Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, April 22, 2010

PERSEPSI: Dilema Wanita

Ramai wanita dalam dilema. Mungkin begitu juga dengan lelaki. Namun, secara fitrahnya wanita lebih sensitif dan beremosi. Dan sifat ini berbeza antara individu. Ada yang terlalu sensitif, ada yang sederhana, tidak kurang juga yang kurang sensitif seolah-olah tiada apa2 yang berlaku. Justeru, emosi wanita mempengaruhi persepsi dan interpretasi mereka dalam sesuatu perkara.

1)Dilema wanita berpendidikan tinggi dan bekerjaya
Biasanya dilema yang dihadapi ialah dilema dalam mencari jodoh. Bukan sedikit kenalan saya yang teragak-agak untuk berkahwin. Pelbagai alasan dan sebab diberikan. Mak ayah tak bagi kahwin selagi belum tamat belajar (samada BA atau MA), calon suami/isteri belum bekerja, calon tidak memenuhi kriteria pilihan idaman hati dan sebagainya.
Tidak kurang juga yang mempunyai persepsi perkahwinan itu satu penderitaan berdasarkan maklumat yang dia ada. Ada juga yang pernah bertanya kepada saya:"Zu tak takut ke kahwin nanti jadi hamba?" Kena buat kerja itu, buat kerja ini....". Ada juga yang mengatakan:"Kak Zu tak payah la pilih calon Kzu tu, ramai lagi orang lain suka kat KakZu. calon Kak Zu tu tua sangat daripada akak la, nanti mati awal, KakZu jadi janda awal." Semuanya keluar daripada mulut orang yang belajar agama.

2) Dilema wanita berkahwin dan bekerjaya.
Bila sudah kahwin timbul pula masalah lain. Soalan biasa: "Dah dapat anak? Bila dah dapat anak lelaki, "Bila pula nak dapat anak perempuan?". Bila tak dapat anak pula, selalunya wanita yang disalahkan atau dipandang serong/rendah walaupun adakala puncanya kerana lelaki.

Tidak kurang yang ditakdirkan bertemu jodoh lelaki yang kaki perempuan, atau kaki judi, atau kaki botol, atau kaki pukul atau.....apa saja samada lelaki yang sudah menjadi jodoh itu pilihan sendiri atau keluarga.

Lalu ada dialog-dialog: "Ko isteri derhaka". "Ko betina sundal"....ramailah wanita yang menjadi isteri derhaka kepada suami yang "seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

3)Dilema ibu bekerjaya
Ibu mana tidak sayangkan anak. Tapi zaman sekarang sudah menjadi adat resam "sayangkan anak tinggal-tinggalkan". Tinggal pada pengasuh atau bibik. Lalu jawapan yang diberikan ialah yang penting "kualiti masa" kita dengan anak, bukan berapa lama kita dengan anak.


Begitulah wanita. Dalam hidupnya menghadapi pelbagai cerita gembira dan derita. Hanya kesabaran pengubatnya. Hanya keredhaan teman akrabnya. Dan hanya ketaqwaan kekuatannya.

Kepada wanita, saya berpesan kepada diri saya dan anda....nantilah ganjaran anda di akhirat sana sekalipun didunia ini hidup anda penuh pancaroba. Belajarlah menjadi wanita ahli syurga seperti Maryam ibu Nabi Isa, Asiah isteri Firaun, Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad SAW tercinta, Fatimah puteri Rasulullah, dan ramai lagi. Bertahanlah selagi kita mampu. Robohkan benteng keegoan dan keakuan. Walaupun adakala kita lemah...bangunlah semula. Saya dan anda sama-samalah berdoa moga kita menjadi wanita yang mampu menggoncang dunia kerana keimanan kita.





No comments: