Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, December 8, 2009

SUKARKAH BELAJAR MA?

SEKARANG SAYA SEDANG CUTI BELAJAR PHD TAPI MASIH BELUM DAFTAR DI UM.
TESIS SAYA ADALAH SEX EDUCATION IN SUNNAH/PROPHETIC TRADITION.

SUKARKAH PHD???SAYA BELUM ADA JAWAPAN.

TAPI SAYA SUDAH ADA JAWAPAN BAHAWA MA(IJAZAH SARJANA) TIDAKLAH SESUKAR YANG DIBAYANGKAN. SAYA TIDAK TAHU PENGALAMAN SEBENAR JIKA BELAJAR MA DI NEGARA TIMUR TENGAH ATAU BARAT. WALAUPUN SERINGKALI MENDENGAR CERITA DARI MEREKA-MEREKA YANG PERNAH BELAJAR DISANA, NAMUN HANYA MEREKA YANG MERASAI PAHIT MANISNYA YANG TAHU NILAI SEBENAR BELAJAR DILUAR NEGARA.

BAGI SAYA YANG MERUPAKAN GRADUASI UIAM UNTUK IJAZAH SARJANA MUDA DAN IJAZAH SARJANA, SAYA BERANI MENGATAKAN MA LEBIH MUDAH DARI BA. BUKTINYA SAYA BERJAYA MENDAPAT 9A DAN 1A-DARIPADA 10 SUBJEK DENGAN CGPA 3.967. MANAKALA BA HANYA 3.680 SAHAJA.

NAMUN CGPA BUKANLAH UKURAN SEBENAR NILAI ILMU SESEORANG. BOLEH JADI IA SATU KEBENARAN, BOLEH JADI SATU SURATAN, BOLEH JADI SATU KEBETULAN.

PENGALAMAN BELAJAR ADALAH SESUATU YANG MENYERONOKKAN. TAPI SAYA PALING TIDAK SUKAKAN PEPERIKSAAN. PEPERIKSAAN BAGI SAYA BUKANLAH SESUATU YANG AMAT PENTING WALAUPUN IA PENTING. PEPERIKSAAN BUKANLAH SEGALANYA.

PALING SAYA SUKA IALAH SESI PEMBENTANGAN. UNTUK 4 MATAPELAJARAN SAYA MENJADI PEMBENTANG PERTAMA. MENDAPAT PUJIAN DAN KRITIKAN KETIKA DAN SELEPAS PEMBENTANGAN ADALAH MOTIVASI UNTUK MELAKUKAN SESUATU DENGAN LEBIH BAIK.

MENULIS TESIS PULA PUNYAI UJIAN TERSENDIRI. APATAH LAGI MENULIS DALAM KEADAAN HAMIL, BERSALIN DAN BERPANTANG.

SESUNGGUHNYA KESUSAHAN ITU DISUSULI DENGAN KESENANGAN. SYUKUR KEPADA ILAHI YANG MEBERIKAN KEMUDAHAN.


Monday, December 7, 2009

SELITER SUSU SEGAR SEJUZUK ALQURAN SETIAP HARI

Seliter susu segar, sejuzuk AlQuran setiap hari adalah petua yang diamalkan oleh ibu susuan Zuhair yang diperkenalkan oleh seorang kenalan.

Menurut suami ibu susuan Zuhair yg bernama Khairul Bariah itu dia mendapat ilham sewaktu isterinya hamil untuk mengamalkan minum seliter susu segar dan membaca sejuzuk AlQuran setiap hari. Hasilnya (dengan izin Allah) dia mempunyai susu badan yang banyak. Malahan sewaktu hamil lagi susunya telah keluar, menunjukkan betapa banyak susu badannya.

Kebenaran?Kebetulan?Suratan? Hanya Allah yang tahu...mungkin sudah rezeki anaknya, dan rezeki Zuhair juga...

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang menemukan Zuhair dengan ibu yang mempunyai susu badan yang banyak berbanding umminya yang terpaksa berhempas pulas memperbanyakkan susu.

Wednesday, December 2, 2009

EMAIL: DAKWAH

[1] Dakwah merupakan jalan hidup Rasul dan pengikutnya

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Katakanlah, Inilah jalanku; aku menyeru kepada Allah di atas landasan ilmu yang nyata, inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutiku…†(Qs. Yusuf: 108)

Berdasarkan ayat yang mulia ini Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengambil sebuah pelajaran yang amat berharga, iaitu: Dakwah ila Allah (mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah) merupakan jalan orang yang mengikuti Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, sebagaimana yang beliau tuliskan di dalam Kitab Tauhid bab Ad-Du’a ila syahadati an la ilaha illallah (Ibthal At-Tandid, hal. 44).

[2] Dakwah merupakan ciri-ciri orang-orang yang muflih (berjaya)

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Hendaklah ada di antara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan, memerintahkan yang ma’ruf, melarang yang mungkar. Mereka itulah sebenarnya orang-orang yang beruntung.†(Qs. Ali-’Imran: 104)

Ibnu Kathir rahimahullah menyebutkan riwayat daripada Abu Ja’far Al-Baqir setelah membaca ayat “Hendaklah ada di antara kalian segolongan orang yang mendakwahkan kepada kebaikan†maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Yang dimaksud kebaikan itu adalah mengikuti Al-Qur’an dan Sunnah-ku.†(HR. Ibnu Mardawaih) (Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 66)

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya! Benar-benar kalian mesti memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar, atau Allah akan mengirimkan untuk kalian hukuman dari sisi-Nya kemudian kalian pun berdoa kepada-Nya namun permohonan kalian tidak lagi dikabulkan.†(HR. Ahmad, dinilai hasan Al-Albani dalam Sahih Al-Jami’ hadits no. 7070. Lihat Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 66)

[3] Dakwah merupakan ciri umat yang terbaik

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan bagi umat manusia, kalian perintahkan yang ma’ruf dan kalian larang yang mungkar, dan kalian pun beriman kepada Allah…†(Qs. Ali-’Imran: 110)

Ibnu Kathir mengatakan, “Pendapat yang benar, ayat ini umum mencakupi segenap umat (Islam) di setiap zaman sesuai dengan kedudukan dan keadaan mereka masing-masing. Sedangkan kurun terbaik di antara mereka semua adalah masa diutusnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian generasi sesudahnya, lantas generasi yang berikutnya.†(Tafsir Al-Qur’an Al-’Azhim, jilid 2 hal. 68)

[4] Dakwah merupakan sikap hidup orang yang beriman

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya), “Orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka memerintahkan yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar,…†(Qs. At-Taubah: 71)

Inilah sikap hidup orang yang beriman, bertentangan dengan sikap hidup orang-orang munafiq yang memerintahkan yang mungkar dan melarang daripada yang ma’ruf. Allah ta’ala menceritakan hal ini dalam firman-Nya (yang ertinya), “Orang-orang munafiq lelaki dan perempuan, sebahagian mereka merupakan penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka memerintahkan yang mungkar dan melarang yang ma’ruf…†(Qs. At-Taubah: 67)

[5] Meninggalkan dakwah akan membawa petaka

Allah ta’ala berfirman tentang kederhakaan orang-orang kafir Bani Isra’il (yang ertinya), “Telah dilaknati orang-orang kafir dari kalangan Bani Isra’il melalui lisan Daud dan Isa putera Maryam. Hal itu dikeranakan kemaksiatan mereka dan perbuatan mereka yang selalu melampaui batas. Mereka tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh sebahagian di antara mereka, amat buruk perbuatan yang mereka lakukan itu.†(Qs. Al-Ma’idah: 78-79)

Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan, “Tindakan mereka itu (mendiamkan kemungkaran) menunjukkan bahawa mereka meremehkan perintah Allah, dan kemaksiatan mereka anggap sebagai perkara yang remeh. Seandainya di dalam diri mereka terdapat pengagungan terhadap Rabb mereka nescaya mereka akan merasa cemburu kerana larangan-larangan Allah dilanggar dan mereka pasti akan marah kerana mengikuti kemurkaan-Nya…†(Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 241)

Di antara kesan mendiamkan kemungkaran adalah kemungkaran tersebut semakin menjadi-jadi dan bertambah bermaharajalela. Syaikh As-Sa’di telah memaparkan akibat buruk ini, “Sesungguhnya hal itu (mendiamkan kemungkaran) menyebabkan para pelaku kemaksiatan dan kefasikan menjadi semakin lancang dalam memperbanyakkan perbuatan kemaksiatan tatkala perbuatan mereka tidak dicegah oleh orang lain, sehingga keburukannya semakin menjadi-jadi. Musibah diniyah dan duniawiyah yang timbul pun semakin besar kerananya. Hal itu membuat mereka (pelaku maksiat) memiliki kekuatan dan kedegilan. Kemudian yang terjadi setelah itu adalah semakin lemahnya kekuatan yang dimiliki oleh ahlul khair (orang baik-baik) dalam melawan ahlusy syarr (orang-orang jahat), sampai-sampai suatu keadaan di mana mereka tidak sanggup lagi mengingkari apa yang dahulu pernah mereka ingkari.†(Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 241)

[6] Orang yang berdakwah adalah yang akan mendapatkan pertolongan Allah

Allah berfirman (yang ertinya), “Dan sungguh Allah benar-benar akan menolong orang yang membela (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Mereka itu adalah orang-orang yang apabila kami berikan keteguhan di atas muka bumi ini, mereka mendirikan shalat, menunaikan zakat, memerintahkan yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar. Dan milik Allah lah akhir dari segala urusan.†(Qs. Al-Hajj: 40-41)

Ayat yang mulia ini juga menunjukkan bahawa barangsiapa yang mengaku membela agama Allah namun tidak memiliki ciri-ciri seperti yang disebutkan (mendirikan shalat, menunaikan zakat, memerintahkan yang ma’ruf dan melarang yang mungkar) maka dia adalah pendusta (lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 540).

[7] Dakwah, bakti anak kepada ibu bapa

Allah ta’ala meceritakan nasihat indah daripada seorang bapa teladan iaitu Luqman kepada anaknya. Luqman mengatakan (yang ertinya), “Hai anakku, dirikanlah shalat, perintahkanlah yang ma’ruf dan cegahlah dari yang mungkar, dan bersabarlah atas musibah yang menimpamu. Sesungguhnya hal itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).†(Qs. Luqman: 17)

Allah juga menceritakan dakwah Nabi Ibrahim kepada bapanya. Allah berfirman (yang ertinya), “Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim yang terdapat di dalam Al-Kitab (Al-Qur’an). Sesungguhnya dia adalah seorang yang jujur lagi seorang nabi. Ingatlah ketika dia berkata kepada bapaknya; Wahai ayahku. Mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak boleh mencukupi dirimu sama sekali? Wahai ayahku. Sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku nescaya akan kutunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai ayahku. Janganlah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu selalu derhaka kepada Dzat Yang Maha Penyayang.†(Qs. Maryam: 41-44)

[8] Dakwah, alasan bagi hamba di hadapan Rabbnya

Allah berfirman (yang ertinya), “Dan ingatlah ketika suatu kaum di antara mereka berkata, ‘Mengapa kalian tetap menasihati suatu kaum yang akan Allah binasakan atau Allah akan mengazab mereka dengan seksaan yang amat keras?’ Maka mereka menjawab, ‘Agar ini menjadi alasan bagi kami di hadapan Rabb kalian dan semoga saja mereka mahu kembali bertakwa’.†(Qs. Al-A’raaf: 164)

Syaikh As-Sa’di rahimahullah mengatakan, “Inilah maksud paling utama dari pengingkaran terhadap kemungkaran; iaitu agar menjadi alasan untuk menyelamatkan diri (di hadapan Allah), serta demi menegakkan hujah kepada orang yang diperintah dan dilarang dengan harapan semoga Allah berkenan memberikan petunjuk kepadanya sehingga dengan begitu dia akan mahu melaksanakan tuntutan perintah atau larangan itu.†(Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal. 307)

Allah berfirman (yang ertinya), “Para rasul yang kami utus sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan itu, agar tidak ada lagi alasan bagi manusia untuk mengelak setelah diutusnya para rasul. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.†(Qs. An-Nisaa’: 165).

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhutbah di hadapan para sahabat pada hari raya korban. Beliau berkata, “Wahai umat manusia, hari apakah ini?†Mereka menjawab, “Hari yang disucikan.†Lalu beliau bertanya, “Negeri apakah ini?†Mereka menjawab, “Negeri yang disucikan.†Lalu beliau bertanya, “Bulan apakah ini?†Mereka menjawab, “Bulan yang disucikan.†Lalu beliau berkata, “Sesungguhnya darah, harta, dan kehormatan kalian adalah disucikan tak boleh dirampas daripada kalian, sebagaimana sucinya hari ini, di negeri (yang suci) ini, di bulan (yang suci) ini.†Beliau mengucapkannya berulang-ulang kemudian mengangkat kepalanya seraya mengucapkan, “Ya Allah, bukankah aku sudah menyampaikannya? Ya Allah, bukankah aku telah menyampaikannya?â€â€¦ (HR. al-Bukhari dalam Kitab Al-Hajj, bab Al-Khutbah ayyama Mina. Hadits no. 1739)

Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah menerangkan, “Sesungguhnya beliau mengucapkan perkataan seperti itu (Ya Allah bukankah aku sudah menyampaikannya) disebabkan kewajipan yang dibebankan kepada beliau adalah sekedar menyampaikan. Maka beliau pun mempersaksikan kepada Allah bahawa dirinya telah menunaikan kewajipan yang Allah bebankan untuk beliau kerjakan.†(Fath Al-Bari, jilid 3 hal. 652).

[9] Dakwah tali penyatu umat

Setelah menyebutkan kewajipan untuk berdakwah atas umat ini, Allah melarang mereka daripada perpecahan, “Dan janganlah kalian seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah keterangan-keterang an datang kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang berhak menerima seksaan yang sangat besar.†(Qs. Ali-’Imran: 105)

Syaikh Ibnu Uthaimin rahimahullah mengatakan, “Kalaulah bukan kerana amar ma’ruf dan nahi mungkar nescaya umat manusia (kaum muslimin) akan berpecah belah menjadi bergolong-golongan, tercerai-berai tak keharuan dan setiap golongan merasa bangga dengan apa yang mereka miliki…†(Majalis Syahri Ramadhan, hal. 102)

***

Penulis: Abu Mushlih Ari Wahyudi

Ertikel abu0mushlih. wordpress. com, dipublikasi ulang oleh muslim.or.id

http://muslim. or.id/manhaj/ mengapa-kita- harus-berdakwah. html

EMAIL: DANGEROUS TRICKS AGAINST ISLAM!:

Assalaamu 'Alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuhu,

COULD YOU FORWARD AN EMAIL TO SAVE YOUR RELIGION?

Please send this message to every Muslim you know...

ASAP!

If you don't...

A Muslim somewhere in the world could be receiving false information about Islam. So prevent that from happening.

!PLEASE!

Beware of the following websites:

These sites have been developed by

Jews .

Who Intentionally are spreading

wrong information about the QURAN , the HADITH and ISLAM itself.

?

Please spread this information

To all the Muslim brothers and sisters around the world. The list of traced

anti- Islamic websites, about Islam are:

This site has posted fake stories of how Muslims converted to Christianity. How do I know? Read the following excerpt from one of the stories:
First the 'convert' says: (emphasis added)
In the end, I managed to convince my mother, as it was for Allah and I joined the Islamic College. Having graduated as an ustaz, I was soon posted to my neighbourhood?
And then:
My trip to Mecca for the Haj (pilgrimage) was tiring but eventful. I did not have the rare opportunity to see inside the holy Kabah and the holy idols inside, which Prophet Muhammud had helped to place, as explained in Bukhari's Hadith
An Ustaz (scholar) in Islaamic Studies is saying that there are idols inside the Kabah and that too placed by Muhammad (saw) himself!?!?!
This clearly shows that the author is deliberately trying to spread misinformation about Islaam and wants to convey to possible reverts to Islaam that it is religion of idol worship.
In fact most of the Christian sites use this tactic of false convert stories but it's not always possible to prove it

2.

AlhamduliLlaah I was able to catch another site posting fake stories of Muslims leaving Islaam. See the false information imparted here. That the attempt is deliberate is known through the claim that the 'convert' has done detailed study about the topic.

For Islamic Education, I had to study about marriage in detail to do well. So, I learnt all the stuff and got the highest grade anyone can get for Islamic Education. And guess what? Because I know it so well, I know that there is a lot of discrimination against women in Islam. Things like a father and grandfather can marry a girl/woman to whomever they want even if the girl/woman doesn't want to marry that person? In addition, I learned things like women couldn't be witnesses in Syariah Courts and things like that

. The first point here is a total lie whereas the second is a distorted version of the truth.....

3.

Here's yet another extract from a false convert story aimed at spreading misinformation about Islaam.

As I started thinking about my life and the Quran, I realized all Muslims, even the prophet Muhammad, would go to Hell for certain sins they committed in their lifetime.

This is a common ploy of the Christian Missionaries. They first inform gullible victims that Jesus (God) is Love and just by believing in the Crucifixion, you will be assured of Paradise . Whereas the concept of God in Islaam is so harsh that no one will be spared from Hell and that even Prophet Muhammad (saw) was not sure of where he would end up. For this purpose they quote an ayat of the Qur'aan out of context. Here there have gone a step further by saying that even our beloved Prophet (saw) would have to go through hell. Nothing could be further from the truth.

Anti Islaamic Sites under misleading names

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

Anti Islaamic Sites apparent even by name

18. http://www.islam-exposed.org/

19. http://answering-islam.org.uk/

20. http://www.answeringinfidels.com

21. http://www.islamundressed.com/

22. http://www.studytoanswer.net/myths_ch1.html

23. http://www.challenging-islam.org/submissions/shariah.htm

24. www.answering-islam.org

25. http://www.islamundressed.com

26.. http://www.exmuslim.com/

27.. http://www.answeringinfidels.com

28. http://www.gnfcw.com/

29. http://www.dhimmi......com/

30. http://www.chick.com/information/religions/islam/

31. http://www.acage.org/

32. http://www..apostatesofislam.com/

33. http://www.secularislam.org/

34. http://www..muslim-refusenik.com/

35. http://www.icapi.org/

36.. http://www.hesetsfree.org/

37. http://www...letusreason.org/Islamdir.htm

38. http://www.kafirnation.com/

39. http://www.jihadwatch.org

40. http://www.anti-cair-net.org/

41. http://apostatesofislam.com/

42. http://challenging-islam.org/

Always check the source of any Islamic web site even if it is very convincing

A

FAKE AMERICAN QUR'AN

(The FURQAN QUR'AN)

?

?

PLEASE DO NOT ignore this.

FORWARD this to as many Muslims as you can.

The new AMERICAN Qur'an:

a dangerous trick.

A new Quran

is being distributed in Kuwait , titled 'The True

Furqan'. It is being described as the verses of the

Shaytan and

Al-Furqan weekly magazine has found out

that the two American printing companies;

'Omega 2001'

and

'Wine Press' are involved in the publishing of

'

The True Furqan ', a book which has also been titled

'

The 21st Century Qur'an '!

It is over 366 pages and is

in both the Arabic and English languages...it is being

distributed to our children in Kuwait in the private

English schools!

The book contains 77 Surats, which include Al-Fatiha, Al-Jana and Al-Injil. Instead of

Bismillah, each Surat begins with a longer version of

this incorporating the Christian belief of the three

spirits.

And this so called Qur'an opposes many Islamic

beliefs. In one of its verses it describes having more

than one wife as fornication, divorce being

non-permissible and it uses a new system for the

sharing out of the will, opposing the current one. It

states that Jihad is HARAM.

This book even goes as far as attacking God Almighty Allah!

All this is poisoning our children at approx. $3.

Brothers and Sisters please make sure you forward this

email to as many people as possible so that we can

stop this dangerous trick.....

May Allah reward you.. Ameen.

BLACK FLAG FRUIT SUPPLIER

BLACK FLAG FRUIT SUPPLIER
Lot 20A & 20M, Kompleks Selayang,
BT 8 1/2 Jalan Rawang,
68100 Batu Caves,
SELANGOR DARUL EHSAN
Tel : 603-6136 5458
Fax: 603-6136 6718
Email :
blackflag_supplier@yahoo.com.my
http://bffs.com.my

Tuesday, December 1, 2009

Cordoba Academy

An email received from Imam Danial. This email has been sent to my husband.


Assalāmu ‘alaykum wa rahmatullāhi wa barakātuhu

Dear Shaykh Zaharudin,

I would like to wish you a happy and prosperous Eid and to inform you of my latest project, Cordoba Academy for Classical Islamic Sciences. Please check the website and inform your friends of this great opportunity to seek the traditional Sciences and be awarded an Ijazah linking one to the great scholars of the past. www.CordobaAcademy.com.


Cordoba Academy has been set up as an online academy for the instruction of the Sacred Islamic Sciences, merging traditional methods of inheriting and imparting knowledge with modern technology and techniques in instruction. It is a non-profit organization that is not affiliated to any government, political party or sect. It offers courses for both males and females from different backgrounds and levels of Islamic Knowledge.

Warm regards,

MD

Friday, November 27, 2009

AYAT-AYAT ALLAH: TAFSIR SURAH AT-TARIQ

Surah At-Tariq (The Night-Comer)

(Yang Muncul di Waktu Malam)

Surah Makiyyah:17 Ayat

Diturunkan sesudah Surah Al-Balad


Munasabah Antara Surah

1) Dengan Surah Sebelum: Surah Al-Buruj

-Kedua-dua surah dimulakan dengan menyebut langit

- Dalam Surah Al-Buruj disebutkan bahawa Al-Quran itu dijaga dan dipelihara oleh Allah daripada sesuatu yang merosakkannya, manakala Surah At-Tariq menerangkan bahawa AlQuran adalah pemisah antara hak dan batil.

2) Dengan Surah Selepas:Surah Al-'Ala

- Surah At-Tariq diterangkan tentang penciptaan manusia dan diisyaratkan tentang penciptaan tumbuh-tumbuhan

- Manakala dalam Surah Al-'Ala diterangkan bahawa Allah menciptakan alam dengan ukuran-ukuran tertentu.

TAFSIRAN AYAT 1-4

وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (1)Demi langit dan demi yang muncul diwaktu malam

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (2)Tahukah engkau apakah yang muncul diwaktu malam itu?

النَّجْمُ الثَّاقِبُ (3)Itulah bintang terang yang menembusi kegelapan malam

إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4)Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya

Ayat pertama surah ini dimulakan dengan sumpah Allah dengan langit dan "TARIQ". Tariq bermaksud yang muncul diwaktu malam iaitu bintang. Bintang biasanya hilang diwaktu siang dan muncul diwaktu malam. Erti "Tariq" telah dinyatakan didalam ayat ke3 sebagai bintang terang yang menembusi kegelapan malam setelah ditanya pada ayat ke2. Al-Quran tidak memperincikan jenis bintang ini, justeru ia boleh diaplikasikan kepada segala jenis bintang. Sufiyan Ibn Uyainah menyatakan bahawa di dalam Al-Quran jika disebut " وَمَا أَدْرَاكَ" Rasul diberitahu tentangnya, manakala jika disebut "ما يدريك" Rasul tidak diberitahu tentangnya seperti dalam ayat { وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ الساعة قَرِيبٌ } [ الشورى : 17 ]. Ayat ke4 merupakan subjek kepada objek yang digunakan dalam sumpah Allah tadi.Ayat ke4 terdapat satu penegasan bahawa tiada suatu jiwa pun melainkan ada penjaga yang mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Disini tidak dinyatakan siapa yang dimaksudkan dengan "hafiz" itu. Para ahli Tafsir berbeza pendapat dalam menyatakan maksud "hafiz" itu kepada dua pendapat iaitu pertama Allah dan kedua malaikat.

Apakah yang diawasi oleh penjaga itu? Pendapat pertama menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah segala amalan yang direkodkan oleh malaikat. Pendapat kedua menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah amalan, rezeki dan ajal. Pendapat ketiga:musibah, kecelakaan dan kemalangan yang tidak berlaku melainkan dengan taqdir ketentuan Allah. Pendapat keempat:Menjaga jiwa hingga kekubur.

TAFSIR AYAT 5-7

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5)

خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ (6)

يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)

Manusia hendaklah melihat asal kejadian dan penciptaaannya. Manusia diciptakan dari air mani yang memancut keluar antara tulang sulbi(lelaki) dan tulang dada(perempuan). Jika kita menganalisa surah ini dengan teliti, kita dapati ayat diatas tidak menyebut "lelaki" atau "perempuan". Justeru ia boleh membawa maksud air itu keluar dari seluruh badan yang boleh difahami melalui organ utama dari depan dan belakang.

TAFSIR AYAT 8-10

إِنَّهُ عَلَى رَجْعِهِ لَقَادِرٌ (8)

يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ (9)

فَمَا لَهُ مِنْ قُوَّةٍ وَلَا نَاصِرٍ (10)

Tuhan yang mencipta dan memelihara manusia juga berkuasa menghidupkan kembali manusia selepas mati atau memulihkannya hidup kembali selepas reput dan hancur. Pada hari kebangkitan semula, hati manusia akan diperiksa dan terdedahlah segala rahsia hatinya. Dan ketika itu tidak ada sebarang kekuatan dan penolong.

TAFSIR AYAT 11-14

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ (11)

وَالْأَرْضِ ذَاتِ الصَّدْعِ (12)

إِنَّهُ لَقَوْلٌ فَصْلٌ (13) وَمَا هُوَ بِالْهَزْلِ (14)

TAFSIR AYAT 15-17

إِنَّهُمْ يَكِيدُونَ كَيْدًا (15) وَأَكِيدُ كَيْدًا (16) فَمَهِّلِ الْكَافِرِينَ أَمْهِلْهُمْ رُوَيْدًا (17)

Rujukan:

Maariful Quran

Fi zilal Al-Quran

Terjemahan AlQuran

Tafsir Mafatih AlGhaib