Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, June 20, 2010

PHD: RM4K UNTUK KITAB DARI PAKISTAN

Senarai kitab Maulana Taqi Uthmani

Alhamdulillah hingga saat ini, PHD saya di UM mula mendapat nafas baru. Setelah mengambil masa mengumpul bahan dan maklumat untuk 3 tajuk, akhirnya dengan izin Allah tajuk yang terakhir adalah tajuk yang akan menjadi kajian PHd saya setakat ini.

Alhamdulillah, kitab2 dari Pakistan telah dipos dari sana oleh salah seorang kenalan suami yang belajar disana. Pelajar tersebut akan pulang ke Malaysia 30 Jun 2010 ini. Saya doakan dia selamat pulang ke Malaysia dan bertemu sanak-saudaranya dan kenalan2nya termasuk kami.

Sebanyak hampir 4ribu dibelanjakan untuk membeli kitab2 dari sana terutamanya kitab2 yang secara langsung berkaitan tesis saya. Setelah pengirim (pelajar tadi) menghadapi pelbagai ujian, akhirnya kitab selamat diposkan (dengan kapal terbang) pada 20 Jun 2010 dan Insyaallah akan sampai selepas seminggu.

Pelbagai kerumitan yang dihadapinya dalam proses ini; antaranya kad Maybank-nya rosak sehingga menyulitkan pengeluaran wang yang kami kirimkan. Dia terpaksa meminta ayahnya memindahkan wang tersebut ke akaun kawannya. Masalah kedua ialah pengeluaran wang terhad hanya kepada RM1000 sehari (x 25 duit Pakistan) walaupun pada mesin wang yang berbeza, itulah had pengeluaran wang dalam sehari disana (seperti di india kata suami saya). Masalah seterusnya ialah nama penerima mesti lebih daripada seorang (bukanlah masalah, cuma baru tahu undang2 sana, mungkin juga sama dengan negara2 lain??). Selepas meng"sms"kan 3 nama penerima, akhirnya selesai urusan pos. Alhamdulillah. Dan kini saya tertunggu2 kitab dari sana moga sampai dengan selamat.InsyaAllah.

Doakan saya semoga berjaya dunia dan akhirat.

1 comment:

bintuKhair said...

Salam KaK Zu..
Apa tajuk baru PHD akak?