Sayalah satu-satunya,
Dalam keluarga,
Yang mendalami bidang agama,
Yang masuk menara gading.
Antara 8 beradik
Tapi
Saya masih mengharap
2 adik perempuan mengikuti jejak saya
Setidak-tidaknya masuk universiti
Walaupun bukan bidang agama
Sayalah satu-satunya
Wanita yang direzekikan
Dengan anugerah tertinggi peringkat universiti
Pada konvokesyen UIAM 2004
Disamping 3 jejaka Kuliyyah Kejuruteraan
Saya satu-satunya bidang agama
Anugerah Ilahi untuk disyukuri...
Banyak nikmat yang dikecapi
Banyak pula yang ditarik kembali
Makan???
Tidak boleh makan pedas
Tidak boleh makan buah kecuali epal dan pear
Minum???
Jangan yang sejuk-sejuk
Kuhitung-hitung satu persatu
Apa yang telah berlaku
Apa yang perlu dilakukan
Kuhitung-hitung
Dosa-dosaku satu-persatu
Salah silapku satu persatu
Kumohon
Semoga Allah terus berikan aku kekuatan dan hidayahNya
Itulah nikmat yang tiada taranya
Semoga anda mengampunkan dosa-dosa saya kepada anda.....
Semoga Allah mengampuni saya
Kerana RahmatNya lebih luas dari murkaNya
1 comment:
1. bagus la ustazah nak berkelana ke bumi debu, Pakistan. Kesusahan dalam belajar menjadikan hidup berilmu lebih bermakna dan berharga.
2. Jeles saya lihat ustazah membeli kitab berjumlah RM 4K tu..
3. Semoga ustazah, ustaz dan anak2 dirahmati Allah dan ditambah rezeki..
ridhwan
Post a Comment