Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, October 14, 2010

IJAZAH SANAD HADIS

Sabtu 9/10/10 lalu saya dan suami ke majlis ilmu di rumah Ba’lawi di Ampang untuk mendengar kuliyah ilmu dan pengijazahan sanad hadis oleh Syeikh Salman An-Nadwi. Kami tiba sebelum Maghrib dan solat Maghrib berjemaah di sana. Saya tak pasti siapa imamnya, tapi mungkin Syekh Fahmi Zamzam yang juga merupakan murid Syekh Salman sekitar tahun 1980-1981.

Apa yang membuat hati saya berbunga bangga ialah kemewahan dan keselesaan rumah tuan penganjur. Bangga kerana rumah mewah di kawasan itu turut didiami oleh orang Islam. Bukanlah beerti saya mendambakan kemewahan, cukuplah bersyukur dengan kemewahan yang Allah limpahkan kepada orang lain. Apa yang membuat saya terpegun adalah kewarakan dan kefasihan bahasa Arab Syeikh Salman. Sungguh indah dan tersusun buah bicaranya. Ringkas tapi padat. Cukup bernas dan tepat dengan kalam-kalam Ilahi dan Hadis-hadis Nabi tatkala membicarakan tentang kepentingan berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah. Apa yang baru buat saya ialah zikir selepas solat yang berbunyi
لا إله إلا الله محمد رسول الله فى كل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله sebanyak 3x di akhir zikir selepas solat Maghrib.

No comments: