum Tajdid dan debat dengan Astora Jabat), tulisan2 Dr dalam Utusan Malaysia dan majalah2 dan lain2 suratkhabar dan sebagainya...

Dr. dikurniakan Ilahi kepetahan berbicara dan berhujah serta berani kehadapan. Tidak semua orang yg petah dan pandai berbicara berani kehadapan.

Tetapi saya amat mengharap Dr bermuhasabah terhadap "tuduhan2" dan "fitnah2" orang2 terhadap Dr. Bak kata "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang"...memanglah tanpa angin pokok boleh bergoyang, tak semestinya dengan angin....fikirlah Dr kerana ramai orang mengambil hujah2 Dr untuk dijadikan bahan sandaran mahupun kritikan.

Mungkin sedar atau tidak, adakala hujah2 Dr mengguris perasaan orang2 tertentu...Seperti apa yang berlaku kpd sahabat saya yg baru mengenali Dr suatu ketika di UIAM. Beliau hadir ke ceramah DR. Katanya pertama kali dia hadir, berderai airmatanya kerana mendengar ceramah@kuliyah Dr. Saya sangkakan kerana kuliah Dr benar2 menyentuh hatinya untuk insaf atau apa2 saja yang positif. Bila saya tanya kenapa dia menangis? Katanya dia menangis kerana tidak tahan telinga mendengar hujah2 Dr yang seolah-olah menjatuhkan kredibiliti ulama2 terutamanya ulama2 silam terutamanya Imam Syafie. Saya tidak mengiyakan atau menidakkan apa yg diperkatakannya. Tetapi kerna dia seorang yg "thiqah", suka hadir kemajlis2 ilmu, pelajar MA dalam bidang Hadis (kini pensyarah dalam bidang Hadis di salah sebuah IPTA), dan tidak suka mengumpat orang; membuatkan saya terfikir "adakah dia dan orang2 lain yang mempertikaikan pendirian Dr terhadap iktiqad Ahlu Sunnah wa Al-jamaah dan ulama2 klasik@Kaum Tua" salah faham terhadap kenyataan2 dan hujah2 Dr???

Saya tunggu jawapannya untuk muhasabah diri saya sendiri......


Sunday, November 1, 2009

Rumah-rumah Allah kesunyian

Malaysia Kita,
Satu malaysia,
Tempat ibadah ada dimana-mana,
Makanan pelbagai rasa,
Kerja macam-macam ada,
Kerana itulah satu malaysia lubuk bukan warganegara.

Rumah-Rumah Allah tersergam indah,
Indahnya melebihi masjid Nabi di zaman Baginda,
Tetapi bagaimana ahli jemaah???
Adakah seramai dan setaraf indahnya masjid atau surau??

Kerja 5 jam tanpa henti tak mengapa,
Sembahyang 5minit selalu dilupa,
Ke pasar 50 minit sudah biasa,

Rumah-rumah Allah semakin sunyi,
Hanya yang ikhlas mengabdikan diri,
Memuji Ilahi,
Muhasabah diri,
Menyahut seruan Ilahi,
Kerana hanya orang yang benar-benar beriman ingin menghuni,
Rumah-rumah Ilahi,
Kerana mereka sedar itulah saham di akhirat nanti,
Mereka sedar pentingnya memakmurkan rumah-rumah Allah.

Satu kawasan satu masjid,
Satu taman satu surau,
Sungguh cantik,
Sungguh selesa,
Tapi berapa saf makmum yang ada?
Jika dibandingkan saf-saf di Giant?
Di Tesco, Carefour, Jusco, Sogo, ???
Di Chow Kit, Jalan Tar, di pasar malam, di mana-mana ....
Selain daripada rumah-rumah Allah????

Marilah kita satu MALAYSIA menuju kerumah-rumah Allah
Kerana dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan.

Nukilan dan renungan dari saya buat saya dan anda semua

Saturday, October 31, 2009

Dari emel

As salamu 'alaykum warahmatullahi wabarakaatuh,

Here is a beneficial extract from the post of Brother Abdulilah Lahmami:

Sheikh Muhammad ibn Haadi, today cried much in his dars, this one is a must for the last part of Meemiyah talks about the reality of what knowledge is.

Sheikh Muhammad said that from the poem it can be understood that knowledge is not to just memorise books or a fatwah to the letter:

“Nor is it to just say yes, yes, yes in the majaalis!
Nor is it to just say Ya'ni Ya'ni, Ya'ni in the majalis!
Nor is it to just look the part with your head covering!
Nor is it to just wrap your legs with your hands or to tie them with a cloth in the majaalis!
Nor is it to just write books!
Nor is it to just read eloquently!
Nor is it to learn for the sake of teaching when one is not themselves prepared to sit and learn!
Nor is it by just lowering your head to show piety!
Nor is it sleeping through the whole night!

But knowledge is fear of Allaah,
knowledge is Ikhlaas and righteous deeds,
knowledge is knowing Allaah is watching you at all times,
Knowledge is checking yourself.
Knowledge is knowing how much you don't know,
knowledge is humility,
knowledge is knowing you are questionable in front of Allaah for what you say and do...
knowledge is giving the people of knowledge their level that Allaah gave them
Knowledge is good manners
Knowledge is learning correct Aqeedah and Methodology
Knowledge is using your time beneficially
Knowledge is getting up for Qiyaamulayl
Knowledge is hoping and loving to meet Allaah
Knowledge is fear of Allaah

That is knowledge that benefits.”

http://salafitalk. net/st/viewmessa ges.cfm?Forum= 28&Topic=9641

was-Salaamu 'Alaikum wa Rahmatullaahi wa Barakaatuh.

Abu-Khadeejah 'Abdul-Waahid Alam.

Lecturer and Publications Director.

Salafi Publications and The Salafi Mosque, Birmingham, UK.

Tel: 0121-773-0033

Friday, October 30, 2009

Saya dan Dr.Mashitah

Dr,Mashitah Ibrahim adalah satu nama yang punya posisi tersendiri dalam bidang dakwah dan politik Malaysia, punyai ramai kawan dan lawan.

Siapapun dia saya pernah menjadi pengkagum beliau dalam beberapa aspek seperti kepetahan berbicara (kurniaan Ilahi) samada Melayu atau Arab, Inggeris saya tak pasti.

Beliau adalah bekas pensyarah saya semasa Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Quran untuk 2 Subjek. Jarang sekali saya mendaftar subjek dengan pensayarh Melayu kerana saya lebih suka belajar dengan pensyarah dari luar negara-Arab, India, bangladesh dll.

Beliau pernah menawarkan saya untuk membantu beliau ketika pertama kali beliau melangkah ke arena politik pada tahun 2004. Atas sebab perbezaan fahaman politik dan ditambah dengan kurangnya minat saya terhadap politik Malaysia saya terpaksa menolak lamarannya dengan baik...

He!He! kalau saya ikut politik beliau apa akan jadi pada saya ya????

Sembelit kerana Milo ???

Antara petua yang saya amalkan untuk memperbanyakkan susu badan untuk bayi saya ialah minum milo. Itu antara nasihat orang yang pernah mengamalkannya dan hasil bacaan saya dari internet dan blog.

Tak sangka timbul pula masalah lain iaitu Zuhair bayi saya yang pramatang itu tidak mumbuang air besar dengan teratur. Adakala 3-4hari sekali, ada ketika 9hari....terpaksalah saya pergi jumpa doktor dan diberikan ubat sembelit. Doktor ada tanya saya, awak makan apa?awak makan daging.(kerana hairan saya pun tanya semula)Kenapa, saya tak boleh makan daging kah?....

Dua tiga hari lepas itu saya berfikir-fikir....kenapa, kenapa dan kenapa.....tanpa fikir, tiba2 saya mendapat ilham kepada soalan tadi iaitu saya minum milo....saya bagitau suami say, Suami mengiakannya, katanya dia kalau minum milo perutnya akan dapat masalah.

Kini saya beralih kepada horlick...dah tak minum milo lagi...dapatlah anak saya "membuang" dengan selesa (selang 2hari).

Sebenarnya bagi ibu-ibu yang menyusu badan tiada masalah besar sekiranya bayi tidak "membuang" setiap hari, paling lama seminggu asalkan bayi tak meragam dan tak ada masalah2 lain seperti angin dan tak nak hisap susu.

PETUA DARI BOSNIA

Rakan sekerja saya orang Melayu yang berkahwin dengan orang Bosnia memberitahu saya majoriti wanita Bosnia tidak ada masalah "tak cukup susu badan untuk bayi". katanya petua dan nasihat mereka ialah minum air banyak, sebanyak yang boleh, selain drpd minum susu kerana susu ibu dihasilkan daripada air bukan makanan.

termangu saya sendirian memikirkannya kerana ada kenalan pernah menyatakan susu adalah daripada darah, jadi kita perlu makan makanan yang boleh memperbanyakkan darah seperti bayam, hati, daging dll.

sejauh mana ya badan (usus) kita boleh menumpang air? adakah semua orang boleh minum banyak air dan ia tahan dalam tubuh kita dalam tempoh yang sama?

umum diketahui kita dinasihati minum sekurang-kurangnya 8gelas air sehari. cuma apabila minum banyak air, banyak juga yang 'keluar". saya pernah tanyakan doktor, jawabnya mungkin usus saya pendek, jadi usus tak boleh menampung kuantiti air yang banyak berbanding mereka yang mempunyai usus yang lebih panjang. Katanya bagi kebanyakan wanita Asia memang mpunyai usus yang lebih pendek berbanding 0rang2 lain.

Teringat pula saya satu hadis yang mafhumnya kita perlu peruntukkan 3ruang untuk perut kita (1 untuk air, 1 untuk makanan, 1 kosong untuk angin)...erm saya perlu semak semula hadis ni, takhrijnya, maksudnya dgn fakta sains.

KHABAR DARI MELBOURNE

SABTU LEPAS KIRA-KIRA JAM 10.30PAGI SELEPAS MENYAMPAIKAN KULIYAH TAFSIR KEPADA MUSLIMAT DI SURAU NUR AS-SYURA SAYA MENDAPAT PANGGILAN DARI KAKWANI. KAKWANI KINI MENYAMBUNG PELAJARN PERINGKAT PHD DI UNIVERSITY OF MELBOURNE AUSTRALIA.

HAMPIR SETENGAH JAM KAMI BERBUAL...PHD DISANA BANYAK CABARAN (CABARAN ADA DIMANA-MANA). CUMA YANG MEMBUAT SAYA TERFIKIR, KAKWANI TERPAKSA BERPENAT LELAH MENCARI RUMAH SEWA YANG MGAMBIL MASA 2BULAN. KATANYA PERLU ISI FORM DLL, DAN 15 APPLICATION YANG DIHANTARNYA.

SATU LAGI YANG PELIKNYA (WALAUPUN TAK PELIK SANGAT), ADA WANITA WARGA ARAB BERIMEJKAN RAMBUT PUNK MENGAMBIL ISLAMIC STUDIES DISANA!

APAPUN...TOUGH MEMANG TOUGH...TAPI KAKWANI KATA INSYAALLAH KALAU ORANG MACAM SAYA DAN DIA BOLEH HARUNG SEBAB DAH PERNAH HIDUP "TOUGH".
-MASAKAN TIDAK, SAYA DILAHIRKAN DALAM KELUARGA YANG SUSAH...MACAM-MACAM KERJA SEJAK KECIL SAYA BUAT,
-JUAL KUIH MUIH (SEK RENDAH)
-MENOREH GETAH (SEK RENDAH)
-BERSAWAH PADI (SEK REN)
-PANJAT POKOK RAMBUTAN DAN MANGGIS UNTUK JUAL BUAHNYA (SEK REN & MEN)
-KERJA KILANG ROTI (LEPAS PMR)
-KERJA KILANG ELEKTRONIK (LEPAS SPM)
-JUAL JUBAH, KAD RAYA (DEGREE UIAM)
-KERJA FOTOKOPI (DEGREE UIAM)
-DAN LAIN2 KERJA YANG HALAL DEMI UNTUK MENYARA KEPERLUAN HIDUP SENDIRI DAN KELUARGA....

ALHAMDULILLAH ALLAH KURNIAKAN REZEKI BUAT KITA SEMUA....

Monday, July 27, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat

Koleksi buku saya yang terkini adalah buku Indahnya Hidup Bersyariat. Pepatah ada mengatakan "dont judge a book by its cover", tapi bagi siapa yang suka judge a book by its cover mesti bersetuju bahawa bukan sahaja kulit bukunya (cover) cantik dan menarik, isi kandungan buku ini juga amat bagus dan bermanfaat. Dihidangkan dalam bentuk persembahan yang moden dengan menggunakan ilustrasi gambar-gambar yang bewarna-warni, penulisan yang ringkas, padat dan tepat memudahkan kefahaman kita tentang perkara-perkara berkaitan Fardhu Ain. Tidak rugi membelinya!!Dengan harga RM55 (seperti tertera dibelakang kulit buku), anda mesti berpuas hati dengan kualiti kertas yang tebal dan licin. Jika anda berminat untuk memilikinya boleh hubungi saya jika anda tiada kesempatan untuk ke kedai buku.




Syamil Al-Quran

Antara pelbagai jenis Al-Quran yang ada di mini-perpustakaan kami ialah:
>Al-Quran berbentuk Tafsir (seperti Fi Zilal Al-Quran yang telah diterjemahkan ke dalam BM. Tetapi hanya juzu' ke-30 sahaja saya beli). Tafsir yang lain (boleh download dari internet, tafsir yang asalnya ditulis dalam Bahasa Urdu dan telah diterjemah ke BI iaitu Tafsir Maariful Quran, 8jilid.). Tafsir "The Message of the Quran (B.Inggeris). Al-Misbah al-Munir fi Tahzib Tafsir Ibn Kathir 1 jilid (B.Arab), Safwatu-Tafasir, 3 jilid (B.Arab), Tafsir Baidawi (B.Arab). Manakala Tafsir dalam bahasa Urdu (kepunyaan suami) antaranya Maariful Quran, Kamalain Syarah Urdu Jalalain Syarif, Tafsir as-Sowi ala Jalalain, Tafsir Jamal, Tafsir Haqqani (iaitu sumber penting untuk terjemahan al-Quran oleh Abdullah Yusuf Ali), Tafhim al-Quran.
>Terjemahan Al-Quran: Syamil al-Quran (Melayu Indonesia, terjemah setiap patah perkataan). Al-Quran dan terjemahannya.
>Terjemahan dalam B.Inggeris: oleh Abdullah Yusuf Ali, oleh Marmaduk Pitchall, oleh Dr. Muhsin Khan.
>Terjemahan dalam bahasa Urdu: oleh Ashraf Ali Thanwi
>Al-Quran Tajwid bewarna
>setiap jenis Al-Quran ini mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri.









Saturday, July 25, 2009

ISOT2

Conference Secretariat:

The Second International Seminar on Islamic Thought (ISoIT2)
Department of Theology and Philosophy
Faculty of Islamic Studies
National University of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

Fax: (6) 03 8921 3018
Tel : (6) 03 8921 5520 / 4526 / 5503 / 5556
E-mail:

aufaa01@yahoo.co.uk

jaffaryawang@hotmail.com

aslong@ukm.my

Sinopsis Perkembangan Ulum Hadis

Untuk membayangkan perkembangan Ilmu Hadis, kita boleh ibaratkannya secara fizikal dengan perkembangan seorang bayi atau sebiji benih. Bayi atau benih yang normal akan berkembang dan mempunyai anggota-anggota atau bahagian-bahagian tertentu.

Ilmu Hadis bermula sejak zaman Rasululullah SAW diutuskan. Ia boleh dikatakan sebagai benih permulaan yang ditanam ditanah yang subur. Al-Quran melalui firman Tuhan menyuburkan lagi benih ilmu ini. Allah telah menegaskan bahawa apabila datang kepada seseorang khabar berita daripada seorang fasiq (yang kurang ketaatan dalam agama), hendaklah orang itu menyelidik khabar berita itu sebelum mempercayainya. (sila rujuk Surah al-Hujurat: ayat 6). Selain itu, Allah juga meletakkan beberapa kaedah yang lain berkaitan sesuatu khabar berita; iaitu hendaklah dipastikan kebenaranya (sila rujuk Surah at-Taubah:ayat 119), larangan menyampaikan berita palsu (sila rujuk Surah an-Nahl: ayat 105), dan larangan mendengar berita bohong (sila rujuk Surah an-Nisa': ayat 140).

Perlu ditekankan bahawa semasa hayat Nabi, Sahabat-Sahabat baginda berpeluang menyelesaikan masalah berkaitan kehidupan dan agama secara langsung urusannya dengan Nabi kita Muhammad SAW. Justeru, tidak timbul persoalan yang rumit atau kekeliruan yang kompleks kerana semua masalah ada jawapanya secara langsung dari sumber wahyu (kerana wahyu terhenti penurunannya selepas kewafatan Baginda dan Rasulullah tidak mengatakan sesuatu mengikut hawa-nafsunya seperti insan biasa).

Namun, apabila Rasulullah wafat, Sahabat-Sahabat baginda amat berhati-hati dalam meriwayatkan Hadis kerana mereka bimbang apa yang diriwayatkan bukan datang dari Nabi. Sifat berhati-hati ni bukanlah sesuatu yang pelik kerana tugas Sahabat pada waktu itu bukanlah semata-mata berkaitan Hadis Nabi, bahkan yang lebih utama adalah berkaitan kalam Ilahi iaitu Al-Quran yang diturunkan selama 23 tahun semasa hayat Baginda.

Tidak perlu timbul persoalan ketidakpercayaan di kalangan Sahabat baginda apabila mereka menggunakan sistem "sumpah dan saksi" apabila meriwayatkan Hadis. Ini adalah kerana sistem ini dapat menjustifikasikan bahawa apa yang disampaikan itu benar-benar daripada Nabi. Al-Quran sendiri menegaskan bahawa para Sahabat semuanya boleh dipercayai apabila menyampaikan berita (sila rujuk Surah at-Taubah:ayat 100, dan al-Fath:18). Mereka tidak berbohong tentang apa sahaja yang berkaitan atau yang datang daripada Nabi.

Namun apabila berlaku peristiwa FITNAH (pembunuhan Khalifah Islam ke-3; Saidina Uthman b. Affan RAH dalam tahun 35H), umat Islam ketika itu berpecah kepada Jumhur, Syiah, dan Khawarij. Maka berlakulah pemalsuan terhadap Hadis yang disandarkan kepada Nabi dalam mempertahankan ataupun dalam konfrantasi kepercayaan masing-masing. Sejak itu, ketelitian terhadap "SANAD" amat ditekankan.

Pada pertengahan kurun kurun ke 2H, bermulalah pembukuan berkaitan Ilmu Hadis tetapi tidaklah dalam bentuk eksklusif. Ini kerana ia bercampur dengan Ilmu lain iaitu Usul-Fiqh (dalam al-Risalah oleh Imam Syafie), dan Fiqh (dalam al-Umm juga oleh Imam Syafie).
Seterusnya, pada kurun ke-3H, berkembanglah penulisan dan pembukuan tentang Ilmu Hadis,dalam pelbagai aspek tetapi masih belum dalam satu entiti khas Ilmu Hadis kerana aspek-aspek ini terpisah-pisah perbincangannya. Antara contohnya ialah Mukhtalif Hadis oleh Ali bin al-Madini, dan Takwil Mukhtalif Hadis oleh Ibn Qutaibah.

Kedapatan juga beberapa orang ilmuan Hadis pada kurun ke-3 ini membentangkan beberapa prinsip berkaitan Ilmu Hadis ini di dalam manuskrip mereka. Antara para ilmuan itu ialah Imam Muslim di dalam Sahih Muslim. Kurun ini juga dikenali sebagai "era keemasan Hadis" kerana pada kurun inilah ditulis pelbagai buku Hadis.

Pada kurun seterusnya iaitu kurun ke-4 dan 5H, kedapatan pelbagai kompilasi berkaitan Ilmu Hadis di dalam pelbagai aspek.; antaranya Ma'rifat Ulum al-Hadis oleh al-Hakim dan al-Kifayah fi Ilmu al-Riwayah oleh Khatib al-Baghdadi. Pada kurun ke-4H inilah Ilmu Hadis dikompilasikan secara khusus dalam entitinya sebagai Ilmu Hadis seperti yang terdapat dalam buku Al-Muhaddis al-Fasil Baina al-Rawi wa al-Wai' oleh al-Ramahurmuzi.

Begitulah akhirnya Ilmu Hadis ini terus bekembang penulisannya secara ilmiah pada kurun-kurun seterusnya dalam entiti yang tersendiri sehinggalah kurun moden kita ini.

Friday, July 24, 2009

Sinopsis Ulum Hadis: Pengenalan

Ulum Hadis (Melayu: Pengantar Ilmu-Ilmu Hadis, Inggeris: Sciences of Hadith) adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan Hadis Nabi Muhammad SAW dan yang bersangkutan dengannya.

Ilmu ini sangat penting (walaupun ia hanya sekadar Fardu kifayah untuk mempelajarinya) kerana ia membicarakan kaedah-kaedah yang digunapakai oleh para ilmuan dalam memahami Hadis atau Sunnah.

Sebagaimana yang telah disepakati dan diketahui, Sunnah atau Hadis merupakan sumber kedua terpenting ilmu dan perundangan Islam.

Apakah maksud sebenar Ulum Hadis?
Ulum Hadis boleh ditakrifkan sebagai satu disiplin ilmu yang membincangkan transmisi tentang (penyampaian dan penerimaan) Hadis turun-temurun, disamping membicarakan tentang teks (matan) dan perawi (sanad) Hadis secara ilmiah.
Daripada takrif ini, dapat diperhatikan bahawa Ulum Hadis terbahagi kepada dua cabang imu yang penting iaitu:
1) Imu Hadis Riwayah yang membincangkan tentang transmisi (penyampaian dan penerimaan )Hadis turun-temurun.
2) Imu Hadis Dirayah yang membicarakan tentang teks dan perawi secara ilmiah. Dan Ilmu Dirayah ini mempunyai pelbagai nama yang seerti iaitu Ulum Hadis, Usul Hadis dan Mustalah Hadis.

Ilmu ini memperkenalkan kita pelbagai istilah yang bersangkutan dengan Sunnah seperti perkataan Sunnah dan Hadis itu sendiri, Khabar, Athar, Sanad, Matan, Tariqh, Wajh, Isnad, Sanad Safil, Sanad Nazil.

Tidak ketinggalan juga istilah-istilah penting berkaitan dengan generasi perawi Hadis seperti Sahabah, Tabiun, Tabi' tabi'in.

Juga istilah-istilah berkaitan dengan orang yang mempelajari dan mendalami ilmu ini seperti istilah Amir al-Mukminin, al-Hakim, al-Hujjah, al-Hafiz, al-Muhaddis, al-Musnid dan Talib al-Hadis.

Ataupun bersangkutan istilah yang menyentuh jenis-jenis perawi seperti as-Syahid dan al-Mutabi'.

Tidak ketinggalan perkataan al-Musnad yang mempunyai 3 makna yang berlainan dari sudut istilah.

Apabila mempelajari ilmu ini, kita akan dapati terdapat pelbagai perkataan yang digunakan untuk mentakrifkan sesuatu, dan terdapat juga satu perkataan yang mempunyai pelbagai takrif.

Itulah keistimewaan ilmu ini yang begitu terperinci. Justeru untuk mempelajarinya di dalam apa jua bahasa, amat penting bagi kita memahaminya mengikut acuan Bahasa arab.

Thursday, July 23, 2009

FAQ (9) SCIENCES OF HADITH

TOPIC: FAMOUS MUHADDITHUN
  1. Write a note on the authors of six major Hadith works and the nature of their works.
  2. Write Imam Muslim/Bukhari/ Tirmizi/ Ibn Majah biographical and nature and methodology of his work.

FAQ (8) SCIENCES OF HADITH

TOPIC: CLASSIFICATION OF HADITH BASED ON ACCEPTANCE AND REJECTION

A) ACCEPTED (MAQBUL)
  • SAHIH (AUTHENTIC)
  • HASAN (AGREEABLE)
B) REJECTED (MARDUD)
  • DHOIF (WEAK)
  • MAWDU' (FORGED)

  1. For Hadith of the Prophet to be considered authentic, it must fullfill five criteria. List down these criteria.
  2. Define Hadith Maqbul and discuss its various categories with examples
  3. What kind of information that Muhaddithun needs to confirm the continuity of Isnad
  4. Explain how it can be Hadith Qudsi determined as authentic Hadith.
  5. A Hadith is acceptable only when the transmitter possess two important qualities and the impact on the gradation of Hadith.
  6. What are the factors that disqualify a person from being reliable in transmitting the Hadith.
  7. Explain 2 types of gaps in the Isnad.
  8. Discuss the concept of Hadith Dhoif, its classification and views of Muhaddithun about its application in Islamic legislation.
  9. Hadith is classified according to the omission in the sanad, into six categories. Define all of them with examples.
  10. What are the factors that disqualify a person from being reliable in transmitting the Hadith.
  11. By using the methodology of al-jarh and ta'dil, hadith scholars have come up with the decision that not all that are referred to as Hadiths are authentic and can be used as sources of Hukm and knowledge. There are hadith which classified as Dhoif due to discontinuity in the sanad. Explain this in detail along with examples and pieces of evidences.
  12. Discuss briefly main factors that are believed to have caused the fabrication of Hadith. Support your answer with examples.

FAQ (7) SCIENCES OF HADITH

TOPIC: CLASSIFICATION OF AHAD BASED ON ITS ORIGIN

  1. Discuss Hadith Qudsi in terms of its silent features and its distinction from Quran. And also explain how it can be determined as authentic Hadith.
  2. There are 2 general divisions of Hadith, Hadith Nabawi and Hadith Qudsi. Explain the differences between the two with relevant examples.
  3. Hadith Mawquf can be elevated to the position of Hadith Marfu' due several reasons. List the reason which elevate the position of Hadith Mawquf to Hadith Marfu'
  4. Define term: Al-Mawquf

FAQ (6) SCIENCES OF HADITH

TOPIC: CLASSIFICATION OF HADITH BASED ON THE NUMBER OF NARRATORS

A) MUTAWATIR
  1. Define term
  2. Define the division of Hadith Mutawatir and discuss one of them with example
  3. Differentiate between Hadith Ahad and Mutawatir
  4. Discuss Hadtith Mutawatir and its divisions with examples
B) AHAD
  1. After defining the term Hadith Ahad, explain its various categories with relevant examples
  2. There are various factors that have led to the classification of Hadith Ahad. Discuss these factors with examples.
  3. Define term: "al-Gharib", "al-Aziz", "al-Masyhur"

FAQ (5) SCIENCES OF HADITH

TOPIC:VALIDATION OF THE NARRATORS
Define term: Mukhadramun...