Islamic Widget

PEMBACA

Friday, February 19, 2010

ILmu GENDER vs Pendidikan Seks

Artikel ini berkaitan tajuk tesis saya yang dipetik daripada METRO online.

Ajar ilmu gender di sekolah

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
2010/02/01

SUBJEK pendidikan seks yang dulunya mahu dilaksanakan di sekolah tiba-tiba senyap tanpa sebarang keputusan.

PENYAMPAI...tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang disampaikan lengkap. - Gambar hiasan
PENYAMPAI...tenaga pengajar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam supaya ilmu yang disampaikan lengkap. - Gambar hiasan
Ketika subjek itu dicadangkan akan dilaksanakan di sekolah, ramai pihak yang membantah dan menyalah tafsirkan pendidikan seks itu. Ada juga yang menganggap pengajaran subjek itu akan mendatangkan lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada pelajar.


Namun, ada juga yang menganggap subjek itu sangat penting dan harus disampaikan kepada pelajar supaya mereka mempunyai ilmu mengenai seks yang halal.


Kini, subjek pendidikan seks itu muncul kembali, tetapi bukan di sekolah sebaliknya dilaksanakan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan diubah menjadi pendidikan gender.


Pendidikan seks mahu diperkenalkan kepada peserta PLKN kerana mereka dikatakan matang dan menerima secara terbuka pembelajaran berkenaan.


Persoalannya, adalah wajar subjek pendidikan seks ini dilaksanakan dalam PLKN? Bagaimana dengan implikasi negatif tambahan pula seks sesuatu yang tabu kepada masyarakat timur? Adakah peserta PLKN boleh menerima pembelajaran itu dan memahaminya secara serius? Pensyarah Program Kaunseling, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Madya Dr Sapora Sipon, berkata pendidikan seks wajar dilaksanakan dalam PLKN daripada ia langsung tidak diajar kepada pelajar.

Bagaimanapun, katanya, subjek itu perlu disampaikan dengan cara yang betul supaya jangan memberi kesan yang negatif kepada pelajar.


"Saya menyokong cadangan itu dalam modul pembelajaran di PLKN, tetapi banyak perkara yang perlu dititikberatkan terutama masa dan individu yang mengajarnya.


"Pendidikan seks sangat meluas dan mempunyai peringkat-peringkat selain ia seharusnya dimulakan daripada awal.


"Saya bimbang pelajar tidak dapat maklumat yang mendalam dan ia mungkin mengelirukan mereka," katanya.


Beliau berpendapat pendidikan seks perlu diajar di peringkat sekolah lagi kerana elemen pendidikan seks ada pelbagai peringkat selain mempunyai enam tunjang penting.


"Enam tunjang itu ialah perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan keluarga, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat serta budaya.


"Ia memerlukan masa yang panjang dan jika ia dilaksanakan dari sekolah, mereka mempunyai peluang menyesuaikan diri," katanya.


Selain itu, katanya, fasilitator yang menyampaikan subjek itu perlu mempunyai latihan secukupnya dalam pendidikan seks dan agama.


Walaupun pendidikan seks masih dalam cadangan, dalam Islam ia sudah dilaksanakan ibu bapa.


"Dalam Islam sendiri, pendidikan seks berlaku secara tidak formal di rumah. Contohnya, rumah keluarga Muslim mestilah mempunyai sekurang-kurangnya mempunyai tiga bilik iaitu satu untuk ibu bapa, anak lelaki dan perempuan.

"Di sekolah pula, ia sudah diajarkan melalui subjek Sains mengenai proses reproduksi pokok dan haiwan serta sedikit disentuh melalui manusia di peringkat rendah.


"Bagaimanapun, subjek Sains itu tidak membincang mengenai akhlak atau moral dalam hubungan seks termasuk keburukan seks di luar tabii.


"Begitu juga, Sains tidak memberitahu perlakuan seks tidak sihat yang menyebabkan penyakit kelamin atau mengandung anak luar nikah yang membawa kepada kes buang anak.


"Justeru, subjek pendidikan seks ini sangat penting kepada golongan muda terutama pelajar sekolah," katanya.


Mengulas mengenai kepentingan pendidikan seks, Dr Sapora berkata pendidikan seks adalah ilmu yang perlu dipelajari dan disampaikan kepada golongan muda terutama pelajar.


Ini kerana, jika ada ilmu dalam pendidikan seks, ia memberi banyak kebaikan dan boleh menyelamatkan pelajar daripada jenayah seksual.


"Remaja yang berusia antara 11 hingga 18 tahun adalah kelompok yang mengalami perkembangan dan perubahan fizikal serta emosi khasnya berkaitan seksual.


"Tanpa ilmu seks, mereka akan cenderung mendapatkan maklumat daripada sumber tidak rasmi dan kesannya, kes jenayah seksual, kehamilan bawah umur, jangkitan penyakit kelamin hingga kepada kes pembunuhan membabitkan pengguguran haram dan pembuangan anak," katanya.


Kebanyakan masyarakat yang membantah pelaksanaan subjek ini, katanya, kerana mereka takut pelajar menyalahgunakan ilmu berkenaan.


"Tetapi dengan penyampaian yang betul dan berdasarkan ilmu, perkara itu tidak akan berlaku.


"Pendidikan seks patut mengajar pelajar terhadap kepentingan asas emosi dan psikologi dalam seksualiti manusia secara semula jadi dan bukannya menerusi aspek fizikal. "Mereka juga perlu difahamkan bahawa asas kebahagiaan seksual wujud kualiti asas perkahwinan iaitu keintiman, kasih sayang dan komitmen," katanya.


Katanya, topik pendidikan seks juga mesti menegaskan bahawa remaja yang terjebak dalam seks secara kasual bukan hanya terdedah kepada kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin, tetapi juga hilang kebolehan membina perhubungan kasih sayang apabila dewasa.

Wednesday, February 17, 2010

Terjemahan Al-Quran Per-kata (Syamil vs Maghfirah)

Setiap buku mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Begitu juga dengan terjemahan Al-Quran samada yang berbahasa Melayu, Inggeris dan sebagainya. Hanya Al-Quran itu sendiri yang sempurna kerana ia kalam Tuhan. Manakala terjemahannya adalah kerja manusia berdasarkan ilmu yang dimiliki dan dikurniakan Ilahi.

Terkini terjemahan Al-Quran perkata dari Indonesia semakin mendapat tempat dikalangan pencinta Al-Quran yang mahu memahami dan mendalami makna ayat-ayat Allah yang sempurna itu. Saya memiliki kedua-dua jenis terjemahan seperti dalam gambar.


Terjemahan perkata (oleh syarikat Syami)l adalah terjemahan ayat-ayat Al-Quran bagi setiap kata. Hanya satu warna(setahu saya). Disertakan dengan penanda Quran yang menyatakan ayat-ayat yang serupa dalam Al-Quran.









Terjemahan perkata (oleh syarikat Maghfirah.) Terdapat pelbagai warna dipasaran seperti hijau, merah dan biru. Disertakan dengan Asbab-ul-Nuzul(sebab turun ayat). Senangnya ada beg kain sekali, mudah dibawa kemana-mana(bagi yang suka masukkan dalam beg).

Umar Abd Aziz



Dua buah buku tentang Umar abd Aziz berbahasa Melayu yang saya miliki.

Pengembaraan Ibn Battutah





Mungkin sudah ramai yang memiliki buku pengembaraan Ibn Battutah yang diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu. Harganya hanya RM250.

Banyak kisah2 menarik yang diceritakan oleh Ibn Battutah (lahir 1304-meninggal 1368/69). Sesunnguhnya Ibn battutah seorang pengembara ulung dengan pengembaraan sejauh hampir 75,000 batu selama 29 tahun mengatasi Marco Polo yang mengembara selama 24 tahun sejauh hampir 25,000 batu.

Sunday, February 7, 2010

3 Cerita

Ada 3 cerita yang menarik perhatian saya ketika mengajar Quran tajwid dan tafsir di surau Sabtu, 9-11pagi semalam.
Pertama: Cerita Kak Rubi yang memberitahu ayah mentuanya tidak pernah meninggalkan amalan berpuasa setiap hari kecuali Ahad (kerana takut lupa jika puasa Isnin Khamis sahaja) dan bertahajud setiap malam sejak dari zaman mudanya.
Kedua, cerita seorang kakak yang menyatakan bahawa abang iparnya mempunyai kenalan yang bertarekat dan pandai mengubati orang; mengaku tidak menggunakan perantara jin atau pendamping(qarin) tetapi mendapat petunjuk dari malaikat Jibrail dan katanya malaikat Jibrail bukan satu tapi ramai.
Ketiga: Cerita kak Mah yang memberitahu di Taman Selayang Mulia ada pengikut Qadiani. Mereka bila adakan jamuan tidak menjemput jiran2 tetapi hanya menjemput pengikut2 Qadiani.

Itulah cerita yang saya dapat apabila menyampaikan tafsir Surah an-Nazi'at. Dalam pada adanya orang yang mengikuti jalan lurus menuju Allah, masih ramai yang tersasar jalan dengan mengikut jalan kesesatan. Saya dapat merasakan bahawa tugas kita belum dan tak akan selesai selagi Islam yang sebenarnya tidak sampai kelubuk hati manusia2 yang tersasar pilih jalan menuju Allah.

Saturday, January 30, 2010

Imam Syafie pejuang kebenaran



Hari ini masih lagi sakit mata. Namun dek kerana teruja mendapat hadiah novel Imam Syafie Pejuang Kebenaran daripada Pak Latip, mata yang sakit sebelah kiri itu dibuka-tutup. Kadang-kadang kenyit, kadang-kadang tutup...sambil baca buku itu sekitar jam 3.40petang hingga 12.20malam, sambil jaga dan main dengan Ziyad dan Zuhair.

Ziyad kelihatan merajuk dengan umminya sejak ummi sakit mata ummi tidak dapat mengajarnya buku yang ada gambar-gambar binatang, ikan, dan bayi, dan sebagainya.
Moga Ziyad dan Zuhair mencontohi Imam Syafie. Amin.



Thursday, January 28, 2010

SAKIT MATA

Mata adalah anugerah Allah yang tidak terkira kepada kita. Dengan mata, saya dan anda dapat melihat dan menikmati keindahan alam dan semua ciptaan Tuhan bukan?

Syukur kepada Tuhan yang menjadikan mata. walaupun mata kita mungkin tidak secantik mata orang yang dianugerahkan mata yang cantik.

Kadang2 mata kita sakit. lalu kita bacakan doa mohon Allah sembuhkan. Kita berikhtiar agar mata pulih seperti sediakala.

Doktor pula menasihati kita:"Jangan tengok tv, jangan duduk depan pc, jangan tengok cahaya terang, jika tidak lambat sembuh tau. Baby tak tengok tv dan pc sebab tu bila baby sakit mata dia cepat sembuh."

Tapi saya banyak kerja depan pc...

Wednesday, January 27, 2010

MAMOGRAM

Usah terburu-buru menurut nasihat doktor kerana doktor juga manusia biasa. Jika ada doktor yang menasihati anda untuk melakukan mamogram, mintalah nasihat doktor lain pula, sebaik-baiknya doktor wanita kerana wanita lebih memahami wanita.

Usah khuatir jika doktor mengatakan:"tisu payudara anda kurang sebelah, sebab itu payudara anda kecil sebelah. Anda perlu buat ujian mamogram.".

Anda hanya perlu menjawab:"Doktor, secara semulajadi, payudara wanita memang kecil sebelah kerana tisu kurang. Tisu kurang tidak mendatangkan mudarat, cuma susu badan akan kurang."

Lagipun ramai kenalan saya menyusu badan anak mereka hanya dengan sebelah...........).

Saturday, January 23, 2010

Gifted vs Aquired Knowledge

Have you ever known that basically knowledge can be categorized according to its nature into two things: gifted and acquired.

I still remember, when I was in Matriculation Centre of IIUM, the students had been taught that naturally knowledge can be divided into two; gifted and acquired.

Indeed, in our daily life we can recognize that we are gifted almost everything by Allah. That is because The Almighty Allah, Glory be to Him, manage to create everything and many things. The knowledge, our parents, our children, our husband, etc.

Do we have a chance of choosing our parents?
Can we decide our genetic?
Can we determine our generation?
How about the knowledge?

Whether knowledge can be acquired or gifted, its answer has already been explained in many verses of the Quran and the traditions of the Prophet (Peace Be Upon Him).

We find many a genius have been granted by Allah with an amazing knowledge. Probably, we have heard and known about the genius of such persons like Zenaida (I do not remember her father `s name), Sufiah Karim (now in London?), Adi Putra (in Gombak), and Firhan (in Singapore and currently is a student of Help University of Malaysia at 10 of age).

Yesterday I had a chance to ask the father of Firhan (a Singaporean genius) via his blog about the tips of nurturing genius chlidren. From the answer given by him, I can make a conclusion that knowledge, talent and skill of his children are all but a gifted by Allah, the Creator. Glory be to Allah.

You may also view his blog to know the real story of a genius family in my blog list.




Tuesday, January 19, 2010

NOSTALGIA 2004

Tahun 2004 bagi saya adalah tahun yang penuh kenangan suka-duka bagi saya. Tahun yang paling manis bagi saya kerana mendapat anugerah pelajaran diraja, anugerah pelajar terbaik akademik dan terbaik ko-kurikulum kuliyyah IRKHS dalam konvokesyen UIAM 2004.

Dengan wang RM4000 hadiah daripada anugerah-anugerah tadi, RM3000 saya berikan kepada abah untuk membesarkan rumah kami yang kecil untuk adik-beradik yang agak ramai.

Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki saya dan keluarga. Mungkin kerana hasrat murni dan ikhlas saya untuk menggembirakan mak dan abah. Dapatlah mereka merasa makan di hotel 5 bintang kerana anugerah tadi.

Tahun yang paling pahit kerana banyak dugaan yang melibatkan rasa hati. Semuanya masih segar dalam ingatan, cuma rasa hati itu semakin hilang...

Tuhan memberikan hambaNya rezeki yang tidak disangka-sangka, cuma hambanya sering alpa dan lupa untuk bersyukur dengan meninggalkan segala larangan dan mengerjakan segala suruhan demi mendekatkan diri kepadaNya.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau dekat...ampunkan aku kerana semakin jauh...jauh dariMu.
Ya Allah berikan kami kekuatan menjadi hambaMu yang dekat.

ISTEMEWA UIA: MA dan PHD

Ramai bertanya; "Dimana nak buat PHD?". Jawab saya:"UM ja". Ja kerana saya hanya memilih universiti tempatan walaupun BA dan MA kedua-duanya tempatan (UIAM).

Kenapa tak buat di UK atau US?. Tanya sesetengah orang.

Ada dua sebab utama saya tidak memilih ke luar negara; pertama kerana saya lebih pentingkan keluarga; dan kedua kerana ekonomi Malaysia dan global yang tidak stabil.

Kalau tempatan, kenapa tak buat di UIA je? Senang sebab dah tahu birokrasi disini macamna, pensyarah2 pun dah kenal. lagipun MA dan PHD UIA pasti lulus. Kalau di universiti lain banyak masalah dan ada yang digagalkan. Ada kawan saya tesisnya tak disemak berbulan-bulan oleh penyelianya seorang yang masyhur dalam Malaysia. Ujar beberapa kenalan.

Saya akui, sekiranya saya buat PHD di UIAM pasti mudah bagi saya. Ketika saya tidak memilih UIA, hanya ada satu sebab utama saya berbuat demikian iaitu kerana hendak tukar suasana.
namun, jauh dihati kecil saya suasana di UIA adalah segalanya bagi saya. Lebih mendamaikan.

Tidak dapat dinafikan saya tahu komen bekas2 pelajar2 MA dan PHD dari universiti tempatan yang lain. Bekas pensyarah saya sendiri telah dibuang UIA sebagai kakitangan akademik dan terpaksa membayar sejumlah wang kepada UIA kerana telah "digagalkan" dalam tesis PHDnya oleh penyelianya disalah sebuah universiti tempatan.

Saya tidak pernah mendengar pelajar MA dan PHD UIAM terutamanya bidang agama digagalkan. Sekiranya ada, itu sememangnya diluar pengetahuan saya. UIA memang baik, membedri peluang kepada pelajar2nya belajar dari kesilapan dan kegagalan dengan menghadiahkannya sebuah kejayaan setelah pelajar2 telah menghabiskan banyak wang ringgit membiayai pengajian.

Ada kawan perempuan saya yang pernah gagal satu pelajaran MA telahpun berjaya menjadi pensyarah.

Ada kawan perempuan yang lain MA nya lebih 3 tahun (tempoh maksimum MA sepenuh masa) tidak pun dibuang UIA dan kini berjaya menjadi pensyarah.

Ya, ramai kawan2 MA UIAM telahpun menjadi pensyarah UITM, UDM, KUIS dll membuktikan graduan UIAM seperti pisang goreng panas!

Ada kenalan perempuan PHD yang gagal dalam peperiksaan komprehensif telah pun berjaya melepasinya setelah diulang peperiksaan itu.

Ya, belajar MA dan PHD UIAM pasti lulus....Justeru, hati ini terdetik untuk belajar PHD di UIA walaupun telah mendaftar di UM. Yang pasti, perjuangan di UM akan diteruskan untuk berkhimat di UIAM kerana telah terikat dengan perjanjian perkhidmatan selama 10 tahun.


Ayat-ayat Allah: Tazkirah Surah Al-Falaq

Tazkirah Surah Al-Falaq

Surah Al-Falaq dianggap surah kembar kepada surah An-Nas. Sebab itulah kedua-duanya mempunyai gelaran yang sama dan dinamakan sebagai Mu`awwizatain (yang menjadi pelindung) atau Muqashqishataini (yang membebaskan manusia daripada sifat kemunafikan). Gelaran ini disebut bersama. Ertinya Surah Al-Falaq dan An-Nas disebut serentak sebagai Mu`awwizatain atau Muqashqishataini. Mu`awwizatain kerana ia dibaca sebagai ayat pelindung daripada segala kejahatan. Muqashqishataini kerana ia membebaskan seseorang daripada sifat munafik. Munafik secara zahir mengakui Allah sebagai Tuhan tetapi tidak dengan hati yang tulus. Orang yang membaca surah ini menunjukkan ketulusannya menjadikan Allah sebagai Tuhannya. Ketika membacanya dia seolah-olah mengisytiharkan Allahlah sebagai Tuhannya kerana menjadikanNya sebagai tempat berlindung.

Dalam surah ini Allah mendedahkan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan berdepan dengan kesulitan dalam kehidupan yang akan mereka lalui di dunia ini. Kesulitan dan kepayahan itu adalah termasuk dalam fitrah kehidupan. Fitrah manusia juga memerlukan tempat pergantungan apabila berdepan dengan masalah. Manusia memerlukan tempat mengadu daripada kesulitan yang mereka tempuhi. Sememangnya manusia akan mencari tangan–tangan yang boleh menciptakan `miracle` untuk menyelesaikan masalah yang ia tanggungi. Dengan sebab itu manusia kadang-kadang akan terjerumus dalam kesesatan kerana tersalah memilih `tempat mengadu`. Mereka mengadu kepada pokok-pokok, hantu jembalang, bomoh, dukun, pawang dan sebagainya.

Di dalam surah ini Allah mengajar orang-orang yang beriman supaya menjadikanNya sebagai tempat mengadu dan tempat berlindung daripada segala kejahatan. Allah inginkan manusia merasai keberadaanNya disisi mereka. Allah ingin manusia tahu bahawa sememangnya Allahlah yang berkuasa atas segala sesuatu. Kenapa tidak kerana Allahlah yang menciptakan mereka. Allahlah yang memberi rezeki kepada mereka. Allahlah yang menciptakan malam yang gelap. Kegelapan yang ditakuti. Allahlah yang menciptakan pagi. Pagi yang terang. Pagi yang tenang. Pagi yang ditunggu-tunggu untuk tiba di kala malam mendatangkan kegelisahan. Allahlah yang memberikan kesenangan dan mendatangkan kepayahan kepada mereka. Kesemuanya mengandungi hikmah di sebalik penciptaan. Maka Allahlah tempat yang sepatutnya manusia pinta dikala merasai perlukan perlindungan walaupun kesulitan itu belum lagi berlaku.
Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Tidakkah baginda sentiasa membaca surah An-Nas dan Al-Falaq di kala hendak tidur padahal Allah sentiasa menjaga baginda dan malaikat sentiasa mengawasi baginda. Rasulullah saw mengamalkannya di kala sihat maupun di kala uzur. Malah Nabi saw mengajar sahabat-sahabat baginda untuk berbuat demikian. Rasulullah saw juga membaca surah ini di dalam solat-solatnya. Solat fardu maupun solat sunat. Lihatlah bagaimana Nabi saw menjadikan hidupnya sebagai Quran yang bergerak di bumi.
Di dalam surah ini Allah mendedahkan kepada manusia bahawa terdapat tiga jenis kejahatan yang biasanya melanda manusia.
1. kejahatan yang melibatkan waktu… spt waktu malam.
2. kejahatan yang melibatkan profession tertentu..spt tukang sihir.
3. kejahatan yang melibatkan sifat tertentu… spt sifat hasad.

Dalam ketiga-tiga kejahatan ini kejahatan yang menyentuh permasalahan sifat melibatkan setiap diri manusia. Di antara sifat itu ialah dengki.

Setiap orang tidak terlepas daripada sifat dengki. Ini adalah kerana dalam kehidupan, manusia tidak terlepas daripada bersingkap angkuh sehingga merasakan apa yang dimiliki oleh orang lain tidak wajar. Malah berpendapat dia sahaja yang layak memilikinya. Sikap ini adalah punca terjadinya hasad dengki.

Manusia juga tidak akan terlepas daripada dunia persaingan dalam karier kehidupannya. Persaingan akan mewujudkan sifat hasad. Ia lama kelamaan akan timbul apabila tidak dapat menyaingi pihak yang disaingi. Begitu juga perasaan takut yang tidak bertempat juga boleh menimbulkan sifat hasad. Cinta yang amat sangat kepada kekuasaan, pangkat, jawatan, title dan sebagainya juga mengundang bibit kehasadan. Manusia juga tidak akan terlepas daripada berdepan dengan orang yang sememangnya mempunyai sifat hasad yang sudah bersebati dengan jiwa mereka seperti orang-orang Yahudi yang selama-lamanya memusuhi Islam kerana dengki dengan pemilihan Rasul akhir zaman bukan dari kalangan mereka.

Oleh itu marilah sama-sama kita berlindung dengan Allah daripada segala kejahatan samada yang nampak atau yang tidak nampak. Samada yang ada pada diri kita atau pada orang lain. Samada pada manusia atau makhluk yang lain. Mudahan-mudahan surah ini menjadi pedoman untuk kita hidup di bawah naungan Al-Quran.

Ayat-ayat Allah: Tazkirah Surah Al-Kauthar

Kebanyakan mufassir memberikan perhatian yang khusus tentang makna Kauthar. Dua pendapat yang mashyur diberikan oleh mereka tentang pengertian kauthar ialah.

1- nama sungai di syurga yang diberikan khusus kepada Nabi Muhammad saw (Nahrun fi l-Jannah).

2- kelebihan yang banyak (Al Khairu l-Kathiir).

Tentang kauthar sebagai nama sungai yang diberikan khusus kepada Nabi Muhammad saw diberitahu sendiri oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh banyak hadis baginda. Oleh itu pengertian kauthar mengikut pandangan ini berdasarkan dalil naqli (periwayatan).

Tentang kauthar bermakna kelebihan yang banyak (Al Khairu l-Kathiir) diambil daripada maknanya dari segi bahasa (lughah). Oleh itu ia bersifat umum tidak hanya terhad kepada nama sungai. Justeru itu seolah-olah Al-Quran ingin memberitahu kita bahawa Nabi kita saw diberikan oleh Allah SWT dengan kelebihan dan kebaikan yang begitu banyak, maka hendaklah kamu bersyukur dengan menerimanya sebagai ikutan atau hendaklah kamu bersyukur sebagaimana bersyukurnya Nabi saw.

Malah supaya lebih jelas tentang makna Al Khairu l-Kathiir ada dikalangan ulama seperti Imam Razi cuba menyenaraikan pendapat ulama tentang maksud kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada baginda. Di antaranya ialah:

1- Sebuah sungai di syurga sebagaimana didapati di dalam banyak riwayat. Sungai yang tebing-tebingnya dihiasi dengan permata yang indah.

2- Sebuah kolam di syurga juga didapati di dalam riwayat. Kemungkinan daripada sungai itu airnya akan memasuki ke dalam kolam yang akan digunakan untuk memberi minum orang-orang mukmin untuk menghilangkan dahaga mereka. Oleh itu sungai dan kolam hakikatnya satu. Ternyata sungai dan kolam yang khusus ini termasuk ke dalam keumuman Al Khairu l-Kathiir.

3- Anak cucu Nabi. Ini kerana di antara kesah sebab turunnya surah ini ialah Nabi saw dihina oleh Quraish kerana tidak memiliki zuriat setelah kematian anak (abtar/terputus). Kemudian Allah menolak penghinaan itu dengan menganugerahkannya dengan keturunan yang banyak melalui Hasan dan Husain sehingga sekarang.

4- Ulama. Tidak ada nabi yang meninggalkan pewaris kenabian atau nubuwah yang begitu banyak melainkan Nabi Muhammad saw. Ulama adalah pewaris anbiya. Merekalah yang menghidupakan ajaran yang dibawa oleh Nabi saw sehingga hari Kiamat.

5- Nubuwah. Ternyata ia mempunyai kelebihan yang sangat besar dan banyak kerana ketinggian kedudukannya selepas kedudukan ketuhanan.

6- Quran. Kelebihan Al-Quran tidak dapat dihitung kerana ia mukjizat hingga ke akhir zaman.

7- Islam. Islam mempunyai kelebihan di dunia dan di akhirat. Oleh itu kelebihan Islam menjangkaui sempadan yang boleh difikirkan oleh manusia.

8- Umat. Nabi saw dianugerahkan oleh Allah dengan umat yang banyak dan baginda berbangga di hari akhirat kerana memiliki umat yang paling banyak dikalangan anbiya.

9- Fadhilat yg byk. Nabi saw mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak jika dibandingkan dengan anbiya yang lain. Ini berdasarkan pengertian bahasa tentang Kauthar. Ia dipakai untuk ketua yang memiliki Al Khairu l-Kathiir. Bukankan Nabi saw penghulu kepada segala anbiya.

10-Raf`atu z-Zikr. Nabi saw sentiasa disebut dan diangkat-angkat namanya sehingga hari kiamat. Kelebihan ini tidak ternilai banyaknya.

11-Ilmu. Allah sendiri menyatakan bahawa barang siapa diberikan hikmah yakni ilmu maka sesungguhnya dia telah diberikan kelebihan yang banyak, Al Khairu l-Kathiir (Al-Baqarah: 269).

12-Akhlak mulia. Akhlak yang terpuji mempunyai kesan yang mendalam kepada semua lapisan masyarakat berbanding dengan ilmu yang kesannya lebih condong kepada golongan yang bijak pandai sahaja. Oleh itu kesan akhlak adalah lebih banyak. Bukankan Nabi saw dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak?.

13-Maqam atau kedudukan yang terpuji. Dengan kata lain syafa`at. Misalnya disebabkan adanya Nabi saw dikalangan golongan kafir maka mereka terselamat daripada diazab terus di dunia ini (Al-Anfal: 33). Ini adalah tanda syafa`at nabi kepada umatnya di dunia. Manakala di hari akhirat Nabi saw boleh menjadi pensyafa`at kepada umatnya. Ini sudah tentu suatu kelebihan yang istimewa dan tidak terhingga banyaknya.

14-Surah Kauthar itu sendiri merujuk kepada Al-Kauthar yang dimaksudkan oleh ayat. Surah ini pernah dijadikan neraca cabaran kepada orang kafir untuk membuat surah seumpamanya jika mereka mampu. Sudah tentu surah ini dengan kependekannya mempunyai kelebihan yang amat banyak sehingga menundukkan musuh untuk menirunya dalam segala perkara yang dibangkitkan oleh keindahan bahasa maupun isi kandung surah yang mendatangkan faedah di dunia dan akhirat.

15-Kesemua Nikmat ke atas baginda saw. Ini berikutan kauthar dari segi bahasa juga bermakna perihal banyak yang ditambahi dengan sifat yang juga banyak. Oleh itu banyak mempunyai sifat yang berganda-ganda. Oleh itu ia tidak boleh dipakai untuk menunjukkan nikmat yang tertentu sahaja. Malah ia mesti dipakai kepada kesemua nikmat yang diperolehi oleh seseorang.

Kelebihan yang tidak terhitung banyaknya itu adalah anugerah Allah swt khusus kepada Nabi saw. Selaku umatnya sudah tentu kita berbangga dengan kelebihan itu. Ini akan mendorong kita untuk menjadikannya sebagai satu-satunya ikutan. Tidakkah seseorang itu akan berbangga jika di kalangan kaum kerabatnya yang terdekat mempunyai kelebihan di sisi masyarakat? Jika halnya begitu mengapa kita tidak berbangga dengan Nabi saw yang seharusnya kita mencintainya melebihi kecintaan kita kepada anak isteri maupun ibubapa kita.

Tujuan Allah swt memberitahu dan mendedahkan bagaimana besarnya nikmatNya kepada manusia supaya manusia mengenalNya sebagai Tuhan yang perlu disyukuri dengan kesyukuran dalam bentuk perhambaan iaitu dengan menunaikan solat yang melambangkan hambanya seorang hamba.

Kesyukuran juga perlu dipersembahkan dalam bentuk hadiah maknawi berbentuk binatang korban yang dikorbankan khas untu Raja Sekelain Alam, Allah Tuhan Yang Esa. Sememanngnya fitrah manusia cenderung untuk memberi hadiah kepada pihak yang berpengaruh sebagai tanda penghormatan dan taqarrub.

Al-Quran juga tidak membiarkan orang yang bertindak menghina dan mengecam Nabi saw begitu sahaja. Malah Al-Quran akan mengecam mereka sesuai dengan kecaman mereka ke atas Nabi saw. Ini adalah satu peringatan kepada mereka yang tidak mempedulikan seruan Nabi saw. Mereka tidak akan dipedulikan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat sebagaimana mereka tidak mempedulikan seruan Nabi saw. Ia merupakan peringatan daripada ayat "Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (Muhammad saw) dialah yang terputus (terputus daripada rahmat Allah)".

Ayat-ayat Allah: Tazkirah Surah Al-Maa`uun

Tazkirah Surah Al-Maa`uun

Selain daripada nama Al-Maa`uun surah ini juga diberi nama Surah Ad-Deen dan Surah Al-Yatiim. Kesemua penamaan mengambil sempena perkataan yang terkandung di dalam ayat di dalam surah ini. Dikalangan nama-nama itu nama Al-Maa`uun lebih digunakan oleh kebanyakan penulis.

Muhammad Asad misalnya di dalam The Message Of The Quran memilih nama surah ini sebagai Al-Maa`uun yang menurut beliau bermaksud `Assistance` manakala Abdullah Yusuf Ali di dalam terjemahannya yang masyhur The Holy Quran menamakannya sebagai The Neighbourly Assistance dengan penjelasan makna assistance sebagai sesuatu yang berkenaan dengan jiran tetangga.

Terdapat lima perkara penting yang menjadi fokus kepada surah ini:
1- Pembohongan terhadap Ad-Deen
2- Penolakan hak Anak Yatim
3- Perihal tidak menggalakan memberi makan Orang Miskin
4- Perihal bentuk solat yang ditolak; mensia-siakan solat dan menunjuk-nunjuk
5- Penolakan hak jiran untuk meminjam barang-barang bersifat Maa`uun.

Jika diperhatikan lima perkara ini boleh diletakan di dalam dua prinsip penting dalam kehidupan manusia. Iaitu:
1- prinsip Aqidah yang diwakili oleh kata Ad-Deen dan
2- prinsip Akhlak yang yang mencangkupi akhlak dengan Tuhan dan akhlak dengan makhluk yang diwakili oleh no 2-5.

Pembohongan terhadap Ad-Deen yang dimaksudkan ialah pendustaan terhadap adanya hari pembalasan kerana Ad-Deen juga bermaksud pembalasan baik-buruk selain ia juga bermakna Islam itu sendiri.
Ayat ini seolah-olah ingin memberitahu pembaca atau pendengarnya bahawa jika seseorang itu mempunyai akidah atau keyakinan yang kuat terhadap wujudnya hari pembalasan maka dalam kehidupan amalinya sudah tentu ia akan mempamerkan akhlak yang mulia dan berkualiti tinggi di sisi Tuhan.

Ayat ini juga menyatakan kepada kita bahawa aqidah yang benar akan hanya boleh dibuktikan menerusi amalan kehidupan. Seorang Islam yang benar-benar yakin dengan aqidah wujudnya pembalasan misalnya tidak akan membiarkan anak-anak yatim dan orang-orang miskin berada di dalam kesengsaraan apa lagi mengherdik mereka.

Seorang yang kuat kepercayaannya terhadap hari pembalasan akan sentiasa melakukan sesuatu untuk orang-orang yang memerlukan bantuan. Kebaikan merupakan fitrah manusia. Ia harus dicetuskan dan dihidupkan dengan memberikan galakan supaya ia dijelmakan dalam bentuk amalan.

Islam adalah agama yang bukan hanya memfokuskan kepada permasalah aqidah sahaja. Islam tidak juga hanya menitik beratkan amalan yang zahir semata-mata, samada yang berbentuk ibadah khusus seperti solat ataupun ibadah bukan khusus seperti amalan kebajikan seumpama menolong anak yatim, fakir miskin dan jiran tetangga. Malah Islam mengabungkan kedua-duanya.

Oleh itu seorang Islam yang sungguh-sungguh menyakini wujudnya pembalasan Tuhan sudah tentu menjaga ibadah solatnya kerana ia merupakan penentu hubungan Tuhan dengan hambanya. Orang yang Saahuun terhadap solat ditolak oleh Allah. Iaitu mereka yang tidak acuh dengan solat misalnya yang tidak merasai pentingnya solat lalu mereka tidak solat, maupun yang solat, tetapi tidak menjaga waktu solat sehingga kerap mengabaikan waktunya. Begitu juga solat orang-orang yang bertujuan menunjuk-nunjukan kepada manusia sebenarnya mengambarkan mereka bukannya yakin dengan kehadiran hari pembalasan.

Menyakini kehadiran hari pembalasan akan menjadikan manusia tidak lagi kikir dengan apa yang dimiliki walaupun melibatkan sesuatu yang agak remeh. Al-Maa`uun ialah alat-alat keperluan seharian di rumah seperti mancis, kapak, baldi dan sebagainya. Ia dianggap barang-barang yang remeh dan sedikit dari segi nilainya. Zaman dahulu ia sering dipinjami oleh jiran tetangga dan ada dikalangan jiran yang tidak mahu meminjamkannya. Sikap ini ditolak oleh Al-Quran.

Setengah mufassir berpendapat Al-Maa`uun bermaksud zakat. Pendapat ini masih selari dengan makna di atas kerana nilai zakat sebanyak 2 ½% masih dianggap sesuatu yang kecil jika dibandingkan dengan nilai keseluruhan harta yang dimiliki. Tidak mahu mengeluarkannya dianggap sebagai memiliki sifat kebakhilan. Sifat ini sangat bahaya kepada kebajikan sesebuah masyarakat. Sebab itulah ia dikecam dengan hebat oleh Al-Quran. Hal ini sudah tentu disebabkan oleh kelemahan keimanan terhadap wujudnya hari pembalasan.

Ayat-ayat Allah: Tafsir Surah Bayyinah

Surah Bayyinah


لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّى تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ* رَسُولٌ مِّنَ اللَّهِ يَتْلُو صُحُفاً مُّطَهَّرَةً* فِيهَا كُتُبٌ قَيِّمَةٌ* وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءتْهُمُ الْبَيِّنَةُ* وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ* إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ* إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ* جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ*


Surah Bayyinah diturunkan di Madinah menurut majoriti ulama mufassir. Ia juga merupakan pandangan Ibn Abbas. Surah ini mengandungi lapan ayat. Di antara intisari kandungan surah ini ialah:

  1. Mendedahkan sikap orang kafir samada musyrikin maupun ahli kitab yang selama ini menunggu-nunggu kedatangan bayyinah (penjelas, bukti) tetapi apabila datangnya bayyinah mereka tetap dengan kekufuran. Hal ini ditafsirkan oleh ayat dalam surah Al-Baqarah, 89, فَلَمَّا جَاءهُم مَّا عَرَفُواْ كَفَرُواْ بِهِ Apabila datang kepada mereka apa yang mereka sudahpun tahu mereka kufur dengannya. Bayyinah yang dimaksudkan ialah Nabi saw sendiri kerana apa yang baginda miliki samada akhlak, mukjizat dan kerohanian semuanya merupakan tanda kebenaran.

  1. Apa yang dibawa oleh Nabi saw berupa suhuf samada lembarannya, risalahnya, surahnya maupun kitab Al Quran keseluruhannya, suci daripada sebarang keraguan [صُحُفاً مُّطَهَّرَةً]. Maksud suci di sini ialah ia bebas daripada sebarang bentuk tahrif (penyelewangan), tabdil (penukaran), fahsh (فَحْشٌ , perkara yang tidak sopan) dan sebarang kecacatan. Sifat suci suhuf yang dibawa oleh Nabi saw itu juga merupakan tamparan kepada ahli kitab bahawa kitab suci yang mereka miliki selama ini sebenarnya tidak lagi suci dan penuh dengan segala macam keraguan dan kecacatan.

  1. Surah ini juga menerangkan tentang standard atau neraca ukuran sebuah kitab yang layak dikatakan samawi. Ia harus suci (مُّطَهَّرَةً), mengandungi hukum hakam dan petunjuk (كُتُبٌ) serta lurus dan dapat diterima oleh akal yang sejahtera (قَيِّمَةٌ). Kesemua ciri-ciri ini dimiliki oleh Al-Quran. Maka tiada sebab manusia menolaknya atau tidak mempedulikannya.

  1. Ajaran kitab samawi menekankan hak yang perlu dilakukan oleh manusia selaku hamba Allah iaitu hak melakukan ibadah kepadaNya (وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ) sebagaimana firman Allah di tempat lain "Dan Aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah aku" (Az Zariyat 56)

  1. Sementara konsep ibadah kepada Allah hanya mementingkan nilai, yang disebut sebagai ikhlas (مُخْلِصِينَ), yang bebas daripada segala bentuk kesyirikan. Ikhlas menolak syirik jali (jelas) dan syirik khafi (tersembunyi). Contoh syirik jali ialah konsep trinity dalam Kristian dan konsep penyembahan berhala sebagai simbol ketuhanan dalam agama-agama yang menyembah berhala. Contoh syirik khafi ialah riak, menunjuk-nunjuk dan tidak khusyuk. Konsep ibadah juga mementingkan nilai kelurusan (حُنَفَاء). Kelurusan yang dimaksudkan ialah kelurusan yang tidak berpaling kepada sebarang bentuk kebatilan, kejahilan dan kefasadan. Ia seperti kelurusan Nabi Ibrahim as yang mematuhi segala perintah Allah swt walaupun melibatkan nyawa orang yang tersayang. Sifat hunafa ialah ciri-ciri agama Ibrahimi. Maka tiada sebab musyrikin Mekah dan ahli kitab menolak Islam kerana mereka semua mendakwa mempunyai hubungan dengan Nabi Ibrahim. Ia juga menjadi peringatan kepada orang Islam sendiri bahawa mereka haruslah menerima agama ini dengan penuh keikhlasan dan kelurusan.

  1. Tasawwur ibadah seperti yang disebutkan di dalam surah ini merupakan asas penting yang membezakan ianya dengan agama-agama lain. Tasawwur ibadah yang difokuskan ialah penekanan ke atas hak Tuhan dah hak makhluk. Hak Allah ialah melakukan peribadatan kepada Allah yang diterangkan oleh ayat (وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ). Manakala hak makhluk ditujuki oleh ayat yang mengarahkan mengeluarkan zakat (وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ). Seorang muslim yang baik ialah muslim yang menjaga hubungannya dengan Tuhan penciptanya dan menjaga maslahah atau kepentingan hidup sejagat. Zakat merupakan konsep ekonomi untuk membantu golongan yang lemah. Kedua-dua iaitu solat dan pengeluaran harta untuk golongan yang memerlukannya adalah asas agama samawi. Malah Nabi saw tidak membawa ajaran baru. Sepatutnya ianya menjadi ikutan di sepanjang zaman.

  1. Ukuran kemulian seseorang di sisi Allah swt ialah keimanan dan perbuatan amal soleh (إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ). Oleh itu manusia yang buruk dan jahat di sisi Allah swt ialah yang tidak beriman dan tidak melakukan amalan soleh (إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُوْلَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ). Allah swt tidak pernah mengangkat ketinggian suatu bangsa di sisiNya kerana darah yang dimiliki oleh bangsa itu. Tetapi kerana nilai kemulian yang dimiliki oleh mereka. Kemulian bukan diukur melalui sangkaan semata-mata. Yahudi menyangka merekalah kaum yang dipilih oleh Tuhan biar zalim sekalipun perbuatan mereka. Kristian menyangka dengan mengakui ketuhanan Jesus sahaja sudah cukup untuk mendapat tempat di sisi Tuhan dan berhak diampun dosanya biarpun mereka hidup penuh dengan dosa. Brahmin dalam ajaran Hindu menyangka jika dilahirkan sebagai Brahmin maka selama-lamanya mereka akan mulia dan mengatasi kasta-kasta yang lain. Begitulah halnya dengan bangsa Aryan dahulu kala.

  1. Pendedahan Al-Quran terhadap sesuatu tidak sunyi dari mencelahkan kenyataan kesudahan manusia nanti. Mereka yang patuh dan taat kepada perintahNya akan kekal abadi di dalam syurga. Sebaliknya mereka yang kufur kepadaNya akan kekal di dalam neraka selama-lamanya.