Islamic Widget

PEMBACA

Thursday, December 31, 2009

PERKAHWINAN: ANTARA ADAT DAN SYARIAT

MUSIM CUTI SEKOLAH DAN CUTI2 UMUM ADALAH TARIKH YANG SIBUK BAGI KELUARGA YANG MELANGSUNGKAN MAJLIS PERKAHWINAN.

KALENDAR ABAH SAYA AKAN SENTIASA PENUH DENGAN JADUAL2 MAJLIS KAHWIN.

(AKAN BERSAMBUNG)

POLITIK KAMPUS

SAYA BUKANLAH POLIKUS. TIDAK PULA TERLALU BERMINAT DENGAT POLITIK. SEKADAR AMBIL TAHU HAL EHWAL SEMASA BERKAITAN POLITIK KERANA IA SEBAHAGIAN DARIPADA KEHIDUPAN KITA. BAHKAN SUBJEK INTRODUCTION TO POLITICAL SCIENCE ADALAH SUBJEK YANG PALING COROT SAYA DAPAT KEPUTUSANNYA KETIKA TAHUN KEDUA IJAZAH SARJANA MUDA.

NAMUN SEMASA DI KAMPUS UIAM SAYA PERNAH TERLIBAT DENGAN KERJA-KERJA DISEBALIK TABIR POLITIK KAMPUS. PERNAH MENYERTAI DEMONSTRASI AMAN BERKAITAN AUKU. PERNAH TURUN PADANG MENGGANTUNG POSTER-POSTER CALON. PERNAH TERLIBAT DENGAN BEBERAPA PROGRAM.

ABAH SAYA KURANG BERSETUJU BILA SAYA TERLIBAT DENGAN PROGRAM2 ANJURAN POLITIK KAMPUS YANG DIBAYANGI POLITIK SEBENAR.

KETIKA ZAMAN SAYA, ADA WUFI, PKPIM DAN SAHABAT. SEMUANYA DIBAYANGI PARTI2 POLITIK TERTENTU.

SERONOK JUGA BERPOLITIK, TAPI SAYA TIDAK MERASAKAN YANG SAYA DILAHIRKAN UNTUK SERIUS DALAM POLITIK. TAK SERASI DENGAN JIWA.

SEKARANG SAYA KURANG PRIHATIN DENGAN POLITIK KAMPUS. CORAK PERTANDINGAN CALON2 PUN KELIHATAN BERBEZA DENGAN ZAMAN SAYA. ADAKALANYA TIDAK ADA PERTANDINGAN.

PADA FIKIRAN SAYA, CALON2 KEBANYAKANNYA ORANG2 YANG DIKENALI RAMAI, POPULAR. MACAM POLITIK MALAYSIA JUGA, POPULARITI PENTING UNTUK KEMENANGAN. TAPI YANG LEBIH PENTING SENARIO POLITIK ADALAH POLITIK KEPARTIAN, BUKAN KEPERIBADIAN.

KADANGKALA SEDIH JUGA TENGOK SEGELINTIR RAKAN2 YANG TERLALU SIBUK DENGAN POLITIK KAMPUS TETAPI TIDAK TERLALU SERIUS DENGAN PELAJARAN. MUNGKIN MEREKA LEBIH MENJIWAI KERJA2 PRAKTIKAL DALAM POLITIK DARIPADA MENGUASAI ILMU DAN PELAJARAN YANG LEBIH BERSIFAT AKADEMIK DAN TEORI.

WALAUPUN RAMAI YANG MAMPU MENGIMBANGI DUNIA POLITIK DAN AKADEMIK, TETAPI TIDAK RAMAI YANG BOLEH TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG CEMERLANG. HANYA SEGELINTIR SAHAJA YANG MAMPU. MANAKALA YANG CEMERLANG PULA KEBIASAANNYA HANYA MENUMPU AKADEMIK, KURANG BERPERSATUAN APATAHLAGI YANG BERPOLITIK.

MUNGKIN KERANA MINAT, KECENDERUNGAN DAN KESEDARAN MASING2 MENJADI PENYEBAB SESEORANG ITU LEBIH SUKA BELAJAR ATAU BERPOLITIK.

Wednesday, December 30, 2009

email: A letter of Abraham Lincoln

This letter is written
by the great American President Abraham Lincoln to the teacher of his Son. Very
inspiring and sometime in life you might need to give it to your children to
read...

"My son starts school today. It is
all going to be strange and new to him for a while and I wish you would treat
him gently. It is an adventure that might take him across continents. All
adventures that probably include wars, tragedy and sorrow. To live this life
will require faith, love and courage.

So dear Teacher, will you please take him by his hand and teach him things he
will have to know, teaching him - but gently, if you can. Teach him that for
every enemy, there is a friend. He will have to know that all men are not just,
that all men are not true. But teach him also that for every scoundrel there is
a hero, that for every crooked politician, there is a dedicated leader.

Teach him if you can that 10 cents earned is of far more value than a dollar
found. In school, teacher, it is far more honorable to fail than to cheat.
Teach him to learn how to gracefully lose, and enjoy winning when he does win.

Teach him to be gentle with people, tough with tough people. Steer him away
from envy if you can and teach him the secret of quiet laughter. Teach him if
you can - how to laugh when he is sad, teach him there is no shame in tears.
Teach him there can be glory in failure and despair in success. Teach him to
scoff at cynics.

Teach him if you can the wonders of books, but also give time to ponder the
extreme mystery of birds in the sky, bees in the sun and flowers on a green
hill. Teach him to have faith in his own ideas, even if every one tell him they
are wrong.

Try to give my son the strength not to follow the crowd when everyone else is
doing it. Teach him to listen to every one, but teach him also to filters all
that he hears on a screen of truth and take only the good that comes through.

Teach him to sell his talents and brains to the highest bidder but never to put
a price tag on his heart and soul. Let him have the courage to be impatient,
let him have the patient to be brave. Teach him to have sublime faith in
himself, because then he will always have sublime faith in mankind, in God.

This is the order, teacher but see what best you can do. He is such a nice little
boy and he is my son.

Regards,

Lincoln.

Saturday, December 26, 2009

Batuk Berdarah 13.11,2009

Diuji dengan pelbagai jenis sakit telah sebati dengan saya sedari kecil. Mungkin ia penghapus dosa, mungkin ia ujian, mungkin juga balasan dari Tuhan terhadap dosa-dosa yang saya lakukan.

Samada sakit berkaitan fizikal yang seringkali dialami, saya juga pernah melalui sakit berkaitan spiritual ketika sebelum MA dan sewaktu MA. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan saya berjaya disembuhkan selepas berikhtiar dengan pelbagai jenis perubatan (alopati, homeopati, alternatif, bomoh, dan rawatan sendiri).

Masih saya ingat ketika semester pertama Ijazah Sarjana Muda, saya pernah dinasihatkan oleh rakan untuk cuti semester tersebut untuk semata-mata berubat. Dia khuatir melihat keadaan saya. Dia khuatir sekiranya saya menjadi seperti kenalannya yang hampir gila kerana tanda2 yang saya alami adalah sama dengan kenalannya itu. Namun, saya menjelaskan bahawa saya tidak boleh cuti semester itu kerana selain daripada semester yang sudah berjalan hampir separuh, saya adalah staf UIAM yang terikat dengan tempoh cuti belajar yang perlu dihabiskan dalam tempoh 2 tahun. Akhirnya Alhamdulillah, saya berjaya laluinya walaupun dalam keadaan sakit dan sukar.

Kemudian sihat dan sakit sudah menjadi kebiasaan. Yang luar biasa sewaktu hamil anak kedua saya mengalami tumpah darah yang banyak hingga terpaksa dibedah.

Pada 13.11.2009 bulan lepas sekali lagi saya mengalami sakit yang luar biasa iaitu batuk berdarah yang tidak henti2 selama setengah jam. Darahnya hampir semangkuk. Bayangkan, dalam keadaan sakit begitu, anak saya Zuhair pula kelaparan sementelah dia hanya menyusu badan. Keengganannya terhadap susu botol menambahkan kerumitan ditambah dengan masalah susu badan saya yang kurang.

Selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Selayang, saya pulang hanya dengan pesan. Pesan doktor, jika perkara sama berulang pergi ke hospital lagi. Tanpa ubat. Hanya setelah melakukan ujian darah dan x-ray, saya didapati normal. Doktor tidak pun mengambil darah batuk yang saya bawa untuk diuji. Kata doktor, mungkin luka dalaman atau darah terlalu cair.

Namun, saya masih sering sakit dada dan tekak. Selalu batuk berkahak. Kahak yang sudah berwarna kekuningan. Setelah dibuat ujian perubatan, saya didapati normal. Berat badan juga naik 6kg (dari hanya kebiasaan 46kg ke 52kg). Alat penimbang tu betul ker????

Selera makan juga seperti biasa. Saya memang sentiasa lapar kerana menyusu badan. Sering juga dikomen suami, banyak makan tapi kurus juga.

Saya perlu mendapatkan rawatan dari hospital lain pula. Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang perlu saya lakukan tertangguh terutamanya hal2 berkaitan PHD. Anak yang sentiasa manja dan menyusu badan benar2 menguji kesabaran.

Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

Musim batuk dan demam?

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN
(Sumber: http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-183609-page-2.html)

BATUK adalah keluhan yang kerap membawa pesakit berjumpa doktor. Selalunya batuk akan hilang dengan sendirinya selepas lebih kurang seminggu. Ia juga kerap berlaku semasa seseorang mengalami selesema.

Batuk sebenarnya merupakan petanda baik bahawa badan kita berfungsi dengan normal. Ia adalah cara badan bertindak balas mempertahan dan melegakan dirinya daripada bahan-bahan perengsa yang tersekat di dalam saluran pernafasan.

Kebelakangan ini berlaku peningkatan kes demam dan batuk yang dirawat di klinik-klinik dan hospital. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca sekarang hujan dan panas yang tidak menentu.

Batuk adalah satu gejala atau simptom yang disebabkan oleh permasalahan berkaitan saluran pernafasan, paru-paru atau jantung.

Batuk yang berserta dengan demam biasanya disebabkan oleh jangkitan pada sistem pernafasan. Jangkitan biasanya disebabkan oleh virus atau bakteria, ujar Kol (B) Dr. Abd. Rahman Mohd. Ali.

Pakar Runding Perubatan dan Kardiologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan, Shah Alam, Selangor itu memberitahu, ada dua jenis batuk iaitu batuk yang kering atau juga dikenali sebagai batuk tidak produktif dan batuk yang berkahak (produktif).

Batuk kering biasanya disebabkan oleh iritasi atau radangan saluran pernafasan seperti radang tonsil, radang kerongkong (faringitis), radang trakea atau bronkus (bronkitis).

Manakala batuk yang berkahak biasanya dikaitkan dengan radang paru-paru (pneumonia), radang bronkus (bronkitis) dan paru-paru berair (edema pulomonari).

Menurut Dr. Abd. Rahman, pembentukan kahak adalah proses normal sel-sel kahak di saluran pernafasan untuk melembapkan dinding saluran pernafasan.

Ia juga bertujuan memerangkap debu dan partikel kuman yang memasuki saluran pernafasan sebelum disingkirkan keluar melalui suatu bentuk hembusan keras iaitu batuk.

Bagaimanapun, tindak balas ini menjadi berlebihan dan mengeluarkan kahak yang banyak bila berlaku iritasi atau jangkitan pada saluran pernafasan, jelas beliau.

Tambahnya, kahak yang banyak ini merangsangkan batuk.

Warna kahak, kata Dr. Abd. Rahman, biasanya putih. Bila radangan saluran pernafasan disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, ia akan bertukar menjadi kekuning-kuningan, hijau atau karat.

Ada kalanya kahak itu berdarah (hemoptysis). Ini biasanya berpunca daripada kecederaan dinding saluran pernafasan, radang paru-paru atau ketumbuhan.

Sempena kita berada di dalam bulan Ramadan, ubat-ubat yang diberikan bolehlah diambil selepas berbuka hingga sahur, mengikut sukatan yang diberikan.

Tetapi jika batuk agak teruk dan memerlukan pengambilan ubat waktu siang, pesakit dinasihatkan tidak berpuasa.

Ini kerana, kata Dr. Abd. Rahman, disebabkan oleh tidak minum air semasa berpuasa pada waktu siang, kahak menjadi lebih pekat dan susah dikeluarkan.

Akibatnya, ia akan memanjangkan batuk pesakit. Jadi dinasihatkan untuk minum air yang banyak pada waktu sahur dan sesudah berbuka. Ini turut membantu meredakan demam.

Bagi pesakit yang menghidapi batuk dan demam yang berlarutan lebih dua minggu lamanya, nasihat beliau, mereka perlu membuat pemeriksaan lanjut.

Doktor akan melakukan ujian lanjutan untuk mengenal pasti punca batuk. Pemeriksaan lanjutan merangkumi sinar-X dada, pemeriksaan kahak, ujian fungsi pernafasan serta pemeriksaan darah.


Rawatan

ADALAH diingatkan, ubat batuk tidak merawat punca batuk, ia hanya melegakan batuk. Apabila seseorang mengalami batuk dan demam, adalah disarankan agar mereka berjumpa dengan doktor, yang akan menentukan punca batuk dan rawatan sewajarnya.

Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu untuk menghentikan batuk (supresan batuk) dan untuk merangsang dan mencairkan kahak atau mukus (perangsang batuk).

Lazimnya, doktor akan memberikan supresan batuk jika batuk itu kering dan menyebabkan rasa sakit di dada semasa batuk.

Ubat ini dapat mengurangkan desakan untuk batuk dengan menyekat pusat kawalan batuk di dalam otak.

Sementara itu, jika batuk berkahak dan kahak susah dikeluarkan, doktor akan memberikan perangsang batuk atau mucolator.

Dengan ini, ia akan membantu membersihkan saluran udara dari sebarang perengsa bagi memudahkan kahak dibatuk keluar.

Sesetengah ubat batuk mengandungi kedua-dua supresan dan perangsang. Supresan mengurangkan kekerapan batuk manakala perangsang menolong mencairkan mukus.

Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini, ia akan membuat batuk anda lebih produktif dengan mengeluarkan lebih banyak kahak dan mukus, menjadikan anda terasa lebih selesa.

Lain-lain rawatan

- Ubat hisap (gula-gula berubat) hanya memberikan kelegaan pada kerongkong.

