Islamic Widget

PEMBACA

Saturday, October 2, 2010

Lipoma

Subhanallah. Maha Suci Allah. Maha Berkuasa Allah yang menciptakan. Dia menjadikan pelbagai penyakit sebagai ujian.

Salah satu penyakit yang Dia uji kepada kepada hambanya ialah LIPOMA. (rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Lipoma)>

Abah diuji dengan penyakit ini yang sebenarnya tidak sakit. Cuma setelah bertemu doktor pakar bedah PUSRAWI KL, Dr.Zain Al-Rashid membuat keputusan dan menasihati abah supaya penyakitnya itu dibuang/bedah.

Keputusan CT Scan menunjukkan Lipoma abah yang ada pada atas bahu kanannya boleh menjadi parah dan barah jika tidak dirawat dengan segera. Lalu kami memutuskan untuk membenarkan doktor membuat pembedahan segera keatas abah. Abah ditahan wad pada hari Khamis (30/9/2010) setelah mendapat keputusan CT Scan yang dilakukan pada Isnin (27/9/2010).

Alhamdulillah, walaupun dalam kecemasan dan kerungsingan dan sedikit tangisan abah "paksa rela" mendiami wad 16 As-Saadah Hospital Pusrawi. Hari ini, jam 2.30-4.30 petang abah di tempatkan dibilik pembedahan. Sebelum bedah, abah perlu berpuasa selama 6jam dan selepas bedah pula 4jam.

"Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan doa, moga Allah jua membalas jasa". Begitulah ucapan abah kepada jururawat2 yang membawanya kembali ke wad selepas pembedahan.

Semoga abah dikurniakan kesihatan dan kerahmatan oleh Allah. Doa kami buat abah.Doakan abah kami.

1 comment:

Unknown said...

berapa kos nya, saya pun ada lipoma di bahukiri..