Islamic Widget

PEMBACA

Friday, October 12, 2012

MASALAH KEPUTIHAN WANITA




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين , أما بعد

Islam memberikan perhatian khusus berhubung kebersihan bagi seorang Muslim. Tidak ada agama yang menjadikan urusan kebersihan di antara sepenting-penting perkara di dalam agama kecuali Islam. Kebersihan yang dituntut tidak hanya semata bersihnya pakaian, anggota dan tempat ibadat serta selamat tubuh daripada hadas kecil dan besar tetapi Islam juga menitik beratkan kebersihan batin seperti ikhlas, jauh dari hasad, dengki, bongkak dan sebagainya sebagai pelengkap ajaran Islam yang maha sempurna. Perintah ke atas setiap Muslim agar bersih dalam setiap ibadat sebagai isyarat sentiasa bersih di dalam semua perkara. Bersih adalah mengagungkan Allah, bersih adalah khusyuknya jiwa, bersih adalah kerukunan hati, bersih adalah kemurnian jiwa pemiliknya bersih adalah... bersih adalah...


            Allah menjadikan kebersihan sebagai salah satu prasyarat untuk mendapat kasih sayang Allah. Firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 222;

 
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.

 Pujian Allah kepada Ahli Quba’ di dalam surah at-Taubah ayat 108;

 

رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَنْ يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ              

Maksudnya: Orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).


            Seorang Muslim mesti menjadi contoh kepada segala kecantikan, kesempurnaan dan kebersihan dalam kehidupan seharian. Lambang kepada kebersihan zahir dan batin sebagaimana pesanan baginda kepada sekelompok daripada sahabat di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad, Hakim dan Baihaqi;

 

إِنَّكُمْ قَادِمُونَ عَلَى إِخْوَانِكُمْ فَأَصْلِحُوا رِحَالَكُمْ وَأَصْلِحُوا لِبَاسَكُمْ حَتَّى تَكُونُوا كَأَنَّكُمْ شَامَةٌ فِي النَّاسِ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَلَا التَّفَحُّشَ
Maksudnya: Sesungguhnya akan kamu masuk bertemu saudara kamu, maka indahkan kenderaan kamu, elokkan pakaian kamu sehingga kamu seperti tahi lalat (jelas terlihat) di hadapan orang ramai. Sesungguhnya Allah tidak menyukai dosa-dosa pada perbuatan dan perkataan dan sengaja melakukan dosa.

 Bahkan tuntutan kecantikan menjadi terlebih utama apabila ada keterikatannya dengan sah atau tidaknya sesuatu ibadat yang dilakukan. Sabda Nabi J sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ibn Majah;
 

لَا يَقْبَلُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ صَدَقَةً مِنْ غُلُولٍ وَلَا صَلَاةً بِغَيْرِ طُهُورٍ
Maksudnya: Allah tidak menerima sedekah daripada jalan haram dan tidak menerima solat tanpa bersuci.


APA ITU KEPUTIHAN?

Keputihan: Sebatian yang di rembes oleh sistem peranakan wanita

Maka daripada definisi tersebut dapat difahami keputihan yang keluar dari sistem peranakan wanita terdiri daripada;

1)    Lembapan faraj: Sedikit lembapan yang didapati oleh seorang wanita apabila meletakkan kain di farajnya.

2)    Al-Qassah al-Baido’: Berkata Imam al-Zailaie t: Sesuatu yang seperti benang putih(bertali) yang keluar dari kemaluan wanita pada hari terakhir haidnya. Sebagai tanda wanita itu telah suci.

Sebahagian ulama mengatakan: Air putih yang keluar pada akhir tempoh haid.

3)    Mazi: Lendir lembut yang likat yang keluar dari qubul tanpa memancut ketika bersyahwat.

4)    Wadi: Lendir lembut putih yang keluar setelah kencing atau keletihan.


5)    Mani: Lendir likat yang keluar dari kemaluan ketika kemuncak syahwat. Mani wanita kuning dan lembut.
        

Semua ini merupakan istilah khusus di kalangan fuqaha berhubung lendir selain darah yang keluar dari sistem peranakan wanita. Di dalam bahasa awam ia dipanggil keputihan. Berkenaan mazi, wadi dan mani tidak dibahaskan di sini kerana sifat dan kriteria air tersebut dapat dikenali dan dibezakan di antara satu sama lain dan hukum mengenai keduanya jelas di sisi kita.

             Perbahasan hanya menjurus yang pertama dan kedua (lembapan faraj & Al-Qassah Al-Baido’) kerana ini yang dimaksudkan dengan keputihan di dalam bahasa orang ramai.



KEADAAN KEPUTIHAN YANG KELUAR DARI SEORANG WANITA
Terdapat tiga keadaan keputihan yang keluar dari sistem peranakan seorang wanita;

1)     Normal: Faraj mengeluarkan lendir tidak  berwarna dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai pelindung semula jadi dengan cara mengurangkan geseran dinding faraj ketika berjalan dan ketika saat melakukan hubungan seks. Dalam keadaan normal lendir ini dominan dan tidak berlebihan, hanya sekadar untuk menjaga ekosistem faraj. Lendir jenis ini tidak keluar dari sistem peranakan wanita dan tidak dipermasalahkan oleh para wanita. Ia seumpama air liur yang sentiasa berada di dalam mulut.

