Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, July 25, 2010

HIRE & FIRE: Keluh-kesah dunia akademik

"Zu kalau di UK kami menggunakan istilah hire dan fire." Ujar kenalan saya yang pernah belajar di UK.

Semalam, apabila saya masuk kelas Metodologi Penyelidikan untuk calon-calon MA dan PHD UM, saya diberitahu oleh pensyarah yang menyampaikan tajuk berkaitan pengenalan kepada penyelidikan bahawa sewaktu di UK beliau telah diberitahu oleh penyelia PHD-nya 90% daripada pensyarah-pensyarah tidak membaca tesis pelajar dari A-Z sebaliknya hanya "Introduction", "Conclusion" dan beberapa bahagian dalam "Chapter". Menurut beliau, penyelianya berkata demikian setelah pulang dari satu seminar dan dalam seminar itu dia dapati 90% pensyarah-pensyarah tidak memeriksa tesis dengan sempurna. Tambahnya lagi, dia mahukan yang terbaik untuk orang yang diselianya, justeru dia begitu teliti memberi komen dan teguran terhadap pensyarah tadi.

Speaker/pensyarah tersebut menambah, memang didapati ramai pensyarah tidak membaca tesis dengan sempurna, risiko ditanggung pelajar kerana mungkin akan gagal dalam tesisnya. Katanya lagi, dia tidak termasuk dalam golongan itu kerana dia suka membaca dan memeriksa tesis dan tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk membacanya.

Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh speaker tadi, teringat saya kata-kata kenalan saya, kita HIRE penyelia dan mereka dibayar untuk menyelia. Jika mereka buat endah tak endah kita patut FIRE mereka. Apa pendapat anda?


No comments: