Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, July 4, 2010

Pembentangan Proposal PHD: 2/7/2010

2/7/2010 adalah tarikh saya membentangkan dan "mempertahankan" kertas cadangan penyelidikan PHD saya. Saya merupakan calon pertama, manakala seorang lagi pelajar lelaki MA lulusan Jordan adalah calon kedua. Pembentangan saya adalah dalam bahasa Arab manakala calon kedua dalam bahasa Melayu.

Saya perlu berhujah dengan tuntas untuk mempertahankan kertas kajian saya apabila disoal bertalu-talu oleh 2 orang pensyarah Arab dan 3 orang pensyarah Melayu. Sebelum ini saya tidak pernah melihat pembentangan kertas cadangan penyelidikan calon2 lain. Namun saya bersyukur kerana dengan izin Allah saya dapat mempertahankan kertas cadangan saya untuk dijadikan kajian PHD. Hanya terdapat sedikit pembetulan kecil (minor correction) yang saya perlu lakukan aitu pengolahan semula "ayat tajuk" tesis dan beberapa bahagian pada "rangka bab".

Apa yang penting adalah apa yang disebutkan oleh beberapa orang pensyarah sebagai nasihat kepada calon kedua dan pelajar2 lain tentang kepentingan "literature review"/kajian sorotan. Pelajar dikehendaki mengkaji, menggali dan mencari kajian sorotan atau kajian2 lepas berkaitan dengan tajuk yang kita mahu jadikan kajian dengan dengan teliti. Ini kerana terdapat kes dimana calon PHD UKM membuat tajuk serupa dengan calon MA UM. Kajian calon UKM tersebut diperiksa oleh penyelia calon MA UM yang terlebih dahulu menyiapkan tesisnya walaupun pelajar PHD UKM yang terlebih dahulu mendaftar tajuk itu (menurut penyelia/pemeriksa tersebut). Justeru, pelajar PHD UKM itu perlu membuat "major correction"...

Setiap langkah hidup kita ini pasti ada ujiannya, dan ujian pelajar dalam menghadapi dan mengharungi MA dan PHD ini pelbagai ragam.

Kepada saya dan anda semua calon2 MA dan PHD semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Amin.

No comments: