Imam Bukhari Imam Hadis yang utama,
Solat dua rakaat ditunaikan sebelum menulis kitab "Sahih"nya,
7500 buah hadis didalamnya,
Dicampur 3918 "terjemah"nya,
Maka solatnya 22 830 rakaat sepanjang penulisannya.
Setiap hari khatam Al-Quran,
Sedikit makan,
Banyak berbuat ihsan,
Sentiasa mendapat pujian,
Tahun 194 Hijrah beliau dilahirkan,
Setahun selepas Harun Ar-Rasyid meninggal dunia,
Pabila khalifah Al-Mu'tamid 'Ala Allah memegang tampok pemerintahan,
Pada tahun 256 H beliau dijemput ke alam baqa.
Hidup dibawah pemerintahan sepuluh khalifah Abbasiyyah,
Al-Amin bin Harun Ar-Rasyid (193-198H),
Al-Makmun bin Harun (198-218H),
Al-Muktasim Billah bin Harun (218-227H),
Al-Wathiq Billah Harun bin Al-Mu'tasim (227-232H),
Al-Mutawakkil 'Ala allah bin Al-Mu'tasim (232-247H),
Al-Muntasir Billah bin Al-Mutawakkil (2470248H),
Al-Musta'in Billah bin Al-Mu'tasim (248-252H),
Al-Mu'tazz Billah bin Al-Mutawakkil (252-255H),
Al-Muhtadi Billah bin Al-Wathiq Billah (255-256H),
Al-mu'tamid 'Ala Allah bin Al-Mutawakkil (256-279H).
Diberi nama Muhammd bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari Al-Ju'fi,
Bukhara tempat kelahirannya,
Iaitu di negara Khurasan,
Sekarang dalam wilayah negara Uzbekistan.
Kuniyyah beliau Abu 'Abdullah,
Ada abang namanya Ahmad,
Ada anak namanya juga Ahmad.
Diasuh dijaga oleh ibunya,
Sedari kecil bapanya meninggal dunia,
Betapa besar jasa ibunya,
Membesarkan anak yatimnya menjadi ulama.
Ulama cemerlang ulama terbilang,
Namanya sentiasa dijulang-julang,
Kitab "Sahih"nya sumber rujukan,
Sunnah Nabi sebagai panduan.
Cerdas fikiran kurniaan Tuhan,
10 tahun sudah hafal hadis Rasulullah Junjungan,
16 tahun sudah hafal kitab Ibn Al-Mubarak dan Waki',
18 tahun sudah mengarang perihal Sahabat dan Tabiin dan pendapat-pendapat mereka,
Banyak negara dan tempat dijelajahinya,
Demi mengumpul hadis Nabi,
Ke Mekah, Madinah, Dimasyq, Hims, 'Asqalan, Kufah, Basrah, Baghdad dan banyak lagi.
Lima tahun menetap di Basrah,
Setiap tahun berulang ke Mekkah dan Madinah,
Ke Baghdad pula lapan kali,
Ke Kufah tidak terhitung lagi.
Sumber rujukan:Al-Imam Al-Bukhari Ustaz Al-Ustazin wa Imam Al-Muhaddithin wa Hujjatul Al-Mujtahidin wa Sahib "Al-Jami' al-Musnad as-Sahih", karangan 'Abd Sattar as-sheikh, 2007, Darul-Qalam: Dimasyq
No comments:
Post a Comment