JIKA KASYAFMU BERTENTANGAN DENGAN KITAB DAN SUNNAH, MAKA LAKUKANLAH APA YANG ADA PADA KITAB DAN SUNNAH, TINGGALKANLAH KASYAF DAN KATAKANLAH PADA DIRIMU: SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM QURAN DAN SUNNAH, DAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM KASYAF DAN ILHAM". SYEIKH ABU HASAN AS-SYAZILI)
Islamic Widget
PEMBACA
Friday, April 23, 2010
Anakku Sayang
Anakku Zuhair kini genap 11 bulan lahir, 9 bulan sebenar. Pengasuh Ziyad dan penjaga di taska kedua-duanya mengakui letih jaga Zuhair. Zuhair sentiasa mahu didukung. Jika kita masak dia akan ikut kita sampai kedapur. Sangat manja.....
Tapi sebenarnya dia aktif. Lebih aktif daripada Ziyad kata guru taska.
Zuhair lah PHD saya, dan tajuk tesis saya tentulah "Bagaimana hendak urus Zuhair yang manja tapi lasak".
Ummi tak mahu ambil bibik walaupun ummi keletihan menjaga anak2 ummi disamping perlu membasuh, menggosok, memasak, menyapu, mencuci, membaca, menaip, mengajar dan belajar. Apatahlagi luka pembedahan ummi masih terasa, dan Zuhair masih menyusu badan. Syukurnya ummi dan anak2 kerana mempunyai abi yang selalu bantu ummi mengurus anak2 tatkala ummi membuat urusan rumahtangga. Kesian juga abi apabila terpaksa dukung Zuhair sehingga tidur ketika ummi keletihan dilarut malam. Terima kasih abi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamulaikum ustazah
semoga Allah memberi tahap kesabaran yang tinggi untuk menghadapi dugaan..
ridhwan
Post a Comment