Membayar cukai pendapatan adalah tanggungjawab sebagai warganegara. Walaupun ramai yang tidak mahu membayar cukai, tidak kurang pula yang tidak perlu membayarnya kerana mempunyai pelepasan, pembayaran cukai pendapatan adalah penyumbang kepada ekonomi negara.
30 APRIL setiap tahun adalah tarikh akhir proses pengiraan dan pembayaran cukai. Alhamdulillah saya telah membuat e-bayaran melalui LHDN menggunakan Bank Islam. Sungguh mudah. Line celcom broadband pula tidak terlalu "membuat hal".
Pengiraan cukai pendapatan saya dengan borang BE adalah melaui e-filing. Hanya masukkan butiran yang berkaitan, Mudah, tapi ada kerumitan juga bila ada perkara berbangkit terutamanya apabila tiada bukti rekod pembayaran seperti resit zakat. Resit zakat fitrah telah terhilang manakala zakat pendapatan pula tiada resit kerana saya bayar terus kepada individu. jadi, tidak dapat pelepsan atau rebat cukai melainkan jika zakat dibayar kepada institusi bertauliah dan mempunyai resit.
Lega rasanya setelah membayar cukai sebanyak RM738.01 setelah PCB (Potongan Cukai Berjadual) dipotong oleh majikan sebanyak RM40.00. Jika saya menyimpan semua resit-resit rasanya saya tidak perlu membayar cukai.Untuk tahun 2010 dan tahun-tahun seterusnya saya perlu menyimpan semua rekod dan resit pembayaran pada tahun semasa.

No comments:
Post a Comment