2)     Normal: Keadaannya sepertimana yang pertama. Akan tetapi kadarnya agak berlebihan sehingga ianya meleleh keluar dari sistem peranakan seorang wanita. Ini yang dinamakan keputihan mengikut bahasa awam dan dipermasalahkan oleh para wanita mengenai hukum berkenaannya. Keputihan ini keluar pada ketika;

- Tanda suci dari haid.

- Keluar sebelum kedatangan haid.

- Keluar ketika hamil.

- Keluar ketika waktu subur.

- Ketika persetubuhan dan naik syahwat. (Keputihan ini dikeluarkan dari bibir faraj)

- Mencantumkan di antara benih lelaki dan wanita dan sebagai pembekal makanan kepada benih lelaki yang berada di dalam rahim. (Keputihan ini dikeluarkan oleh pangkal rahim)

- Keluar ketika dalam kemurungan atau kegembiraan teramat sangat.

- Selepas menopaus.


3)     Tidak normal: Keadaan ini berlaku apabila keputihan yang keluar terlalu banyak dan berlaku perubahan pada warna, bau dan rasa gatal. Lendir menjadi kekuningan sehingga kehijauan, rasa gatal, luka bibir faraj, terlalu kental dan berbau. Keadaan ini memerlukan rawatan doktor.



Dari sini dapat difahami bahawa keputihan adalah lembapan faraj yang dimaksudkan oleh fuqaha di dalam kitab-kitab mereka. Lembapan faraj yang normal seumpama peluh pada kulit kita masing-masing. Apabila lembapan ini di rembes secara berlebihan oleh badan, maka awam menamakannya sebagai keputihan.


Adapun keputihan yang keluar sebagai petanda sucinya wanita daripada haid disebut di dalam istilah khusus fuqaha sebagai Al-Qassoh Al-Baido’. Setiap wanita dapat mengetahui dirinya telah tamat tempoh haid dengan dua keadaan; Sama ada dengan keluarnya keputihan atau kering dari darah haid dengan cara dimasukkan kapas ke dalam kemaluan dan kapas itu tidak dicemari dengan darah haid. Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah g yang diriwayatkan oleh Bukhari:
 

كُنَّ نِسَاءٌ يَبْعَثْنَ إِلَى عَائِشَةَ بِالدُّرَجَةِ فِيهَا الْكُرْسُفُ فِيهِ الصُّفْرَةُ فَتَقُولُ لَا تَعْجَلْنَ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ

Maksudnya: Sekumpulan wanita pergi bertemu dengan Saidatina Aisyah dengan kapas yang terdapat kekuningan padanya. Maka berkata Saidatina Aisyah: Jangan kalian gopoh, sehinggalah kalian melihat lendir putih.



Ibn Hajar menyebut di dalam Fath Bari: Al-Qassah ialah air putih yang dikeluarkan oleh rahim apabila berakhir tempoh haid.

Berkata Imam Malik: Aku pernah bertanya wanita mengenai lendir putih tersebut. Ia merupakan perkara yang makruf yang para wanita mengetahuinya ketika bersih daripada haid.
 


KAWASAN YANG MENGELUARKAN KEPUTIHAN
Terdapat empat tempat yang mengeluarkan keputihan bagi wanita;

1)     Vulva (Bibir faraj)

2)     Vagina (Faraj)

3)     Cervix (Pangkal Rahim)

4)     Uterus (Rahim).
Kawasan yang paling banyak mengeluarkan keputihan yang berlebihan jika berlaku perubahan hormon ialah pangkal rahim dan faraj.


uterusud7.jpg





PERANAN KEPUTIHAN NORMAL KEPADA WANITA

 Keputihan yang normal berperanan sebagai;

1)     Melembap

2)     Membersihkan

3)     Penyediaan medium pH yg sesuai utk badan dan peranakan

4)     Cairan semula jadi yang membantu ketika berlaku persetubuhan.

5)     Membersihkan sistem peranakan dan membuang sel-sel lama dan mengganti dengan yang baru.


Di dalam Subul as-Salam menukilkan ucapan para doktor: Sesungguhnya air putih ini (Al-Qassah) yang datang setelah haid sebagai melembutkan dinding rahim. Dinding rahim dibalut dan melembut dengan air ini sebagai persediaan menyambut benih baru setelah membuang benih lama yang tidak disenyawakan. Mereka berkata: Ia sebagai katil dan hamparan kepada tetamu yang ditunggu.


1)     Adakah keputihan itu membatalkan wuduk?

2)     Adakah keputihan itu najis?

 
PERKARA MEMBATALKAN WUDUK


Terdapat 4 perkara yang membatalkan wuduk di dalam Mazhab kita Imam Syafie;

1)     Keluar sesuatu dari qubul atau dubur kecuali mani

2)     Hilang akal kecuali tidur tetap papan punggung

3)     Sentuh kulit lelaki dan wanita tanpa lapik

4)     Menyentuh kemaluan anak Adam dengan telapak tangan.



-          Apakah qubul bagi seorang wanita?
Jelas kepada kita semua tanpa diperjelaskan qubul wanita berbeza dengan qubul bagi seorang lelaki. Penjelasan berkenaan ini penting agar tidak meletakkan hukum yang berlainan pada tempat yang sama.


Berkata al-Khatib Syarbini: Para Fuqaha menggunakan bahasa “keluar dari dua jalan” sekadar mengikut kebiasaan kerana hakikatnya bagi wanita terdapat tiga jalan. Dua di qubul dan satu di dubur.

Dua saluran qubul yang dimaksudkan bagi wanita ialah saluran peranakan dan saluran kencing.

-          Apakah semua yang keluar dari qubul membatalkan wuduk?
Para Fuqaha membahagikan benda yang keluar dari qubul dan dubur dengan;


1)     Kebiasaan keluar melalui jalan tersebut seumpama tahi, air kencing, angin, mazi dan wadi. Adapun keluar mani tidak membatalkan wuduk.
2)     Jarang-jarang keluar dari qubul dan dubur seumpama batu, cacing, kencing tidak lawas dan istihadah.


Pada pandangan Syafieyah batal wuduk jika keluar sesuatu dari qubul atau dubur sama ada benda yang menjadi kebiasaan keluar dari situ atau tidak. Hanya sanya terdapat perbincangan Ulama selain Syafieyyah pada benda yang tidak menjadi kebiasaan yang keluar dari qubul atau dubur seumpama batu, cacing dan seumpamanya. Maka dapat disimpulkan di sini, keputihan yang keluar merupakan salah satu di antara perkara yang membatalkan wuduk.

 
ADAKAH KEPUTIHAN ITU NAJIS?

Berselisih ulama pada hukum keputihan berdasarkan definisi yang diberikan oleh mereka berhubung keputihan: Air yang berada di antara mazi dan peluh.


1)    Kelompok yang mengatakan unsur peluh lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia bersih. Ini kerana peluh bersih dan tidak najis. Ini berdasarkan hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Muslim:



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ عِنْدَنَا فَعَرِقَ وَجَاءَتْ أُمِّي بِقَارُورَةٍ فَجَعَلَتْ تَسْلِتُ الْعَرَقَ فِيهَا فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا أُمَّ سُلَيْمٍ مَا هَذَا الَّذِي تَصْنَعِينَ قَالَتْ هَذَا عَرَقُكَ نَجْعَلُهُ فِي طِيبِنَا وَهُوَ مِنْ أَطْيَبِ الطِّيبِ

Maksudnya: Baginda Nabi masuk kepada kami dan tidur qailulah. Baginda berpeluh ketika tidur. Maka ibu ku datang dengan membawa bekas lalu menadah peluh baginda ke dalam bekas tersebut. Baginda Nabi terjaga dan berkata: Wahai Umma Sulaim, apa yang sedang engkau lakukan. Dia menjawab: Ini peluh mu. Kami ingin menjadikannya ia minyak wangi kami dan ia merupakan sebaik-baik wangian.


2)    Kelompok yang mengatakan unsur mazi lebih banyak di dalam keputihan mengatakan ia najis. Ini berdasarkan hadis Sayidina Ali yang diriwayatkan oleh Muslim:

 

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِي أَنْ أَسْأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ


Maksudnya: Aku lelaki yang sentiasa keluar air mazi. Aku malu untuk bertanya baginda Nabi J kerana aku menantu baginda. Aku meminta al-Miqdad bin Aswab untuk bertanya baginda. Baginda menjawab: Hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk.

 
Dari hadis ini jelas menunjukkan mazi najis dan membatalkan wuduk.

Kelompok yang mengatakan lembapan/keputihan menyamai peluh lebih kuat. Maka daripada apa yang telah disebutkan dapat disimpulkan sebagaimana yang disebut di dalam Nihayah al-Muhtaj & Tuhfah al-Muhtaj (dua kitab muktabar di dalam Mazhab Syafie):

 Keputihan itu terdapat tiga jenis:

1)     Bersih. Iaitu yang berada di tempat yang terzahir ketika duduk bagi seorang wanita. Kawasan yang wajib dibasuh ketika mandi junub dan istinjak. (Keputihan yang datang dari bibir faraj /vulva).

2)     Najis. Keluar dari dalam faraj. Iaitu kawasan yang melebihi kadar yang boleh dicapai oleh zakar.(Keputihan yang datang dari pangkal rahim/cervic dan rahim/uterus)

3)     Bersih mengikut pendapat terkuat. Dari kawasan yang mampu dicapai oleh zakar. (Keputihan yang datang dari faraj/vagina. Panjang vagina dalam 7-9 cm).

Di sini dapat kita memahami kaedah ulama yang mengatakan setiap benda yang mengalir di dalam tubuh benda hidup hukumnya najis. Seumpama darah, muntah, kencing dan lain-lain.


- Kemungkinan ada yang mempersoalkan, kenapa dihukum bersih keputihan/lembapan yang datang dari kawasan yang boleh dicapai oleh zakar sedangkan ia termasuk kawasan di dalam tubuh manusia?. Penulis tambah di sini fatwa Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah berhubung masalah tersebut:


“Soalan: Keputihan/lembapan yang secara nas mengatakan ianya bersih, apakah termasuk keputihan yang didapati ketika berjimak yang kadang-kadang ianya keluar, ataupun ia tidak termasuk kategori bersih?

 Jawapan: Secara jelas sesungguhnya lembapan faraj haiwan (termasuk manusia)  yang bersih, juga bersih jika ia berada di zahir. Iaitu yang didapati di antara dua bibir faraj. Sama hukum bersih sama ada masih di bibir faraj atau yang telah berpindah.

Berlainan hukumnya lembapan yang datang dari dalam iaitu yang datang dari belakang bibir faraj. Ianya najis akan tetapi tidak dikatakan najis kecuali setelah berpindah dari tempat asalnya (dalam faraj). Ini kerana setiap yang masih berada di dalam rongga tidak dihukumkan dengan najis kecuali setelah berpisah dari tempat tersebut.

Bertitik tolak daripada situ tidak dikatakan najis zakar individu yang bersetubuh kerana asal normal keadaan tidak akan meleleh keluar lembapan dari dalam faraj. Jika diyakini keluar lembapan itu ketika jimak maka najislah bibir faraj dan zakar yang menyetubuhinya. Maka lembapan yang keluar ketika jimak;

1)     Diyakini datang dari zahir
2)     Syak sama ada datang dari zahir atau dari dalam. Kedua-dua keadaan ini dihukumkan ia bersih
Jika diyakini ia datang dari dalam maka lembapan itu najis.”

 
KESIMPULAN
1)     Keputihan yang keluar tidak semestinya penyakit. Keputihan yang normal atau tidak dapat diketahui oleh wanita itu sendiri

2)     Keputihan/lembapan yang berada di bibir faraj bersih sama ada terpisah dari bibir faraj atau tidak. Ia menyamai peluh di anggota badan. Ini pendapat terkuat di kalangan Syafieyah.


3)     Keputihan yang datang dari kawasan dalam faraj tidak dihukumkan najis kecuali terpisah dari kawasan asalnya.

4)     Jika meragui sama ada lembapan/keputihan dari bibir faraj atau dalam faraj, maka hukumnya bersih.

5)     Jika pasti lembapan/keputihan dari dalam faraj sepakat ulama syafieyah mengatakan ia najis.


6)     Keputihan yang keluar dari dalam rongga peranakan sehingga membasahkan pakaian dalam membatalkan wuduk
kecuali pakaian dalam dilembapkan oleh lendir dari bibir faraj. Ini tidak membatalkan wuduk.

Nota hujung: Dikatakan di antara punca masalah keputihan (tidak normal) yang berlebihan sehingga keputihan yang keluar menjadi kekuningan sehingga kehijauan dan berbau busuk yang menimpa para wanita adalah disebabkan memakan kubis bulat atau kuahnya. Kesannya boleh membawa kegatalan, rasa sakit, tidak selesa dan jangkitan kuman kepada kemaluan wanita tersebut. Jika masalah ini serius ia boleh membawa kepada penyakit kanser pangkal rahim, kemandulan dan Migrain.
Allahu A’lam
Disediakan oleh:
Muhammad Aidil Azwal bin Zainudin

http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=20

Monday, June 4, 2012

Bantulah ummat Islam di Syria

Revolusi Syria: Lawatan ulama, pimpinan IM Syria ke Malaysia berjaya buka mata masyarakat PDF Cetak E-mail  Share on MySpace
Khamis, 31 Mei 2012 07:24
KUALA LUMPUR – Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria yang diterajui IKRAM, ABIM, HALUAN dan 24 NGO, telah menjemput dua tokoh Syria untuk memberi kesedaran tentang realiti kebangkitan rakyat dan krisis kemanusiaan yang sedang berlaku di Syria hasil kekejaman rejim Basyar Al-Assad.
Mereka ialah ulama Syria yang juga pembantu khas Dr Yusuf Al-Qardhawi, Dr Khaled Hindawi dan pimpinan Ikhwan Muslimun Syria, Dr Amer Abu Salamah yang diturut ditemani seorang lagi pimpinan, Dr Salamah.
Mereka tiba pada Khamis 24 Mei 2012 dan pada malamnya mereka diraikan dalam majlis perjumpaan dengan para pimpinan IKRAM. Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad turut melancarkan Tabung Kasih Ummah Syria (gambar bawah kiri).
Pada pagi keesokannya, Jumaat 25 Mei 2012, mereka menghadiri sesi rakaman di RTM untuk diterbitkan  sebagai rencana pendek dalam Berita Dunia pada jam 11.00 malam tentang perjuangan Ikhwan Muslimun di Syria. Selesai solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah, UIAM Gombak, Dr Khaled (gambar atas tengah) menyampaikan ucapan mengenai Syria kepada pelajar dan kakitangan UIAM.
Kemudian, beliau bergegas menghadiri sesi rakaman TV3 di Damansara Utama (gambar atas kanan), yang akan diterbitkan dalam bentuk dokumentari. Pertemuan bersama pelajar Arab di UIAM turut diadakan pada malamnya.
Pada Sabtu 26 Mei 2012, ulama dan pimpinan IM Syria ini menghadiri satu sesi khas ceramah Syria anjuran IKRAM Johor di Kompleks IKRAM Johor, Skudai. Pada pagi keesokannya, Ahad 27 Mei 2012 mereka ditemuramah secara langsung dalam TV Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum dan rancangan Majalah Islam. Petangnya mereka bertemu dengan bekas Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.
Pada malamnya, mereka bertemu dengan para pimpinan HALUAN di Kompleks Penyayang HALUAN di Klang. Kutipan langsung berjumlah lebih RM6,000 disumbangkan terus kepada mereka sebagai sokongan.
Pada pagi Isnin 28 Mei 2012, mereka menghadiri sesi rakaman di Astro Awani. Petangnya mereka bertemu para pimpinan ABIM di Pejabat Sekretariat ABIM Pusat di Taman Cemerlang, Gombak. Kemudian mereka menghadiri sesi bersama Presiden IKRAM di Pejabat IKRAM Pusat di Seri Kembangan (gambar kiri).
Kemuncak lawatan mereka ialah pada malamnya iaitu penyampaian Ceramah Umum “Syria: The Inside Story” anjuran IKRAM, ABIM dan HALUAN di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Ceramah yang diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Muhaimin Mohd Sahar (gambar kanan) dihadiri lebih 2,000 jamaah.
Dr Khaled (gambar kiri) merakamkan penghargaan atas keprihatinan rakyat Malaysia berkenaaan isu Syria. Menurutnya, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan  oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejak 40 tahun yang lalu.
Sejak 40 tahun, tambahnya, seramai 60,000 orang syahid dan rejim Basyar telah melakukan penyembelihan rakyat tidak kurang daripada 100 tempat tanpa bantuan mana-mana pihak untuk rakyat. Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang. Beliau menterjemahkan iman kita ibarat muslim yang satu jasad menentang rejim yang zalim ini.
“Pemerintah yang bertamadun ialah yang adil bukan yang menindas dan memenjarakan saudaranya,” ujarnya.
Katanya, meskipun rejim ini mendakwa kononnya mereka menentang Yahudi, sejak 40 tahun lalu, rejim ini tidak pernah bunuh walau seorang Yahudi pun malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60,000 rakyat yang tidak berdosa.
Tambah Khaled, PM Israel Benjamin Netanyahu pernah berkata bahawa Basyar Al-Assad merupakan orang yang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al-Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemaslahatan kepada Israel. Mengatakan mereka berjuang melawan Israel merupakan satu penipuan.
Baru-baru ini, di perkampungan bernama Hawlah, seramai  150 orang disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak-kanak. Ujarnya, rejim ini telah dibantu oleh Russia, Hizbullah dan Iran yang ingin menghapuskan rakyat ASWJ.
Menurut beliau lagi, ada menara masjid yang ditembak rejim, di tempat bernama Dar’a, negeri kelahiran Imam An-Nawawi dan ada juga rakyat yang ditanam hidup-hidup kerana tidak mahu mengatakan “Tiada Tuhan melainkan Assad”.
Pimpinan IM Syria, Dr Amer Abu Salamah (gambar kanan) pula menambah, rakyat Syria menampakkan keberanian mereka hingga sanggup berkorban dan syahid, ribuan mereka yang cedera dan lebih 2 juta menjadi pelarian.
Sungguhpun Allah SWT berfirman bahawa orang beriman itu bersaudara, namun demikian katanya, hanya dengan ucapan sahaja tidak memberi manfaat kerana ia juga menuntut pengorbanan daripada kita jika kita katakan kita bersama-sama dengan rakyat Syria.
Menurut beliau, amat bahaya bila ada yang mengatakan “Kami tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku di Syria, itu masalah mereka“ sedangkan kita merupakan jasad yang satu, umat yang satu.
Katanya, umat Islam amat simpati dengan apa berlaku di Gaza dan memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Beliau turut mencetuskan persoalan yang mengheningkan suasana:
“Kini berlaku di pelbagai tempat di Syria seperti mana yang berlaku di Gaza. Di manakah saudara-saudara Islamku yang telah membantu saudaranya di Gaza? Takutlah Allah, hendaklah kamu bersama dengan anak yatim yang dizalimi, mata dikorek, leher mereka dikapak.”
Tambahnya, Kesatuan Ulama Sedunia yang berjumlah 50,000 yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi turut menyokong rakyat Syria dan mengatakan kewajipan umat Islam membantu rakyat Syria. Jemaah yang hadir turut dipertontonkan dengan gambar dan video kekejaman rejim Basyar membunuh rakyatnya.
Dr Amer turut mencabar jemaah yang hadir termasuk para ahli perniagaan untuk menginfakkan harta mereka untuk mencontohi infak para sahabat baginda Abu Bakr RA, Umar Al-Khattab RA dan Abdur Rahman Auf RA bagi membantu rakyat Syria yang tertindas.
Menambah semangat untuk menyumbang, beliau menceritakan bagaimana seorang jutawan Qatar yang menyumbang sebanyak 3 juta Riyal. Dalam masa dua hari selepas sumbangan, beliau telah mendapat 4 juta Riyal keuntungan perniagaannya.
Lebih terharu, seorang ibu menyahut cabaran Dr Amer dengan menyumbang sebanyak RM50,000. Sejumlah lebih RM67,000 sumbangan tunai berjaya dikumpul selain mereka yang menyahut cabaran infak lebih RM200,000 yang akan disumbangkan kemudian. Selepas ceramah, kelihatan sebahagian jemaah berpusu-pusu beratur di mesin ATM Masjid Negeri untuk memindahkan sumbangan tersebut melalui akaun.
Sumbangan boleh dibuat melalui Tabung Kasih Ummah Syria atas nama Pertubuhan Ikram Malaysia akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12029010063512. Ayuh bantu umat seakidah kita daripada dizalimi dan dibunuh berterusan!
Lawatan lima hari ulama dan pimpinan IM Syria di Malaysia berjaya membuka mata masyarakat negara ini dan memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Syria. Bagi mereka yang mengatakan kebangkitan rakyat Syria adalah kerana rencana Barat, anda silap.
Rakyat Syria seperti Dr Khaled dan Dr Amer sendiri datang ke Malaysia untuk menceritakan realiti di sana dan bangkit kerana tidak sanggup lagi melihat kekejaman dan kezaliman berlaku sesuka hati di hadapan mata lantaran dibiarkan dan didiamkan oleh dunia.
Penghargaan harus diberikan kepada penganjur lawatan ini iaitu Sekretariat Gabungan Selamatkan Syria mewakili suara 27 NGO di mana koordinatornya adalah anak muda, Saudara Naim Jusri di samping tiga NGO utama gabungan iaitu IKRAM, ABIM dan HALUAN. Program kesedaran dan pendedahan mengenai Syria akan terus digerakkan oleh gabungan ini dari masa ke semasa, insya-Allah.
*Gambar utama: Dari kanan Naim Jusri (Koordinator Gabungan Selamatkan Syria), Dr Amer Abu Salamah, Dr Salamah, Dr Khaled Hindawi dan Ahmad Usmah (pengiring).
 

Monday, March 12, 2012

Apa khabar anak pra-matang keduamu Zaid?

Kata Abi Zaidi: tak perlu la merekodkan perkembangan Zaid di FB, kerana Allah telah merekodkan segalanya.
>Benar kata Abi Zaid.Cuma Ummi Zaid hanya nak memaklumkan khabar kpd saudara-mara dan rakan-taulan yg ingin tahu perkembangannya.
>Jadi ini mungkin kali terakhir Ummi Zaid merekodkan perkembangan Zaid disini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Harini sudah 53 hari Zaid di wad NICU.kali ketiga masuk ICU, sekali dirawat dibilik "intermediate" dan "admission bay" kedua2 bilik utk bayi yg agak stabil dari segi pernafasan&oksigen.
-setahu ummi, dah dua kali Zaid diderma darah.Terima kasih kepada para dermawan darah.
-dalam 3-4 kali diberi sodium choloride.
-diberi antibiotik mungkin kali k3, dan kali ini diberi 2jenis antibiotik.
-dipuasakan mungkin dlm 3x, kalini akan lama(mungkin seminggu), puasa daripada susu EBM susu ibu.
-Hari Sabtu 3x xray, hari Ahad 2x xray, hari Isnin dan seterusnya setiap hari sekali sehari xray di usus hingga jangkitan dan keadaan usus elok.
-Air tulang belakang diperlukan utk menentukan dimana dan apa jenia jangkitan.doktor mbuat andaian kiranya jangkitan kuman berada dlm selaput otak,justeru perlu air tulang belakang utk memastikan dimanakah dan apakah jangkitan itu.kami memohon penangguhan buat sementara waktu.dan buat masa ini doktor kata belum perlu ambil air tulang belakang kerana setakat ini dipastikan jangkitan tdapat dalam usus.
-Susu(ibu) melalui tiub yg biasanya dberi diberhentikan buat sementara waktu sehingga usus pulih.
-Sekarang masih muntah hijau.tahap pertama muntah kuning, kemudian hijau, pastu coklat, sekarang hijau.
-Perlu dibuat "long line" dikepala untuk masukkan Lipid(cecair yg bfungsi sebagai makanan) memandangkan Zaid dipuasakan sudah 3hari.mungkin esok(hari ke4) atau lusa(hari kelima) rambut Zaid dibahagian yg boleh dibuat "long line".Biasanya "long line" dibuat dikaki@tangan, tapi semua tempat sudah dicucuk, sebabtu dah takdak tempat nak buat "long line".
-Dari segi berat, kadang naik kadang turun.sekarang beratnya 1.4kg.
-Rawatan sampingan kami: sapu air penawar.(nak bagi minum tak dibenarkan)

أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفي زيد بن زهرالدين.أعيذ زيد بكلمات الله التامة من كل شيطان وهامة، ومن كل عين لامة

Bersedekahlah jika mahu kaya....

Madrasah Nurul Iman, Kg Jiah Kemboja

Semalam saya menerima tetamu dari Kemboja, Ustaz Idris. Beliau pernah menuntut di Kelantan selama 8 tahun. Pendidikan tertinggi beliau capai di Malaysia ialah tamat Pondok Moden di Kelantan. Selepas itu beliau pulang untuk menghidupkan madrasah di Kg Jiah yang terbengkalai sekian lama. Pertama kali Ustaz Idris dtg ke rumah saya ialah pada bulan puasa tahun lepas. Saya membawanya ke mana sahaja tempat saya mengajar utk tujuan mengumpulkan dana madrasah beliau itu. Saya mengetahui menghidupkan madrasah adalah satu usaha yg mulia. Ia memerlukan jerih penat yg hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah semata-mata. Apa yg diusahakan hanya utk keselesaan murid utk belajar ilmu agama.

Begitulah ulama-ulama Deoband di India. Di samping mengajar mereka juga mencari dana utk madrasah. Mereka akan pastikan pelajar belajar secara percuma, tempat tinggal percuma, makan percuma dan kitab percuma. Kerja yg sebegini memerlukan keikhlasan yg tinggi. Murid-murid dianggap sebagai anak sendiri yg tidak akan dialpakan ttg kebajikannya. Apatah lagi kebajikan menimba ilmu Allah dan RasulNya.

Kepada pembaca blog ini bolehlah berbuat sesuatu utk membantu usaha murni Ustaz Idris dan sahabat-sahabat beliau menghidupkan pengajian di Madarasah Nurul Iman. Semoga usaha kita akan menjadi bekalan utk kita di hari akhirat. Ustaz Idris akan berada di KL sehingga 21/3/2012. Dia akan menetap di rumah saya sepanjang berada di KL. Sepanjang pertanyaan bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian 017-945 4608.










Wednesday, February 15, 2012

Sabarlah wanita

Dia: Akak datang wad NICU naik kerusi roda suami akak tolak ya?
Saya:Ya, akak cakap akak boleh jalan sendiri.Tapi suami nak tolak, katanya kalau jalan jauh juga.
Dia: saya minta suami saya tolak juga, tapi dia tak mahu.pergi makan, klinik, jalan je walaupun jauh.lepas seminggu pembedahan memang jalan sendiri, jalan slow-slow, sakit tahan je la.nak buat macamana suami tak nak ambilkan kerusi roda....
Saya: kenapa dia taknak ambil kerusi roda?
Dia:ntahla, dia segan ambil dan hantar kot.dah banyak kali saya minta dia ambil, dia suruh saya berjalan juga.

Alahai lelaki,
berkorbanlah untuk isteri,
isi-hatinya harus kau fahami,
sakit pembedahan melahirkan zuriatmu harus kau rasai,

Aduhai wanita,
bersabarlah atas kesakitan,
kerana sabarmu ada ganjaran,
kerana mati itu lebih sakit daripada kesakitan sekarang

Bantulah Hospital

Adakah anda prihatin dengan fasiliti hospital? Adakah anda suka membantu orang?Adakah anda suka membuat amal kebajikan?Sudah tentu jawapan anada YA, bukan?
>Sudikah anda membantu wad NICU (unit rawatan rapi bayi) yang "pengepam susu" sudah "bocor" dan ditampal dengan pita-pelekat? sedangkan para ibu perlu mengepam susu untuk bayi mereka dengan kerap&cepat. Usahkan ada "double-pam", "single-pam" yang ada pun agak menyedihkan.
>sudikah anda membantu menyumbangkan wad NICU "penimbang" baru yang berfungsi dengan baik?kerana di wad itu hanya ada 2 penimbang berat bayi.
>sudikah anda membantu menyumbangkan "water heater", dan "water cooler" untuk kegunaan ibu-ibu di wad NICU?
<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, November 23, 2011

Doa Ibu mudah Bersalin

Ibu-ibu, selalunya doa apakah anda amalkan untuk mudah bersalin?Mungkin antara amalan doa yg pernah/selalu anda amalkan termasuk bacaan ini:
بِسْمِ اللَّهِ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ
سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
{ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا }
{ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ }
)-fatawa Ibn Taimiyyah 19/64
وَيَجُوزُ أَنْ يَكْتُبَ لِلْمُصَابِ وَغَيْرِهِ مِنْ الْمَرْضَى شَيْئًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ وَذِكْرُهُ بِالْمِدَادِ الْمُبَاحِ وَيُغْسَلُ وَيُسْقَى كَمَا نَصَّ عَلَى ذَلِكَ أَحْمَد وَغَيْرُهُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَحْمَد : قَرَأْت عَلَى أَبِي ثَنَا يَعْلَى بْنُ عُبَيْدٍ ؛ ثَنَا سُفْيَانُ ؛ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ الْحَكَمِ ؛ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ؛ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : إذَا عَسِرَ عَلَى الْمَرْأَةِ وِلَادَتُهَا فَلْيَكْتُبْ : بِسْمِ اللَّهِ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ { كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا } { كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ بَلَاغٌ فَهَلْ يُهْلَكُ إلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ } . قَالَ أَبِي : ثَنَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ بِإِسْنَادِهِ بِمَعْنَاهُ وَقَالَ : يُكْتَبُ فِي إنَاءٍ نَظِيفٍ فَيُسْقَى قَالَ أَبِي : وَزَادَ فِيهِ وَكِيعٌ فَتُسْقَى وَيُنْضَحُ مَا دُونَ سُرَّتِهَا قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : رَأَيْت أَبِي يَكْتُبُ لِلْمَرْأَةِ فِي جَامٍ أَوْ شَيْءٍ نَظِيفٍ

Thursday, November 17, 2011

SMS Dari Kemboja

DUA SMS DARI KEMBOJA.(sms daripada ustaz Salleh utk suami saya, saya salin semula ayatnya)
1) Salam.Apa khbr ust?Utk maklumat bahawa sekolah nurul islam skrg telah masyhur skrg ada 5org guru yg mgjr dgn ikhlas belum dpt gaji yg tantu.Salleh.
2) Salam. Utk maklumat ust bahawa sekolah nurul iman sdg perlu jamban kerana pelajar2 susah utk nak birak sebab sekarang tambah pelajar byk dan jamban ada dua... buah sahaja. Oleh itu jika ustz boleh membantu harapkan ustz usaha membina dua buah jamban lagi kosnya 500 usd.Semga2 dirahmati oleh Allah.tq

Mohon panjang-panjangkan sms ini bagi sesiapa yang ingin membantu.
Maklumat tambahan:Jumlah pelajar 205 org. Boleh hubungi terus Ustaz Salleh num tel +85592730748. Boleh terus sms Ust Salleh. Mereka juga ada akaun disana, cuma biasa kami hantar duit melalui bank Islam ada caj dalam RM26, dan bila nak keluarkan disana akan dicaj dalam 20 USD(bergantung kepada bank-mungkin lebih).Biasanya kami(saya dan suami kumpul, kemudian hantar sekaligus agar duit2 yg dicaj dapat dikurangkan).

Jika nak masukkan ke akaun saya nanti saya PM num akaun.Jika num akaun mereka:Nama Penerima:Cooperation For Education and development, Alamat :No 883, Road national 5, Changchamresl quarter, Ressey Keu, Phnom Penh City. Nama Bank:Cambodian Public bank Limited. No akaun:010-02-10-06131-5. Swift Code:CPBEKHPP. Terpulang nak melalui saya@ direct.

Monday, November 14, 2011

SENARAI PESERTA KORBAN 2011


USTAZ SALLEH 2011

BIL

NAMA

BIL

NAMA

KUMPULAN 1

KUMPULAN 2

1

SITI HAWA BT. AHMAD

1

YAACOB BIN ISMAIL

2

RUKHAIYAH BINTI HAJI ABD WAHAB

2

MUHAMMAD DANIEL BIN NOOR AZMI

3

RUKHAIYAH BINTI HAJI ABD WAHAB

3

SHAHRIN BIN SHAHARANI

4

NURFATIHAH FARHANAH BT. NORFAIZAL

4

NOOR AZMAN BIN BAKAR

5

AISHAH BT IBRAHIM

5

SARIFAH BINTI MA'SAUT

6

MOHAMAD RIDHWAN BIN ALIAS

6

NUR FARAH SYAHIRA BINTI NOOR AZMAN

7

AFZAN ABDUL MANAP

7

FARIS ZULHAKIM BIN NOOR AZMAN

TOTAL: DUA EKOR

USTAZ IDRIS 2011

BIL

NAMA

BIL

NAMA

KUMPULAN 1

KUMPULAN 4 [UTK KELUARGA HAFSAH]

1

MOHAMAD RADZI B. ADNAN OMAR

1

HASAN SHAHBRI B YAACOB

2

SHAHIDAH BT KAMARUDIN

2

RAMLAH BT MOHAMED

3

NUR SAADAH BT HAMISAN@KHAIR

3

RISAUDDIN B MOHAMED

4

NORSHEHA BT. ABU BAKAR

4

MOHD IZAM B. IBRAHIM

5

MOHD HASNUL B. MOHD HASHIM

5

IBRAHIM B. MANSUR

6

JARIAH MOHAMED

6

MAZITA BT PAROK

7

KHALIJAH MOHD TAIB

7

MOHD MARZUKI B. JUNUS

KUMPULAN 2

KUMPULAN 5 [UTK KELUARGA HAFSAH]

1

MAZLAN B. YUSUF

1

MOHD SOFIAN B. ABDUL JALIL

2

FARIDAH BT HARANI

2

ZAIMI ROSMIDA B. MD JAMIN

3

HARANI B. HJ ADNAN

3

MOHAMED AZROY B. MOHD SOFIAN

4

EINON BT ABD. GHAFAR

4

MOHAMED AZRIN B. MOHD SOFIAN

5

ABDUL SUKOR HASHIMDIN

5

MOHAMAD AZUAN B. MOHD SOFIAN

6

FAUZIAH AHMAD

6

ABD AZIZ BIN TAIB

7

ZALEHA ARSHAD

7

DALILAH BT BAKAR

KUMPULAN 3

1

ZAINAH BT YUSUF

2

MD HANAFIAH B HJ AHMAD

3

RAUDHAH BT MD HANAFIAH

4

TIAH BT MANSOR

5

MUHD AZRI BAPTIST MOHD FAUZI

6

NORIZA MOHD NOOR

7

AZMADIANA ABD MAJID

TOTAL: [3 EKOR USTAZ IDRIS]

2 EKOR KELUARGA HAFSAH

USTAZ ABD KADIR 2011

BIL

NAMA

BIL

NAMA

KUMPULAN 1

KUMPULAN 3

1

MOHD WALID B. ABD RASHID

1

AZILAWATI BT ABD AZIZ

2

TEH IZNI AISYAH BT MOHD WALID

2

NURULAINI BT ABD AZIZ

3

TEH DINA SOFIA BT MOHD WALID

3

KHAIRUL ANUAR B. ABD AZIZ

4

ZAHARUDIN B. NAWI

4

KHAIRUL AZLAN B. ABD AZIZ

5

MASITAH BT BASHARUDDIN

5

MARIAM MOHD SARBINI

6

ROHAYA BT SULAIMAN

6

AMILA MOHD SARBINI

7

HASNAH BT MOHAMAD

7

MURAD B. DIWA

KUMPULAN 2

KUMPULAN 4

1

SHAMSIAH BT ABU BAKAR

1

NOR HAWA BT AB. HAMID

2

NUR RAIHANA NORDIN

2

FATIMAH BT NAMAT

3

NUR HALIM ISMAIL

3

FAKIRAH BT FADZIL

4

SOKDAH SAMAD

4

MAIMUNAH BT. MURAT

5

ADNAN HARIZ B. SAHARUDIN

5

JALIL BIN MAT NIN

6

MOHD HIZAMI B. SAHARUDIN

6

KAMARUL AZMIL B. AHMAD

7

DASHIMA SITAM

7

HAFIDZAN BT MOHAMAD

TOTAL: EMPAT EKOR