"Kenapa saya nak masuk UMNO adalah sama dengan kenapa enti amik PHD" kata seorang kenalan saya yang berhasrat untuk masuk UMNO bersama "ulama2-ulama muda" dan mengajak saya untuk turut serta bersama UMNO atau lebih tepat PUTERI UMNO.
Baginya dia mahu dan perlu masuk UMNO untuk berdakwah. Dia juga fikir kerana dakwah saya ambil PHD. Saya katakan padanya tanpa PHD pun saya boleh berdakwah dan memang berdakwah (walaupun tidak seberapa). Lalu dia meneka "kerana ilmu tak mungkin", kerana tanpa PHD pun boleh cari ilmu". "Atau kerana UIA suruh", ujarnya lanjut.
KENAPA SAYA BELAJAR/AMIK PHD?
Jujurnya saya ambil PHD kerana sudah taqdir saya untuk menempuhnya sama seperti berkahwin dan mempunyai anak-anak. Nak tak nak kena lalui. Tepatnya, kerana itulah syarat untuk menjadi pensyarah.
Kalau untuk berdakwah, untuk ilmu tanpa PHD pun kita boleh berdakwah dan mencari atau memberi ilmu. "PHD" bagi saya hanya satu lesen yang diciptakan entah sejak bila..(kena kaji la kalau nak tau).
Cuma BA,MA dan PHD ni adalah lanjutan daripada sistem persekolahan kita dari tadika, sekolah rendah, menengah, matrikulasi, universiti. Pada hemat saya semuanya untuk "senaman otak".
Bagi saya, senaman otak itu penting sebagai tanda kita menghargai kuriaan Allah kepada kita. Lumrahnya orang yang kuat membuat "senaman otak" pasti akan berjaya dalam hidupnya. namun senaman otak itu juga mempunyai pelbagai corak dan jalan, tidak semestinya kita memilih jalan biasa seperti laluan BA, MA dan PHD.
Apa sebenarnya PHD?
PHD atau Doctor of Philosophy atau doktor falsafah adalah tahap pengajian tertinggi dalam bidang akademik. Manakala Prof.(kemudian jadi junior atau senior) adalah status tertinggi sebagai ahli-akademik. Ada juga yang mendapat "Prof" tanpa "Dr"(PHD) kerana mereka membuat kajian yang banyak dan (mungkin) berkualiti sehingga melayakkan mereka mendapat status tersebut.
Dulu saya menyangka, semakin tinggi kita belajar tentulah semakin banyak ilmu kita. Bagi saya yang sedang mengharungi PHD dan telah melalui fasa BA dan MA, ia adalah satu tanggapan yang silap. Yang benarnya apabila kita menyambung pelajaran ke MA dan PHD ilmu kita akan lebih mendalam dan kita akan lebih kritis dalam menilai.
Kalau nak cari ilmu banyak2, seeloknya carilah ketika usia masih muda. Kerana masa muda kita biasanya segar-bugar, semangat pun berkobar-kobar, "hardisk" otak pula mampu menampung banyak 'gigabyte' maklumat.
Bila dah berumahtangga, kita banyak tanggungjawab. Banyak perkara perlu dikirkan dan diuruskan. hal suami, anak2, hal rumah...hal itu, hal ini...
BA biasanya mengambil masa selama 4 tahun, MA biasanya 2 tahun, PHD biasanya 3 tahun.
BA waktunya kita didedahkan dengan pelbagai ilmu dan maklumat. MA kita mula "menjurus" ke bidang tertentu. PHD kita boleh memberi sumbangan "baru" dalam bidang ilmiah.
BA kita belajar banyak pelajaran, setiap semester pelajaran berbeza. MA, kita hanya ambil lebih kurang sepuluh matapelajaran beserta kajian atau hanya kajian semata-mata. PHD biasanya kita hanya membuat kajian, walaupun ada universiti yang menawarkan matapelajaran. Semuanya bergantung kepada acuan universiti masing-masing.
Secara ringkasnya, PHD tidaklah membawa makna yang begitu besar dalam hidup saya kerana yang lebih besar ialah redho ILAHI.
Semoga Allah meredhoi saya, anda dan kita semua.

No comments:
Post a Comment