- Ubat bronkodilator akan digunakan apabila didapati ada penyempitan saluran pernafasan seperti yang berlaku pada pesakit asma dan bronkitis. Ubat ini akan mengembangkan saluran pernafasan dan akan melegakan batuk.

- Sedut wap bermentol untuk melembapkan dinding saluran pernafasan. Kristal mentol dimasukkan ke dalam air panas dan pesakit diminta menyedut wapnya melalui mulut.

- Antibiotik akan diberikan sekiranya batuk itu didapati berpunca daripada jangkitan bakteria.


Punca batuk berlarutan


- Radang paru-paru (pneumonia)

- Penyakit tuberkulosis (TB) paru-paru

- Jangkitan kuman atipikal

- Jangkitan kulat di paru-paru

- Paru-paru bernanah

- Lelah (asma) yang belum dikenal pasti sebelumnya

- Penyakit Penyempitan saluran pernafasan yang kronik (COPD)

- Ketumbuhan (Kanser paru-paru, kerongkong atau bronki)

- Paru-paru berair disebabkan oleh kegagalan jantung

- Penyakit refluks gastroesofageal (GERD)

Jika batuk dan demam tidak dirawat pada peringkat awal, ia boleh mengakibatkan komplikasi seperti septisemia di mana kuman merebak ke dalam saluran darah.

Pesakit juga akan mengalami kegagalan fungsi pernafasan, kegagalan organ-organ lain seperti buah pinggang, jantung dan hati sehingga boleh membawa maut.

Oleh itu, adalah penting, jika mengalami batuk dan demam yang berlarutan segeralah berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan.

Amalan membeli ubat batuk dari kedai ubat atau farmasi tanpa mendapat nasihat daripada pengamal perubatan boleh memudaratkan keadaan.

Pencegahan

Kebanyakan punca batuk dan demam adalah disebabkan oleh jangkitan kuman sama ada kuman virus atau bakteria yang merebak melalui udara.

Contohnya, apabila seseorang penghidap jangkitan paru-paru batuk atau meludah di tempat-tempat awam, dia akan batuk keluar kuman ke udara dalam bentuk titisan air liur.

Titisan ini kemudiannya akan dihidu oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan berpotensi untuk menjangkiti kuman tadi.

Oleh itu adalah menjadi amalan yang baik bila kita mempunyai jangkitan saluran pernafasan agar tidak meludah merata-rata, jangan pergi ke kawasan keramaian serta, menutup mulut dan hidung bila batuk di kawasan awam.

Begitu juga jika ada sesuatu wabak berlaku, orang awam tidak digalakkan pergi ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.

Ada vaksin yang boleh diambil untuk mencegah kita daripada dijangkiti oleh kuman virus tertentu seperti vaksin pneumokokus yang disyorkan kepada bakal-bakal jemaah haji.

Tip pengurusan sendiri batuk

- Sebelum mengambil sebarang ubat batuk, pastikan anda tidak alah kepada mana-mana ramuan yang terkandung di dalam ubat tersebut.

Kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap yang mengandungi gula. Kalau boleh, pesakit diabetes harus mengelakkan pengambilannya.

Ada sesetengah ubat batuk mengandungi pseudoephedrine yang boleh menambah tekanan darah. Justeru, pesakit tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini.

- Patuhi arahan ubat yang diberikan oleh doktor mengikut jadual terutamanya antibiotik.

- Untuk batuk yang produktif (batuk yang mengeluarkan mukus) minumlah lebih banyak air terutamanya air suam, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana air dapat mencairkan mukus dan melegakan sakit tekak. Mandi dengan air panas kerana wap dapat mencairkan mukus.

- Untuk batuk bukan produktif (batuk kering), banyakkan minum air atau, minum minuman panas seperti teh limau dan madu untuk melegakan tekak.

Anda juga boleh mencampurkan satu bahagian jus limau dengan dua bahagian madu. Jangan berikannya kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.

- Elakkan daripada makanan berminyak.

- Banyakkan memakan sayur-sayuran.

- Ambil vitamin C tambahan.

- Jika batuk itu kering dan kahak pekat, amalkan menyedut wap bermentol.

Berjumpa doktor sekiranya

- Gejala berterusan lebih seminggu.

- Batuk menjadi semakin teruk.

- Batuk diikuti dengan bunyi ronkus, demam, berpeluh pada sebelah malam, mengalami penurunan berat badan atau terdapat darah di dalam mukus.

Friday, December 25, 2009

PANDUAN PEMAKANAN BAYI

SUMBER: http://mpaeds.org.my/Nurse/wean.htm

S1 : Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak?

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna.

S2 : Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan?

4 hingga 6 bulan

S3 : Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan?

Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan.

Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari

S4 : Makanan jenis apakah yang boleh diberi?

Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan dibasuh untuk menentukan kebersihan. Apabila bayi telah biasa mengunyah, selalunya dalam linkungan umur 6-7 bulan, makanan yang sempurna perlu diberikan.

Makanan yang sempurna mengandungi :

1. makanan asas seperti bijirin/bubur nasi

2. bahan makanan protein seperti ikan, telur ayam, daging, kacang-kacang

3. makanan berkhasiat vitamin seperti sayur-sayuran dan/atau buah-buahan

Contoh jadual makanan tambahan :

Umur 3-6 bulan
6-8 pagi Susu ibu
10 pagi Makanan bijirin, susu atau buah-buahan yang dilecek
2 petang

Susu
Bubur atau sup
Puree buah-buahan atau sayur-sayuran

6 petang Susu ibu
Waktu tidur Susu ibu

Umur 6-12 bulan
6 pagi Susu ibu
9-10 pagi Bijirin dan susu atau buah-buahan dengan bubur/sup atau telur rebus
1-2 tengahari

Nasi dan ikan dengan sayur-sayuran hijau atau daging dan puree sayur

3-4 petang Susu atau buah-buahan atau air
5-6 petang Nasi dan kacang-kacang
Pisang lecek
Masa tidur Susu ibu

Panduan jadual diatas patut diubahsuai mengikut jenis-jenis makanan yang terdapat dikawasan-kawasan atau negeri-negeri yang berlainan.

S5 :Bagaimanakah diketahui pemakanan mencukupi untuk pesakit?

1. Sejarah pesakit :

1.1 Pemakanan pesakit dan keluarga dalam masa 24 jam kebelakangan

1.2 Penyakit-penyakit tenat yang boleh mengurangkan berat badan pesakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan

2. Pemeriksaan pesakit :

2.1 Ukuran anthropometri

2.1.1 Berat badan

2.1.2 Ukuran tinggi

Cara-cara untuk menentukan tahap pemakanan anak seperti lilitan pertengahan lengan (mid-armcircumference), ketebalan kulit (skin fold thickness) dan sebagainya boleh juga digunakan.

Malnutrisi dikatakan berlaku apabila berat badan anak kurang daripada – 2SD dalam carta NCHS. (sila lihat apendiks 5). Pertumbuhan terbantut pula terdapat apabila ketinggian anak kurang daripada – 2SD dalam carta ketinggian yang sama.

Bagaimana Cara Menimbang Anak
1.Tentukan mesin timbang dikalibrat
2.Tanggalkan pakaian dan kasut anak
3.Letak anak di atas mesin timbang *

4.Berat badan diambil apabila jarum ukuran berhenti

* Jika anak tidak berdiam diri, maka timbang ibu bersama anak dan seterusnya timbang ibu seorang.

* Berat badan anak = Berat ibu dan anak – Berat ibu.

Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail

Dr. Iean Hamzah Sendut


MASALAH HAID DAN ISTIHADAH (SOALAN DARI SMS)

KALAU DARAH HAID LEPAS 8HARI DAH STOP DAN KITA DAH MANDI HADAS DAN SOLAT, LEPAS 2HARI ADA STAIN SEMULA. SHOULD KITA STOP SOLAT DAN TUNGGU SAMPAI BERSIH AS IT IS CONSIDERED HAID OR KITA CUCI DAN CONTINUE SOLAT AS IT IS CONSIDERED DARAH ISTIHADAH?

NIKMAT SUSAH VS NIKMAT SENANG

SETIAP KESUSAHAN DAN KESENANGAN ITU ADA NIKMATNYA YANG TERSENDIRI. MANISNYA KESUSAHAN, HANYA ORANG YANG PERNAH MELALUINYA MERASAI NIKMATNYA. INDAHNYA KESENANGAN BAGI ORANG YANG TAHU MENGHARGAINYA.

PENGALAMAN MELALUI DETIK KESUSAHAN MENGAJAR ERTI KETABAHAN DAN KESABARAN. NOSTALGIA MELALUI KESUSAHAN SEWAKTU KECIL, DI SEKOLAH MENENGAH DAN UNIVERSITI MASIH ABADI DALAM INGATAN.

SIAPA SEPERTI SAYA YANG PERNAH MERASAI HIDUP BERUMAHKAN BULUH BERATAPKAN RUMBIA. BERMANDIKAN AIR SUNGAI ATAU TELAGA. BERGELUMANG DALAM SAWAH BENDANG. MENJAGA LEMBU SEBAGAI BINATANG TERNAKAN. MENOREH GETAH.

MAKAN PERNAH BERLAUKKAN GARAM DAN MINYAK GORENG IKAN.

SEMASA DI SEKOLAH MENENGAH PERNAH BEKERJA KILANG ROTI DAN KILANG ELEKTRONIK.

SEWAKTU DI UNIVERSITI PERNAH MENJUAL JUBAH, MENJUAL KAD RAYA, KERJA DI KEDAI FOTOKOPI. MAKAN SERING BERKONGSI. KERAP MAKAN MAGGIE. BELI KOMPUTER PUN TERPAKSA BERKONGSI.

INDAHNYA ZAMAN DULU...TERUTAMA ZAMAN BERSAWAH BENDANG SEWAKTU SEKOLAH RENDAH.

MANISNYA KESUSAHAN ITU, WALAUPUN TERASA SUKAR MELALUINYA KETIKA ITU.

TERASA NIKMATNYA BILA DAPAT MINUM MILO SEKALI-SEKALI. APATAHLAGI JIKA DAPAT MAKAN NASI BERLAUKKAN AYAM.

BILA SUSAH, TEKUN PULA BELAJAR DIBAWAH CAHAYA PELITA.

SEKARANG NIKMAT ITU TIDAK DIRASAI LAGI....NIKMAT SENANG SEKARANG LAIN PULA CERITA.

APABILA KEBANYAKAN YANG DIHAJATI MUDAH DITUNAIKAN, NIKMATNYA SUKAR DIRASA. TIAP2 HARI BOLEH MINUM MILO DAN MAKAN AYAM. LALU YANG SUDAH BIASA TIDAK LAGI MENJADI NIKMAT YANG BEGITU BERHARGA.

NAMUN, SYUKUR KEPADA ILAHI YANG MAHA PEMBERI. KERANA DIA SAYA MAMPU MEMBALAS KERINGAT IBU-BAPA. KERANA ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT SIHAT SAYA MASIH MAMPU MELAKUKAN APA YANG SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG ANAK, ISTERI, IBU DAN HAMBA.

YA ALLAH, SYUKURKU KEPADAMU. AMPUNKAN AKU ANDAI KUFUR DENGAN NIKMATMU.


JATUH BUAI JATUH KATIL

AKTIF SUNGGUH ZUHAIR HINGGA JATUH BUAI DAN KATIL KETIKA UMUR SEBENARNYA 5BULAN. BERATNYA HANYA 6.1KG. PAGI TADI UMMI SUAPKAN BANANA CAMPUR SUSU BADAN IBU SUSUAN ZUHAIR. BANANA BRAND GERBER YANG DIBELI DI GIANT. UMMI MASUKKAN SEDIKIT NESTUM BERAS.

ZAKAT

SUDAHKAH KITA MENUNAIKAN ZAKAT BAGI TAHUN INI DAN TAHUN2 LEPAS?
ZAKAT PENDAPATAN, ZAKAT SIMPANAN, DAN ZAKAT2 YANG LAIN.

NISAB BAGI NEGERI SELANGOR PADA TAHUN INI IALAH RM7900.
( http://www.e-zakat.com.my/baru/nisab/nisab.asp). NISAB BERUBAH DARI MASA KESEMASA MENGIKUT PERUBAHAN HARGA EMAS.

MANAKALA MENURUT SUMBER DARIPADA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
(http://zakat.com.my/zakat-saham) NISAB TAHUNAN BAGI 2009 IALAH RM8000 BERDASARKAN NILAI 85 GRAM HARGA EMAS. HARGA EMAS SEMASA IALAH RM 94.12 SATU GRAM.

SELAMAT MENUNAIKAN ZAKAT.

Thursday, December 24, 2009

30 TAHUN????

TAHUN DEPAN USIAKU BAKAL MENGINJAK KE ANGKA 30 PADA 25/3.
BANYAK PERUBAHAN YANG INGIN AKU LAKUKAN.
BANYAK RANCANGAN YANG INGIN AKU LAKSANAKAN.
TETAPI SERINGKALI DIRI YANG LEMAH INI TEWAS DALAM UJIAN.
TEWAS DENGAN UJIAN HAWA NAFSU DAN GODAAN SYAITAN.

SEJAK DULU AKU TIDAK BERSAING DENGAN SESIAPA UNTUK BERJAYA.
AKU HANYA PERLU BERSAING DENGAN NAFSU AMMARAH DAN SYAITAN LAKNATULLAH.
HANYA MEREKA MUSUH KETAT DAN MUSUH SEBENAR AKU.

AKU HARAPKAN TAHUN BARU INI MEMBERIKAN MAKNA HIDUP YANG LEBIH MENDEKATKAN DIRIKU PADA PENCIPTA AKU, ALLAH YANG MAHA ESA.
ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN....

YA ALLAH,
TELAH BANYAK SEKALI NIKMAT YANG ENGKAU KURNIAKAN KEPADAKU,
TETAPI AKUSERINGKALI ALPA DAN LEKA UNTUK MENSYUKURI NIKMATMU,
DENGAN MENGERJAKAN SEGALA SURUHAN DAN MENINGGALKAN LARANGAN.
AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH.
SESUNGGUHNYA AKU HAMBAMU YANG LEMAH....

KUHARAPKAN USIA YANG SEMAKIN MENINGKAT MEMBAWAKU KEPADA PENINGKATAN IMAN DAN AMAL UNTUK BEKAL AKHIRAT,
BUKAN KEARAH KEHANCURAN DAN KEHINAAN PADAMU YA RABB.
BIMBINGLAH AKU KEJALANMU.....


Wednesday, December 23, 2009

TAHUN BARU SERBA BARU

TAHUN BARU HIJRAH INI MENJADI SERBA BARU BAGI KAKAK SULUNG SAYA YANG TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG 6 BERANAK KERANA RUMAHNYA TERBAKAR. KEBAKARAN DIPERCAYAI BERPUNCA DARIPADA LITAR PNTAS.

ALHAMDULILLAH DIA MENDAPAT BANTUAN, SOKONGAN DAN KUNJUNGAN YANG TIDAK PUTUS-PUTUS DARIPADA ORANG KAMPUNG DAN PIHAK2 KEBAJIKAN. SEMENTELAH PULA ABAH KETUA KAMPUNG,YANG IKHLAS BERKHIDMAT UNTUK KAMPUNG. JADI SEGALA URUSAN AGAK PANTAS.

BERSABARLAH MENGHADAPI UJIAN, HIDUP INI IBARAT PUTARAN RODA. ADA SELEPAS TIADA, TIADA SELEPAS ADA SELEPAS TIADA. HILANG SELEPAS ADA.BERGANTI SELEPAS HILANG.....HINGGALAH KE AKHIRNYA.


Thursday, December 17, 2009

WARKAH BUAT ZUHAIR


18.5.2009 GENAPLAH UMUR ZUHAIR 5BULAN,
5BULAN UMUR SEBENAR, 7BULAN UMUR LAHIR.

UMMI BERSYUKUR ZUHAIR MEMBESAR DENGAN SIHAT,
PERKEMBANGAN SEPERTI BAYI NORMAL,
MENIARAP KETIKA UMUR 3BULAN 28HARI,
SEKARANG ZUHAIR MENONGGEK-NONGGEKKAN PUNGGUNG MUNGKIN UNTUK MERANGKAK.
BERPUTAR-PUTAR 360 DARJAH.

TAPI ZUHAIR MASIH MANJA...
MASIH MAHU DIPELUK2, DIDUKUNG2,
SUKA DILAYAN DENGAN MANJA DAN MESRA...
MASIH TAK MAHU HISAP BOTOL,
HANYA MAHU SUSU BADAN...
ZUHAIR SUNGGUH ISTIMEWA BAGI UMMI...

ZUHAIR LAHIR KETIKA MASIH 29MINGGU 3HARI DALAM RAHIM UMMI,
SUDAH TAQDIR ZUHAIR UNTUK MENJENGAH DUNIA KETIKA 7BULAN DALAM KANDUNGAN,
SETELAH UMMI MEMPUNYAI MASALAH "PLACENTA PREVIA",
DITAMBAH DENGAN KEDUDUKAN ZUHAIR YANG SONGSANG,
ZUHAIR TERPAKSA DILAHIRKAN SETELAH UMMI TUMPAH DARAH YANG BANYAK,
UMMI KEHILANGAN DARAH YANG BANYAK SEHINGGA TERPAKSA MENERIMA DARAH ORANG LAIN.
UMMI TERPAKSA DIBEDAH TANPA SEDARKAN DIRI.

UMMI DIBENARKAN KELUAR WAD SELEPAS 3HARI MELAHIRKAN ZUHAIR,
MANAKALA ZUHAIR TERPAKSA DILETAKKAN DIDALAM INKUBATOR BERSAMA BAYI-BAYI YANG LAIN,
SEDIH SANGAT UMMI TENGOK ZUHAIR KETIKA ITU,
SANGATLAH KECIL,
BELUM KELUAR SUARA,
KULIT SANGAT NIPIS DAN BERKEDUT,
SETIAP KALI MELAWAT ZUHAIR RASA NAK NANGIS SANGAT2,
APATAHLAGI BILA TENGOK ZUHAIR MENANGIS TANPA SUARA...
ZUHAIR BUAH HATI UMMI...

MINGU2 PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN UMMI TERASA TERSIKSA
SUKAR MEMBUAT KERJA2
NAMUN APAKAN DAYA, UMMI TERPAKSA TABAH DEMI ABI, ZIYAD DAN ZUHAIR,
HANYA 2 MINGGU PERTAMA UMMI DIJAGA OLEH NENEKMU KEMUDIAN OLEH MAKSUMU,
MINGGU KETIGA UMMI SUDAH MASAK SENDIRI...

HINGGA SEKARANG LUKA PEMBEDAHAN MASIH TERASA
ZUHAIR PULA SEMAKIN AKTIF
SUKA MENENDANG2...
DAN APABILA TERTENDANG PERUT UMMI DAN TERKENA TEMPAT LUKA BEDAH ITU,
MASIH TERASA SAKITNYA.

UMMI HANYA MAMPU MENASIHATI ZUHAIR AGAR TIDAK TERTENDANG PERUT UMMI,
NAMUN ZUHAIR MASIH KECIL,
UMMI MENGERTI BAHAWA ZUHAIR BELUM MENGERTI...

ZUHAIR BUAH HATI UMMI,
UMMI MAHU ZUHAIR MENJADI ORANG YANG BERGUNA UNTUK MASYARAKAT,
BERTAQWA KEPADA ALLAH,
BERBAKTI KEPADA IBU-BAPA.
YANG PENTING ZUHAIR PERLU UTAMAKAN ALLAH MELEBUHI ABI DAN UMMI.

INSYAALLAH,
KETIKA UMMI BERUMUR 13TAHUN NANTI UMMI MAHU HANTAR ZUHAIR KESYRIA...
UMMI MAHU ZUHAIR JADI SEPERTI SALAHUDDIN AL-AYUBI,
ATAU MUHAMMAD AL-FATEH...


TIDURLAH ANAKKU



SMS: AWAL MUHARRAM

HIJRAH HATI DIPALIT RESAH
JIKA PERMULAAN MAZMUMAH DIHATI
HIJRAH JIWA BERSULAM INDAH
ANDAI MAHMUDAH BERSEMI DIHATI
HIJRAH JIWA SUATU PERMUSAFIRAN
JAGALAH DENGAN AMAL DAN TAQWA
SEMOGA TAHUN YANG MENJELANG MEMBAWA KEPADA AMAL YANG BERTAMBAH
AKHLAQ YANG INDAH, IMAN YANG MANTAP DAN HATI YANG SUCI.

Sunday, December 13, 2009

Muslim Women and Modernity: Quran and Sunnah Perspective

SOURCES:http://www.iium.edu.my/irkhs/womenity

Welcome
The Department of Quran & Sunnah Studies, Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences International Islamic University Malaysia has the pleasure to organize a conference on Muslim Women and Modernity: Quran and Sunnah Perspective

Date:
21-22 July 2010.

Venue:
International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur.

Since the advent of Islam in Arabia, the core doctrine of the message is concerned with the status of women and to save them from all kinds of exploitation and humiliation in the community. The role of women in the field of education, maintaining socio-political order and development are dominant in the history of Islam. They equally shared responsibility to defend the country from moral bankruptcy and military onslaught in the hands of those who got the ambition to destroy the social fabric of the community since the time of the Prophet, peace be upon him. At present, negative accusations are being addressed to Muslim women as if Islam confiscates their freedom and marginalizes their role in the peripheral.

This conference attempt to respond to the negative accusation in the hands of orientalists and liberal scholars. In addition, it reveals historical facts and textual evidences on the involvement of women in socio-political, economic and community development. Among crucial issues which need to be addressed are related with leadership, gender equality, inheritance, and significance of Islamic dress code vis-a-vis modernity.

Muslim Women and Modernity: Quran and Sunnah Perspective

Important Dates

1. Deadline for abstract submission: 31 December 2009
2. Announcement of Acceptance: 21 January 2010
3. Deadline for full paper submission: 21 April 2010
4. Conference: 21-22 July 2010

Themes

The themes of the conference are as follows:
1. Gender equality between ancestral culture (ʿādāt), modernity and the true teachings of the Qurʾān and Sunnah.
2. Feminist movement vis-a-vis Islam.
3. Qurʾānic law of inheritance and the share of woman in the property.
4. Political role of women in the light of the Qurʾān and adīth.
5. Malaysian women's role as parliamentarians and the Islamic rulings.
6. Polygamy: pros and cons.
7. ijāb or Niqāb in the light of Qurʾān and Sunnah.
8. Women's economic role and the Qurʾānic guidelines.
9. The status of women in Sunnah.
10. Religious equality of woman.

Languages

Languages of the Conference
Arabic, English and Malay

SUKARKAH JADI PENSYARAH? (LANGKAH SETERUSNYA)

MULAI SEKARANG SAYA PERLU TERUS MENGORAK LANGKAH JIKA MAHU SERIUS DALAM BIDANG INI. JIKA TIDAK, SAYA PERLU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA UIAM DAN KPT (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI) YANG MEMBIAYAI PENGAJIAN MA DAN PHD.

TAPI KITA TIDAK TAHU APA KAN JADI PADA MASA AKAN DATANG. BOLEH JADI BERT UKAR KERJAYA. BOLEH JADI AJAL MENJEMPUT KITA.

NAMUN, SEBAGAI PENSYARAH UIAM SAYA SEDAR TUGAS YANG DIPIKUL BUKAN RINGAN. WALAUPUN TIDAK SEBERAT TUGAS SEORANG DOKTOR, SAYA PERLU FOKUS DALAM KERJAYA INI DAN CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK DEMI UNTUK SEMUA. UNTUK DIRI, JABATAN, KULIYYAH, UNIVERSITI, ORANG AWAM...DAN YANG PALING PENTING DEMI AGAMA ISLAM TERCINTA.

APA SEBENARNYA TUGAS PENSYARAH?
TUGAS PENSYARAH BUKAN HANYA MENGAJAR. TUGAS-TUGAS UTAMA PENSYARAH TERMASUKLAH MEMBUAT PENYELIDIKAN, MENJADI PENYELIA TESIS PELAJAR2 MA@PHD, MEMBENTANG KERTAS KERJA DALAM SEMINAR2 DAN LAIN2 KERJA ADMINISTRASI.

PENSYARAH BUKAN HANYA MEMBERI MARKAH KEPADA PELAJAR. MALAHAN PENSYARAH2 UIAM JUGA DIBERI MARKAH OLEH PELAJAR (DALAM BORANG TEACHING EFFECIANCY RATE) DAN OLEH PIHAK UNIVERSITI (DALAM BORANG

ANNUAL PERFORMANCE REPORT UNTUK KENAIKAN GAJI).

SUKARKAH JADI PENSYARAH? (LANGKAH KEDUA)

SETELAH MENDAPAT TAWARAN SEBAGAI GURU SEKOLAH MENENGAH DI SABAH, SAYA MENDAPAT PULA TAWARAN SEBAGAI PEMBANTU PENSYARAH DI UIAM.

SAYA LEBIH BERMINAT UNTUK PERGI KESABAH UNTUK MENJADI GURU. NAMUN SETELAH BERBINCANG DENGAN ABAH DAN MAK, MEREKA MAHUKAN SAYA HANYA MENETAP DI KL. ABAH DAN MAK SEMEMANGNYA TAK KISAH APA JUA KERJA ANAK2 MEREKA, ASALKAN HALAL. DAN YANG PENTING TIDAK BERADA JAUH DARI MEREKA. LALU SAYA TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENERIMA TAWARAN UIAM.

HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU PERASAAN SAYA KETIKA ITU. PERASAAN YANG PALING MENGHANTUI JIWA ADALAH RASA TIDAK LAYAK UNTUK BERGELAR PENSYARAH .

HARI2 AWAL MEMASUKI JABATAN QURAN SUNNAH AMAT MENDEBARKAN. DEBAR DENGAN TUGAS BARU. DEBAR KERANA PERLU BERGAUL DENGAN PENSYARAH2 SAYA SEBELUM INI SEBAGAI RAKAN SEKERJA. RASA MACAM BERDIRI TAK SAMA TINGGI, DUDUK TAK SAMA RENDAH. SAYA ADALAH STAF YANG PALING MUDA KETIKA ITU DAN YANG KEDUA BELUM BERKAHWIN KETIKA ITU.

MA: DI MANA???
OLEH KERANA KULIYYAH IRKHS TUDAK MENGAPLIKASIKAN SISTEM TUTORIAL, JADI SAYA TIDAK PERLU MENGAJAR. TUGAS SAYA YANG UTAMA KETIKA ITU ADALAH MENCARI TEMPAT UNTUK IJAZAH SARJANA (MA). RAMAI JUGA PENSYARAH2 MENGESYORKAN SAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE OVERSEA SAMADA UK, US, ATAU JORDAN. AKHIRNYA SAYA HANYA MEMILIH UIAM KERANA SEKALI LAGI ABAH DAN MAK TIDAK MEMBENARKAN SAYA BERJAUHAN DENGAN MEREKA. SEPERI BIASA, SAYA PATUH KEPADA CAKAP MAK DAN ABAH.

APA SELEPAS MA???
SELEPAS IJAZAH SARJANA, SAYA MENGAJAR SELAMA TIGA SEMESTER PANJANG SUBJEK "SCIENCES OF HADITH". DALAM MASA YANG SAMA SAYA DIBERI TEMPOH 6 BULAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN KEPERINGKAT PHD. DALAM TEMPOH INI JUGA SAYA MEMEGANG TUGAS SEBAGAI IBU KEPADA 2 ORANG ANAK DAN ISTERI KEPADA SUAMI YANG LEBIH JAUH BERUSIA DARI SAYA TAPI SENTIASA AWET MUDA. RAMAI ORANG TIDAK PERCAYA DENGAN UMUR SEBENAR SUAMI SAYA.

SELEPAS MA, JAWATAN SAYA TELAH BERTUKAR DARIPADA PEMBANTU PENSYARAH KEPADA PENSYARAH SELEPAS MELALUI PROSES TEMUDUGA UNTUK KALI KEDUA PADA PERINGKAT KULIYYAH DAN UNIVERSITI. KINI JAWATAN SAYA SUDAH TETAP (PERMANENT) TAPI BELUM CONFIRM. JAWATAN PENSYARAH DI UIAM AKAN HANYA DI CONFIRMKAN SELEPAS BERJAYA MENDAPAT PHD.

SEKALI LAGI SAYA HANYA MEMILIH UNTUK MELANJUTKAN PHD DI DALAM NEGARA IAITU DI UNIVERSITI MALAYA.


SUKARKAH JADI PENSYARAH? (LANGKAH PERMULAAN)

MENJADI PENSYARAH BUKANLAH IMPIAN SAYA SEJAK KECIL. SEJAK KECIL SAYA MEMASANG ANGAN2 UNTUK MENJADI WARTAWAN DAN PEMBACA BERITA TV. SAYA SUKA TENGOK ORANG BACA BERITA TV.

NAMUN APABILA SEMAKIN DEWASA, CITA2 DAN IMPIAN TERPAKSA MENGIKUT ARUS YANG TELAH SAYA LALUI DAN FAHAMI. LALU SAYA MENGEJAR CITA2 UNTUK BERGELAR PENDIDIK SEBAGAI GURU.

MUNGKIN SUDAH SURATAN, SAYA DITAKDIRKAN MENJADI PENSYARAH DAN MELALUI JALAN INI SEJAK FEB 2005 SETELAH MENDAPAT ANUGERAH "ROYAL EDUCATION AWARD 2004", BEST STUDENT ACADEMIC KULIYYAH IRKHS DAN BEST STUDENT CO-CURRICULUM KIRKHS 2004 DALAM KONVOKESYEN 2004.

MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI BUKANLAH TUJUAN SAYA. SAYA BELAJAR DI UIA UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA KERANA BIDANG INI SEOLAH SEBATI DENGAN JIWA SAYA SEJAK KECIL. SAYA BELAJAR AGAMA UNTUK TAHU DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG AGAMA. TAMBAHAN PULA, SAYA SATU2NYA DARIPADA AHLI KELUARGA SAYA YANG MENJEJAKKAN KAKI KE UNIVERSITI. SAYA MAHU MENGGEMBIRAKAN HATI IBU-BAPA SAYA.

NAMUN KENIGINAN UNTUK MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI DAN MENJADI PENSAYARAH PERNAH BERLAKU DALAM LINTASAN HATI SAYA. IA BUKAN NIAT, BUKAN PULA AZAM ATAUPUN ILTIZAM. IA SEKADAR SATU RASA DALAM HATI KECIL.

SAYA PERNAH BERKATA DALAM HATI:"DISEKOLAH RENDAH, AKU MENDAPAT ANUGERAH PELAJAR TERBAIK. DI SEKOLAH MENENGAH AKU PERNAH MENGGEMBIRAKAN HATI IBU-BAPA KERANA MENDAPAT JOHAN PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SETERUSNYA MEWAKILI NEGERI KEPERINGKAT KEBANGSAAN, ALANGAKAH BAGUSNYA KALAU AKU DAPAT MEMBERI KEGEMBIRAAN DENGAN MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI." BISIK KECIL HATIKU. IA BERLAKU KETIKA SAYA MASIH DI PUSAT MATRIKULASI PETALING JAYA.

PADA TAHUN2 AKHIR DI UNIVERSITI PULA HATI SAYA PERNAH BERBISIK:"SERONOKNYA TENGOK PENSYARAH2 UIAM. MEREKA KELIHATAN BERILMU. ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AKU DAPAT MENJADI SEPERTI MEREKA."

SUDAH DITAKDIRKAN SAYA MENDAPAT 3 ANUGERAH PADA KONVOKESYEN 2004 UIAM. UNTUK MENDAPAT ANUGERAH INI, MANA2 PELAJAR BOLEH MENGISI BORANG DENGAN MENYERTAKAN SEMUA SALINAN SIJIL. PADA MULANYA SAYA TIDAK MAHU MENCUBA, NAMUN ATAS DESAKAN BEBERAPA ORANG RAKAN, AKHIRNYA SAYA MENYERAHKAN BORANG KEPADA PIHAK URUSETIA.

APABILA ANUGERAH DIDALAM GENGGAMAN, BIASANYA ORANG AKAN PANDANG KITA TINGGI. APATAH LAGI KERANA MENDAPAT ANUGERAH AKADEMIK TERTINGGI DI UNIVERSITI. HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU PERSAAN SAYA KETIKA ITU. SAYA MALU PADA DIRI SENDIRI KERANA BELUM CUKUP BERILMU. RASA SANGAT TIDAK LAYAK. BAYAK LAGI KEKURANGAN. ANDAI ANUGERAH ITU BOLEH DIPULANGKAN, INGIN SEKALI SAYA PULANGKAN "ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA". CUKUPLAH SAYA MENDAPAT ANUGERAH UNTUK KULIYYAH SAHAJA.

NAMUN, SEGALANYA SUDAH BERLAKU. MUNGKIN ADA HIKMAHNYA. SAYA HANYA BERDOA AGAR SAYA TIDAK LUPA DIRI DAN MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK.

SELEPAS MENDAPAT ANUGERAH, SAYA DICARI OLEH BEBERAPA ORANG. ANTARANYA IALAH DEKAN FAKULTI SAYA YANG MAHUKAN SAYA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENJADI PENSYARAH DI KULIYYAH, JABATAN QURAN DAN SUNNAH. UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN MEREKA, SAYA HANYA AKUR DENGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SEPERTI ORANG LAIN.

TEMUDUGA
SETERUSNYA SAYA PERLU MENJALANI TEMUDUGA SEPERTI BIASA. TEMUDUGA PERINGKAT PERTAMA IALAH DI PERINGKAT KULIYYAH. PENEMUDUGA SEKITAR 8-10 ORANG. SAYA DITANYA DENGAN PELBAGAI SOALAN. YANG PALING TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN IALAH APABILA DEKAN SENDIRI (KEITA ITU DR MAT SOM SUJIMON) MAHU MENGUJI TAHAP BACAAN DAN KEFAHAMAN BAHASA ARAB SAYA. LALU SEORANG PENSYARAH MENGHULURKAN MAJALAH "TAJDID" KEPADA SAYA DAN MEMINTA SAYA MEMBACA HAMPIR SATU MUKA TEKS ARAB. SELEPAS ITU SAYA DITANYA PULA ERTI PERKATAAN "ILMANIYYAH" YANG TERTERA DIDALAM MUKASURAT TERSEUT. LANTAS SAYA MENJAWAB "SECULARISM".

TEMUDUGA SETERUSNYA IALAH PERINGKAT UNIVERSITI. JUMLAH PENEMUDUGA HAMPIR SAMA DENGAN JUMLAH TADI. ORANG PENTING YANG MENEMUDUGA SAYA IALAH TIDAK LAIN TIDAK BUKAN REKTOR KETIKA ITU PROF.DR.KAMAL HASSAN. PROF DARI JABATAN USULUDDIN, JADI ORANGNYA AGAK BERFALSAFAH. SOALAN YANG SAYA TIDAK LUPAKAN IALAH "NEGATIVE ASPECT OF SOCIETY IN IIUM". PROF HANYA MAHU TAHU TENTANG SISI NEGATIF PERSATUAN DI UIAM, BUKAN SISI POSITIF. SESSI TEMUDUGA BERAKHIR DENGAN UCAPAN "GOOD LUCK" DARI REKTOR SENDIRI.

AKHIRNYA SETELAH BEBERAPA MINGGU SAYA MENDAPAT TAWARAN MENJADI "PEMBANTU PENSAYARAH" (TUTOR) DI UIAM. SEBELUM MENDAPAT TWAWARAN INI, SAYA SUDAHPUN MENDAPAT TAWARAN MENJADI CIKGU DI SABAH.

Saturday, December 12, 2009

SEX EDUCATION: WAJARKAH??

APABILA ORANG MENANYAKAN SAYA APA TAJUK PHD SAYA, SAYA AKAN MENJAWAB DENGAN RINGKAS:"SEX EDUCATION IN SUNNAH".

TIDAK KURANG YANG KURANG SENANG DENGAN TAJUK INI. NAMUN MASIH ADA YANG LEBIH TERBUKA APABILA MENDENGARNYA. BAHKAN ADA PENSYARAH SAMBILAN DARI SYRIA YANG SUDI BERKONGSI MAKLUMAT BAHAWA ADA TESIS YANG MENYENTUH TENTANG ISU INI DI UNIVERSITI DIMASYQ. ALHAMDULILLAH...MOGA INFORMASI INI MEMBANTU. DAN SAYA MASIH MENUNGGU PERTOLONGANNYA UNTUK SAYA MENDAPATKAN TESIS TERSEBUT SEBAGAI BAHAN RUJUKAN SOROTAN.


Friday, December 11, 2009

TUNTUTLAH ILMU DI USIA MUDA

USIA MUDA SEHARUSNYA TIDAK DIPERSIAKAN. BERSERONOK PERLU BERPADA-PADA. BERPOLITIK PERLU ADA BATASNYA. BERPERSATUAN PERLU ADA HADNYA AGAR MASA UNTUK MENCARI ILMU BENAR-BENAR DIMANFAATKAN.

Thursday, December 10, 2009

10 TAHUN LAGI SYIAH KUASAI MALAYSIA?

"10 TAHUN LAGI SYIAH AKAN BERLELUASA DIMALAYSIA. KETIKA ITU AKAN BERLAKU PERTEMBUNGAN ANTARA PENGANUT SYIAH DAN SUNNAH." TEGAS SEORANG PENSYARAH UIA BERBANGSA ARAB YANG PRIHATIN DAN KHUATIR DENGAN KEWUJUDAN SYIAH DI MALAYSIA.

EMAIL:SEMOGA BERMANFAAT

SEMOGA BERMANFAAT



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya..

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,

Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu....
=========================================================

Pesona Mata ( permatanya ada padaku )

Rasulullah saww bersabda:

" Akan datang pada manusia suatu zaman yang mana mereka tidak akan menghormati para ulama' mereka kecuali kerana bajunya yang bagus,(Bukan kerana ilmuanya) mereka tidak mendengar al-Quran kecuali dengan suara yang merdu,(Bukan Isi maksudnya)- lihatlah tv sekarang kecoh dgn taranumnya bukan pelajarannya mereka tidak menyembah Allah kecuali pada bulan Ramadhan,(Berpusu org solat di masjid di bulan ramadhan utk solat sunat terawih waktu lainya masjid kensunyian sedangkan yg di kejar itu hanyalah solat sunat yg mana Rasullulah buat di rumah sahaja)

tidak ada rasa malu pada wanita mereka,(lihatlah cara wanita hari ini perpakaian) tidak ada kesabaran pada orang-orang miskin mereka,(sanggup buat apa saja utk mendapatkan harta dan wang) tidak ada kemurahan pada orang-orang kaya mereka,(mereka bimbang jika menderma akan berkurangan harta dan duit) mereka tidak akan puas dengan (bahagian) yang sedikit, mereka tidak akan puas dengan kekayaan yang melimpah.(Tidak bersyukur pada rezeki yg ada)

Mereka akan berusaha (hanya demi perut mereka), agama mereka ialah wang kekayaan, wanita mereka adalah kiblat mereka (arah menyembahan), dan rumah-rumah mereka adalah masjid-masjid mereka,(tdk mahu solat jemaah di masjid) mereka lari menjauhkan diri daripada ulama' sebagaimana anak biri-biri lari menjauhkan diri daripada serigala."

Salam kerinduan atasmu ya habiballah al musthofa shallallahu alaihi wa aalihi wassalam...

Satu kesempurnaan di mata yg melihat,

Ia sungguh cantik, menawan apatah lagi untuk jatuh hati,

Pada sekelip itu kiranya aku bagai terlihat syurga,

Dan apabila aku menyedari dia bukan milikku,

Aku bagai kesal, resah atau mengigit jari saja lagaknya,

Aku berjalan menyusuri jejaknya,

Aku juga tertawa pada diriku, dalam langkah itu,

Tiba di sebatang pohon aku berhenti, fikir,

Permata itu telah lama berada di tanganku,

Aku berpatah balik, berlari, deras..

Aku kejari kembali memori lama

Ia masih di situ, dia lusuh menantiku,

Maafkan aku kerana telah jauh berpaling,

Maafkan aku AhlulBait....

Hadith­ al Qudsi :"Kalau bukan karena Engkau Ya KekasihKu Muhammad Saww, Sungguh AKU (ALLAH AWJ) tidak akan menciptakan Alam semesta"



================================================
Pesan Roh Kepada Manusia
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W..T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wednesday, December 9, 2009

MENGAPA YAHUDI BIJAK

SILA BACA DARI AWAL HINGGA AKHIR.

1) ARTIKEL YAHUDI BIJAK
2) KOMEN TERHADAP ARTIKEL

1) SUMBER:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=70088


Dibawah adalah 1 artikel menarik yg boleh dikongsi bersama2.
Ia adalah terjemahan oleh Dr Stephen Carr Leon.


Disebalik Musibah
Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.
Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.
Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.
Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg ***** (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi *****, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah. Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana ???


2) KOMEN DARI: http://bedtimestorie.blogspot.com/2009/02/who-fish-is-dr-stephen-carr-leon.html

Dr. Stephen Carr Leon
After reading the article, I google-d for Dr Stephen Carr Leon. I was hoping that I could get the English version as the sender of this article claimed he found Dr Leon's article on the web. But, I wasn't surprised when I COULD NOT FIND any English version of this thesis. Do this, and you'll only get a list of all the Malay translated article.

And for this, I may conclude that:
  • Dr Stephen Carr Leon DOESN'T EXIST. Neither does his thesis.
  • An Average Joe wrote this article but he had to claim that it is a thesis so that the article looks like it is proven BY RESEARCH.
  • The moment I read the thesis is entitled "Why the Jews so smart", I knew this is a hoax. The sentence may have semantics, but not the grammar. What happened to "Why the Jews ARE so smart"?? Someone ate the ARE in the process of translation?
  • He wrote this for his PhD?? What the fish. I've never seen a thesis this simple for a PhD level.
I do agree that who-ever wrote this article made some really good points about why those people are clever (let's not generalize ALL Jews). But these are just some healthy lifestyle that are known too many. The only difference is, some practices it, some don't.

To the Average Joe who wrote this article, you've made your point. And yes, people are believing this article by spamming another persons inbox. Oops, sorry Biha! Hehe.

Anyway, if Dr Stephen Carr Leon is REAL and his thesis can be found somewhere, please buzz me. I may have to delete this post then. Haha. But don't attempt to fool me.