Islamic Widget

PEMBACA

Friday, December 25, 2009

PANDUAN PEMAKANAN BAYI

SUMBER: http://mpaeds.org.my/Nurse/wean.htm

S1 : Mengapakah proses memperkenalkan makanan tambahan (weaning) mustahak?

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik dan mencukupi untuk bayi sehingga umur 4 hingga 6 bulan. Apabila berumur 6 bulan, makanan tambahan perlu diperkenalkan kepada bayi untuk melengkapkan keperluan tenaga, protein dan zat-zat lain untuk membesar dengan sempurna.

S2 : Bilakah masanya untuk memperkenalkan makanan tambahan?

4 hingga 6 bulan

S3 : Bagaimana caranya untuk memulakan makanan tambahan?

Ibu harus bersabar dan cuba berulang-ulang memberi makanan tambahan tanpa paksaan. Jika makanan diludah keluar, jangan bimbang kerana keadaan ini tidak berpanjangan sudu kecil patut digunakan.

Untuk menggalak anak mengunyah 1-2 sudu bijirin (bubur nasi), ubi-ubi yang rebus atau pisang masak yang dilecekkan boleh diberi sebagai permulaan. Apabila bayi biasa dengan makanan tersebut, kadar dan jenis makanan boleh ditingkatkan kepada 3-4 kali sehari

S4 : Makanan jenis apakah yang boleh diberi?

Gunakan makanan yang baru dimasak, atau baru dikupas dan dibasuh untuk menentukan kebersihan. Apabila bayi telah biasa mengunyah, selalunya dalam linkungan umur 6-7 bulan, makanan yang sempurna perlu diberikan.

Makanan yang sempurna mengandungi :

1. makanan asas seperti bijirin/bubur nasi

2. bahan makanan protein seperti ikan, telur ayam, daging, kacang-kacang

3. makanan berkhasiat vitamin seperti sayur-sayuran dan/atau buah-buahan

Contoh jadual makanan tambahan :

Umur 3-6 bulan
6-8 pagi Susu ibu
10 pagi Makanan bijirin, susu atau buah-buahan yang dilecek
2 petang

Susu
Bubur atau sup
Puree buah-buahan atau sayur-sayuran

6 petang Susu ibu
Waktu tidur Susu ibu

Umur 6-12 bulan
6 pagi Susu ibu
9-10 pagi Bijirin dan susu atau buah-buahan dengan bubur/sup atau telur rebus
1-2 tengahari

Nasi dan ikan dengan sayur-sayuran hijau atau daging dan puree sayur

3-4 petang Susu atau buah-buahan atau air
5-6 petang Nasi dan kacang-kacang
Pisang lecek
Masa tidur Susu ibu

Panduan jadual diatas patut diubahsuai mengikut jenis-jenis makanan yang terdapat dikawasan-kawasan atau negeri-negeri yang berlainan.

S5 :Bagaimanakah diketahui pemakanan mencukupi untuk pesakit?

1. Sejarah pesakit :

1.1 Pemakanan pesakit dan keluarga dalam masa 24 jam kebelakangan

1.2 Penyakit-penyakit tenat yang boleh mengurangkan berat badan pesakit seperti cirit-birit, jangkitan pernafasan

2. Pemeriksaan pesakit :

2.1 Ukuran anthropometri

2.1.1 Berat badan

2.1.2 Ukuran tinggi

Cara-cara untuk menentukan tahap pemakanan anak seperti lilitan pertengahan lengan (mid-armcircumference), ketebalan kulit (skin fold thickness) dan sebagainya boleh juga digunakan.

Malnutrisi dikatakan berlaku apabila berat badan anak kurang daripada – 2SD dalam carta NCHS. (sila lihat apendiks 5). Pertumbuhan terbantut pula terdapat apabila ketinggian anak kurang daripada – 2SD dalam carta ketinggian yang sama.

Bagaimana Cara Menimbang Anak
1.Tentukan mesin timbang dikalibrat
2.Tanggalkan pakaian dan kasut anak
3.Letak anak di atas mesin timbang *

4.Berat badan diambil apabila jarum ukuran berhenti

* Jika anak tidak berdiam diri, maka timbang ibu bersama anak dan seterusnya timbang ibu seorang.

* Berat badan anak = Berat ibu dan anak – Berat ibu.

Prof. Madya Dr. Zulkifli Ismail

Dr. Iean Hamzah Sendut


No comments: