Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, December 13, 2009

SUKARKAH JADI PENSYARAH? (LANGKAH PERMULAAN)

MENJADI PENSYARAH BUKANLAH IMPIAN SAYA SEJAK KECIL. SEJAK KECIL SAYA MEMASANG ANGAN2 UNTUK MENJADI WARTAWAN DAN PEMBACA BERITA TV. SAYA SUKA TENGOK ORANG BACA BERITA TV.

NAMUN APABILA SEMAKIN DEWASA, CITA2 DAN IMPIAN TERPAKSA MENGIKUT ARUS YANG TELAH SAYA LALUI DAN FAHAMI. LALU SAYA MENGEJAR CITA2 UNTUK BERGELAR PENDIDIK SEBAGAI GURU.

MUNGKIN SUDAH SURATAN, SAYA DITAKDIRKAN MENJADI PENSYARAH DAN MELALUI JALAN INI SEJAK FEB 2005 SETELAH MENDAPAT ANUGERAH "ROYAL EDUCATION AWARD 2004", BEST STUDENT ACADEMIC KULIYYAH IRKHS DAN BEST STUDENT CO-CURRICULUM KIRKHS 2004 DALAM KONVOKESYEN 2004.

MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI BUKANLAH TUJUAN SAYA. SAYA BELAJAR DI UIA UNTUK MENDALAMI ILMU AGAMA KERANA BIDANG INI SEOLAH SEBATI DENGAN JIWA SAYA SEJAK KECIL. SAYA BELAJAR AGAMA UNTUK TAHU DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG AGAMA. TAMBAHAN PULA, SAYA SATU2NYA DARIPADA AHLI KELUARGA SAYA YANG MENJEJAKKAN KAKI KE UNIVERSITI. SAYA MAHU MENGGEMBIRAKAN HATI IBU-BAPA SAYA.

NAMUN KENIGINAN UNTUK MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI DAN MENJADI PENSAYARAH PERNAH BERLAKU DALAM LINTASAN HATI SAYA. IA BUKAN NIAT, BUKAN PULA AZAM ATAUPUN ILTIZAM. IA SEKADAR SATU RASA DALAM HATI KECIL.

SAYA PERNAH BERKATA DALAM HATI:"DISEKOLAH RENDAH, AKU MENDAPAT ANUGERAH PELAJAR TERBAIK. DI SEKOLAH MENENGAH AKU PERNAH MENGGEMBIRAKAN HATI IBU-BAPA KERANA MENDAPAT JOHAN PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SETERUSNYA MEWAKILI NEGERI KEPERINGKAT KEBANGSAAN, ALANGAKAH BAGUSNYA KALAU AKU DAPAT MEMBERI KEGEMBIRAAN DENGAN MENDAPAT ANUGERAH DI UNIVERSITI." BISIK KECIL HATIKU. IA BERLAKU KETIKA SAYA MASIH DI PUSAT MATRIKULASI PETALING JAYA.

PADA TAHUN2 AKHIR DI UNIVERSITI PULA HATI SAYA PERNAH BERBISIK:"SERONOKNYA TENGOK PENSYARAH2 UIAM. MEREKA KELIHATAN BERILMU. ALANGKAH BAGUSNYA KALAU AKU DAPAT MENJADI SEPERTI MEREKA."

SUDAH DITAKDIRKAN SAYA MENDAPAT 3 ANUGERAH PADA KONVOKESYEN 2004 UIAM. UNTUK MENDAPAT ANUGERAH INI, MANA2 PELAJAR BOLEH MENGISI BORANG DENGAN MENYERTAKAN SEMUA SALINAN SIJIL. PADA MULANYA SAYA TIDAK MAHU MENCUBA, NAMUN ATAS DESAKAN BEBERAPA ORANG RAKAN, AKHIRNYA SAYA MENYERAHKAN BORANG KEPADA PIHAK URUSETIA.

APABILA ANUGERAH DIDALAM GENGGAMAN, BIASANYA ORANG AKAN PANDANG KITA TINGGI. APATAH LAGI KERANA MENDAPAT ANUGERAH AKADEMIK TERTINGGI DI UNIVERSITI. HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU PERSAAN SAYA KETIKA ITU. SAYA MALU PADA DIRI SENDIRI KERANA BELUM CUKUP BERILMU. RASA SANGAT TIDAK LAYAK. BAYAK LAGI KEKURANGAN. ANDAI ANUGERAH ITU BOLEH DIPULANGKAN, INGIN SEKALI SAYA PULANGKAN "ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA". CUKUPLAH SAYA MENDAPAT ANUGERAH UNTUK KULIYYAH SAHAJA.

NAMUN, SEGALANYA SUDAH BERLAKU. MUNGKIN ADA HIKMAHNYA. SAYA HANYA BERDOA AGAR SAYA TIDAK LUPA DIRI DAN MENJADI MANUSIA YANG LEBIH BAIK.

SELEPAS MENDAPAT ANUGERAH, SAYA DICARI OLEH BEBERAPA ORANG. ANTARANYA IALAH DEKAN FAKULTI SAYA YANG MAHUKAN SAYA MEMBUAT PERMOHONAN UNTUK MENJADI PENSYARAH DI KULIYYAH, JABATAN QURAN DAN SUNNAH. UNTUK TIDAK MENGHAMPAKAN MEREKA, SAYA HANYA AKUR DENGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SEPERTI ORANG LAIN.

TEMUDUGA
SETERUSNYA SAYA PERLU MENJALANI TEMUDUGA SEPERTI BIASA. TEMUDUGA PERINGKAT PERTAMA IALAH DI PERINGKAT KULIYYAH. PENEMUDUGA SEKITAR 8-10 ORANG. SAYA DITANYA DENGAN PELBAGAI SOALAN. YANG PALING TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN IALAH APABILA DEKAN SENDIRI (KEITA ITU DR MAT SOM SUJIMON) MAHU MENGUJI TAHAP BACAAN DAN KEFAHAMAN BAHASA ARAB SAYA. LALU SEORANG PENSYARAH MENGHULURKAN MAJALAH "TAJDID" KEPADA SAYA DAN MEMINTA SAYA MEMBACA HAMPIR SATU MUKA TEKS ARAB. SELEPAS ITU SAYA DITANYA PULA ERTI PERKATAAN "ILMANIYYAH" YANG TERTERA DIDALAM MUKASURAT TERSEUT. LANTAS SAYA MENJAWAB "SECULARISM".

TEMUDUGA SETERUSNYA IALAH PERINGKAT UNIVERSITI. JUMLAH PENEMUDUGA HAMPIR SAMA DENGAN JUMLAH TADI. ORANG PENTING YANG MENEMUDUGA SAYA IALAH TIDAK LAIN TIDAK BUKAN REKTOR KETIKA ITU PROF.DR.KAMAL HASSAN. PROF DARI JABATAN USULUDDIN, JADI ORANGNYA AGAK BERFALSAFAH. SOALAN YANG SAYA TIDAK LUPAKAN IALAH "NEGATIVE ASPECT OF SOCIETY IN IIUM". PROF HANYA MAHU TAHU TENTANG SISI NEGATIF PERSATUAN DI UIAM, BUKAN SISI POSITIF. SESSI TEMUDUGA BERAKHIR DENGAN UCAPAN "GOOD LUCK" DARI REKTOR SENDIRI.

AKHIRNYA SETELAH BEBERAPA MINGGU SAYA MENDAPAT TAWARAN MENJADI "PEMBANTU PENSAYARAH" (TUTOR) DI UIAM. SEBELUM MENDAPAT TWAWARAN INI, SAYA SUDAHPUN MENDAPAT TAWARAN MENJADI CIKGU DI SABAH.

No comments: