Islamic Widget

PEMBACA

Friday, June 25, 2010

BELANJA UNTUK BUKU

BUKU JENDELA ILMU
(image daripada taufik79.wordpress.com)
  • Alhamdulillah, semenjak berkahwin dengan suami yang suka membeli buku, tempiasnya turut terkena padaku.
  • Suami menjadi "pengawal"ku daripada berbelanja untuk barang2 yang kurang mendatangkan manfaat.
  • Bukanlah bermaksud aku jenis boros berbelanja, tapi adakalanya sebagai seorang perempuan, aku juga suka kelihatan cantik; membeli pakaian yang cantik2, perkakas dapur dsbg.
  • Tapi kini semua minatku terhadap kecantikan material kian pudar, pakaianku tidak lagi yang cantik2....kerana kini aku mula belajar untuk berbelanja untuk buku.
  • Jika bukan kerana suamiku, belum tentu aku akan berhabis beribu-ribu untuk buku. Tahun ini sahaja, hampir RM7k.
  • Sewaktu dulu, aku juga suka beli buku, cuma agak "memilih" kerana kekurangan wang.
  • Sebagai seorang anak daripada keluarga susah, aku perlu berjimat wang untuk diriku dan keluarga dikampung. Duitku bukan duitku seorang tapi untuk keluarga dikampung juga walaupun ketika itu aku masih belajar di universiti yang sepatutnya dibiayai, tapi aku juga membiayai.
  • Dulu, walaupun susah, aku masih beli buku kecuali buku2 untuk pelajaran untuk matapelajaran berbahasa Inggeris yang agak mahal, aku photostate saja. Tapi buku berbahasa Arab untuk apa jua matapelajaran selalunya aku beli;jarang sekali aku pinjam daripada kawan2 atau copy.
  • Adakalanya aku hairan dengan orang yang "senang" walaupun tidak terlalu "berada" suka meminjam buku dan photostate buku. Mereka boleh silih berganti baju, makan makanan yang sedap, sedang aku selalu pakai pakaian yang sama, sering alas perut dengan "Maggie", atau berkongsi makanan, atau makan 2x untuk satu makanan.
  • Yang paling tidak dapat dilupakanku, ada buku aku yang dipinjam oleh salah seorang mereka yang "senang" kemudian dicontengnya buku itu dengan comot sekali .Arghhhh, sedih sekali aku waktu itu.
  • Walaupun dulu aku suka "conteng" buku tapi aku tidaklah suka "comot"kannya.
  • Kini aku semakin menghargai dan mencintai buku.

No comments: