Islamic Widget

PEMBACA

Friday, July 23, 2010

Apa sebenarnya: "Kenapa Saya Masuk UMNO"

"Kenapa saya masuk UMNO adalah sama jawapan kenapa enti ambil PHD" ujar seorang kenalan saya melalui YM. Baginya dia akan menyusul ulama muda 40 untuk masuk parti politik UMNO.
"Saya dah bincang dengan beberapa orang termasuk Dr.Asri Zainal Abidin, Dr.Azwira..." lebih kurang begitu jawapannya apabila saya bertanya kenapa dia nak menyertai parti politik UMNO. Kiranya dia telah berbincang dengan dua orang yang pernah/menjadi mufti Perlis.

"Saya baru nak ajak enti masuk Putri UMNO". Ujarnya lagi
"Kalau nak masuk, dah lama saya masuk sebab abah saya ketua kampung dan ketua UMNO cawangan". Lagipun Dato' Dr. Mashitah pun pernah minta tolong saya untuk jadi PA nya ketika pilihanraya 2004 di Baling Kedah". Jawab saya.
"Baguslah macamtu, lagi baguih". Ujarnya.

Kemudian "chatting " kami menjadi semakin hangat dengan hujah -hujah daripada dia dan saya.

Ini bermakna rakan saya telah mendapat persetujuan daripada bekas Mufti Perlis DR.MAZA untuk menyertai UMNO walaupun DR.MAZA sendiri masih tidak menyertai mana-mana parti politik.

Secara zahirnya kita dapat tahu jawapan kenapa ulama-ulama muda masuk parti politik UMNO adalah kerana mahu berdakwah dan medan dakwah dalam UMNO terbuka luas. Ada yang memberi jawapan kerana parti PAS sudah sarat dengan ulama-ulama, justeru mereka memilih parti UMNO untuk berbakti.

Ada juga kenalan saya yang membuat telahan ulama-ulama muda menyertai UMNO kerana wang. Saya menafikannya, dan memberikan jawapan bahawa mereka tidak dibayar UMNO untuk menyertai mereka...mereka tidak dibeli...mereka tidak mendapat sesen pun untuk masuk UMNO.

Mungkin mereka ikhlas untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara apabila masuk UMNO sebagaimana ikhlasnya abah saya yang berkhidmat untuk UMNO. Abah saya yang suka kerja-kerja kemasyarakatan memilih UMNO sebagai wadah untuk berbakti kepada masyarakat, walaupun berkali-kali saya menisahatinya bahawa tanpa masuk UMNO pun boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Mereka yang masuk UMNO dikalangan ulama muda yang terpampang wajah-wajah dan nama-nama mereka di dada-dada akhbar adalah kenalan saya juga. Ustaz Fathul Bari lulusan BA Madinah dan MA Jordan adalah pelajar PHD UIAM yang saya pernah berhubung untuk meminjam buku yang sukar didapati. Ustaz Fadhlan Othman, pensyarah di UKM adalah juga merupakan lulusan BA Madinah, dan pelajar PHD UIAM juga adalah kenalan saya yang amat baik, yang sudi membantu saya berkaitan ilmu.

Saya terkejut dan sedih apabila "ulama muda" seperti mereka masuk UMNO sebagaimana sedihnya saya apabila abah dan Dr. Mashitah memilih untuk berkecimpung dengan UMNO.

Saya tahu fikrah mereka. Cuma saya tidaklah terlalu kenal peribadi mereka. Begitu juga DR.MAZA yang merupakan lulusan PHD UIAM dalam bidang yang sama dengan saya bidang Hadis, selalu saya ikuti kuliyah dan syarahannya ketika zaman BA saya. Sehinggakan ada pensyarah di jabatan saya yang juga seangkatan "PHD" nya dengan DR.MAZA bertanya: "Jadi dulu enti pengikut DR. Asri, sekarang tidak lagi?". "Bukan begitu Dr, saya tidak pernah menjadi pengikutnya." Begitulah kira-kiranya bunyi jawapan saya. Saya lebih meminati pendekatan yang dibawa oleh UZAR (Ust. Zaharudin Abd Rahman) dalam hal-hal pemikiran agama berbanding pendekatan DR.MAZA dan rakan-rakan seperjuangannya.

Mengenali mereka dan sama bidang dengan mereka tidak bererti saya sefikrah mereka dan ikut serta menyertai Putri UMNO kerana saya tidak minat berpolitik. Tidak minat berpolitik tidak bererti saya tidak mengambil tahu atau tidak perlu tahu hal-ehwal politik kerana ia sebahagian daripada hidup kita.

Saya hampir-hampir menceburi politik jika saya teruskan hasrat membantu DR.Mashitah sewaktu pilihanraya Baling 2004. Abah tentulah orang yang paling gembira. Setelah mendapat pelbagai nasihat dan pandangan, ternyata pandangan ALBAZRAH ketika itu amat berkesan untuk saya membuat keputusan untuk berkata MAAF dan TIDAK kepada DR.Mashitah. Alhamdulillah, Dr.Mashitah tidak mendesak dan berfikiran terbuka dengan keputusan saya. Dan sesekala jika ada peluang memang kami bersemuka, walaupun tak sempat bersua ketika perkahwinan saya pada tahun 2007, dia datang kerumah saya dengan membawa hadiah yang istimewa.

Buat masa ini saya selesa begini, tidak berpolitik...tapi saya tidak tahu masa depan saya.....sesekali saya berseloroh dengan suami "mana tahu suatu hari nanti saya bertanding dengan DR. Mashitah untuk pilihanraya parlimen Baling".
Moga Allah berikan yang terbaik buat saya, buat mereka, anda dan kita semua. Amin.


No comments: