Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, June 22, 2010

PHD: Mungkin saya akan ke India/Pakistan

  • Tajuk PHD saya bertukar-tukar atas sebab2 tertentu. Antaranya co-supervisor saya telah bertukar universiti.
  • Apa yang penting, buat masa sekarang saya bersyukur kerana saya telah mempunyai tajuk atas pilihan dan kehendak saya sendiri (dengan izin Allah).
  • Tajuk yang berkaitan dengan syarah Sahih Muslim oleh Maulana Taqi Uthmani dari Pakistan. Beliau adalah antara ulama terkenal dari benua India sehingga diletakkan pada tangga ke-27 dalam "The Most 500 Influential Muslims 2009".
  • Rasanya, inilah masanya untuk saya belajar bahasa Urdu secara serius dengan suami.
  • Saya memang meminati bahasa Urdu kerana sedari kecil saya gemar menonton filem Hindi.
  • Dulu saya begitu "feeling" dengan filem2 Hindustan, tetapi tidak lagi kini. Perasaan itu seolah2 mati untuk saya menghayati cerita dan watak yang selalunya membuatkan air mata mengalir pabila watak sedih dimainkan.Arghh...itu zaman jahiliyyah saya...sehingga saya boleh menghafal beberapa lagu yang saya suka...gilanya waktu dulu.
  • Kini saatnya untuk saya serius belajar bahasa Urdu demi ilmu kerana khazanah ilmu dalam bahasa ini amat luas. Apatah lagi saya perlu memahami tulisan2 Maulana Taqi yang kebanyakannya dalam Bahasa Urdu selain Arab dan Inggeris.
  • Besar kemungkinan saya perlu merantau kebenua India untuk menjayakan tesis PHD saya. Hati teringin bangat menjejaki ke bumi India dan Pakistan. Cuma daripada cerita2 suami, saya tak dapat bayangkan bagaimana saya akan lalui kehidupan disana.
  • Doakan moga Allah mudahkan urusan saya.Amin.

No comments: