JIKA KASYAFMU BERTENTANGAN DENGAN KITAB DAN SUNNAH, MAKA LAKUKANLAH APA YANG ADA PADA KITAB DAN SUNNAH, TINGGALKANLAH KASYAF DAN KATAKANLAH PADA DIRIMU: SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM QURAN DAN SUNNAH, DAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK ADA KESALAHAN DALAM KASYAF DAN ILHAM". SYEIKH ABU HASAN AS-SYAZILI)
Islamic Widget
PEMBACA
Thursday, December 17, 2009
WARKAH BUAT ZUHAIR
18.5.2009 GENAPLAH UMUR ZUHAIR 5BULAN,
5BULAN UMUR SEBENAR, 7BULAN UMUR LAHIR.
UMMI BERSYUKUR ZUHAIR MEMBESAR DENGAN SIHAT,
PERKEMBANGAN SEPERTI BAYI NORMAL,
MENIARAP KETIKA UMUR 3BULAN 28HARI,
SEKARANG ZUHAIR MENONGGEK-NONGGEKKAN PUNGGUNG MUNGKIN UNTUK MERANGKAK.
BERPUTAR-PUTAR 360 DARJAH.
TAPI ZUHAIR MASIH MANJA...
MASIH MAHU DIPELUK2, DIDUKUNG2,
SUKA DILAYAN DENGAN MANJA DAN MESRA...
MASIH TAK MAHU HISAP BOTOL,
HANYA MAHU SUSU BADAN...
ZUHAIR SUNGGUH ISTIMEWA BAGI UMMI...
ZUHAIR LAHIR KETIKA MASIH 29MINGGU 3HARI DALAM RAHIM UMMI,
SUDAH TAQDIR ZUHAIR UNTUK MENJENGAH DUNIA KETIKA 7BULAN DALAM KANDUNGAN,
SETELAH UMMI MEMPUNYAI MASALAH "PLACENTA PREVIA",
DITAMBAH DENGAN KEDUDUKAN ZUHAIR YANG SONGSANG,
ZUHAIR TERPAKSA DILAHIRKAN SETELAH UMMI TUMPAH DARAH YANG BANYAK,
UMMI KEHILANGAN DARAH YANG BANYAK SEHINGGA TERPAKSA MENERIMA DARAH ORANG LAIN.
UMMI TERPAKSA DIBEDAH TANPA SEDARKAN DIRI.
UMMI DIBENARKAN KELUAR WAD SELEPAS 3HARI MELAHIRKAN ZUHAIR,
MANAKALA ZUHAIR TERPAKSA DILETAKKAN DIDALAM INKUBATOR BERSAMA BAYI-BAYI YANG LAIN,
SEDIH SANGAT UMMI TENGOK ZUHAIR KETIKA ITU,
SANGATLAH KECIL,
BELUM KELUAR SUARA,
KULIT SANGAT NIPIS DAN BERKEDUT,
SETIAP KALI MELAWAT ZUHAIR RASA NAK NANGIS SANGAT2,
APATAHLAGI BILA TENGOK ZUHAIR MENANGIS TANPA SUARA...
ZUHAIR BUAH HATI UMMI...
MINGU2 PERTAMA SELEPAS PEMBEDAHAN UMMI TERASA TERSIKSA
SUKAR MEMBUAT KERJA2
NAMUN APAKAN DAYA, UMMI TERPAKSA TABAH DEMI ABI, ZIYAD DAN ZUHAIR,
HANYA 2 MINGGU PERTAMA UMMI DIJAGA OLEH NENEKMU KEMUDIAN OLEH MAKSUMU,
MINGGU KETIGA UMMI SUDAH MASAK SENDIRI...
HINGGA SEKARANG LUKA PEMBEDAHAN MASIH TERASA
ZUHAIR PULA SEMAKIN AKTIF
SUKA MENENDANG2...
DAN APABILA TERTENDANG PERUT UMMI DAN TERKENA TEMPAT LUKA BEDAH ITU,
MASIH TERASA SAKITNYA.
UMMI HANYA MAMPU MENASIHATI ZUHAIR AGAR TIDAK TERTENDANG PERUT UMMI,
NAMUN ZUHAIR MASIH KECIL,
UMMI MENGERTI BAHAWA ZUHAIR BELUM MENGERTI...
ZUHAIR BUAH HATI UMMI,
UMMI MAHU ZUHAIR MENJADI ORANG YANG BERGUNA UNTUK MASYARAKAT,
BERTAQWA KEPADA ALLAH,
BERBAKTI KEPADA IBU-BAPA.
YANG PENTING ZUHAIR PERLU UTAMAKAN ALLAH MELEBUHI ABI DAN UMMI.
INSYAALLAH,
KETIKA UMMI BERUMUR 13TAHUN NANTI UMMI MAHU HANTAR ZUHAIR KESYRIA...
UMMI MAHU ZUHAIR JADI SEPERTI SALAHUDDIN AL-AYUBI,
ATAU MUHAMMAD AL-FATEH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum warahmatullah Zu, comel2nya anak2 zu, putih melepak mcm ibu dan ayahnya... Insya Allah, kedua2nya akan bijak dan alim mcm orang tuanya jugak...Ameen, Ya Rabbal Alamin...
Adakalanya, Kak Ad 'rindu' kat Zu and kawan2 kat UIA dulu such as Nor Azma, Najwa, Nor Akmal, Syeera, Sya, Herni... tapi semuanya tinggal kenangan saja, Kak Ad akui antara Kawan2 masa MA dan BA, kawan2 masa MA lebih 'melekat' di jiwa..mungkin kerna ada ketulusan di hati masing2...
Kak Ad ingat masa Kak Ad convo MA dulu, Kak Ad rasa terkilan sangat sebab tak sempat jumpa zu dan kawan2 yang sedia menunggu, and tak sempat lepak kat bilik akmal untuk kali terakhir... Kak Ad terpaksa pulang dengan family, sebab driver van dah tunggu...Ingin pulang kemudian,sendiri naik teksi atau bas, takut orang tua pulak terasa hati..
emm.. bila kak Ad balik negara Kak Ad, Kak Ad bagitau kat mak, yang kak Ad terkilan sangat2 sebab tak sempat jumpa kawan2 yang sms kak Ad, nak jumpa, Kak Ad kata kat mak,klo kawan2 tak bagi sokongan moral, tak tahulah Kak Ad boleh lepas ke tak MA nie setelah masalah mengejutkan tu menyerang psychology Kak Ad.. Selain doa ibu dan sokongan ibu.. Kak Ad nangis depan mak... hehe.. Kak Ad sendiri tak percaya, Kak Ad boleh nangis depan orang!... biasa orang mcm Kak Ad nie, nangis2 nie tak mainlah... hehe..
Selamat hari lahir yg ke 5 bulan zuhair... tapi kenapa zu tulis bulan 15?
Ad...apa khabar? This is me Azma... baru saya dok cerita pasal kawan2 MA. Ad...najwa baru kahwen 20 nov baru ni. Ad sempat jumpa najwa kan hari tu. Dulu dia kena wakil ad utk program apa tah.
Ad, do u have facebook? Thanks for the frienship. saya di Sudan skrg ni, Ad jadi ke UK?
WASSALAM...
TERIMA KASIH KAK AD DAN KAKMA.
TO KAK AD,
I MISS U TOO. HOPEFULLY WE WILL MEET AGAIN.
-MANY WANNA KNOW UR NEWS...(ROHAYA AND AZMA)
-COULD U PLZ GIVE ME UR EMAIL ADDRESS?
-AZMA WANTS UR FACEBOOK.ADD....I ALSO HAVE FACEBOOK BUT I DONT LIKE TO USE IT. BECAUSE MY TIME JUST ENOUGH FOR MY BABY AND WORKS AT HOME (COOKING, IRONING, ETC)...I HAVE A VERY LIMITED TIME FOR MY STUDY AND BLOG.
-THAT IS WHY THERE ARE MANY MISTAKES IN MY POSTING...SOMETIMES I TYPE THE POSTINGS BY HOLDING ZUHAIR.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada azma dan zu, sorry for the late reply, kak Ad baru balik dari umrah semalam, best sangat! Kak Ad berangkat ke sana pada 24/12/2009 dan pulang pada 4/01/2010... Kak Ad sempat menyaksikan pintu Ka'bah dibuka, and sms kasi tau berita tu kpd kwn2... Kak Ad cari no. contact Zu dan Azma tapi tak ada, sebab no. tu ada dalam hp kak Ad yg dah rosak, dah tak boleh nak ditrace semula.. jadi Kak Ad minta maaflah, sebab tak dapat sms masa tu, Pintu Ka'bah pada asalnya dibuka pada 1/1/2010, tapi atas sebab2 tertentu ditangguhkan keesokan harinya, bermula pada pukul 8am hingga 11 am waktu mekah.. maksudnya bermula pada pukul 1 pm hingga 4 pm waktu brunei/malaysia (tambah 5 jam), Klo ada rezeki, kak Ad nak pergi lagi... Insya Allah...
emm, sebenarnya kak Ad ada posting dekat Azma lama dulu, dekat bab kawan2 tu, cuma kak Ad tak bagi tau nama penuh, just Kak Ad saja, mungkin Azma tak perasan.. emm, kak Ad ada facebook tapi tak ingat lah namanya, emm rasanya Adryna Abdullah (jarang p situ, tak ingat password pun, tapi facebook tu dok sibuk suruh reconnect.. so sebelum umrah hari tu, kak Ad connect semula)..hehe..Nantilah, if ada masa, kak Ad, nak buat 'diary' mcm korang nie kat facebook.. Ok, c both of u later...
... Kak Ad pada asalnya planning nak ke UK bln 12 tu, dah siap beli baju sejuk bebulu sebab bln 12 adalah musim sejuk, kak Ad cuma nak test kak Ad boleh survive tak if sambung belajar kat UK atau tempat2 yg sejuk, seperti yang azma dan zu maklum, kak Ad kan tak boleh minum minuman sejuk, mesti demam! Tapi Alhamdulillah, lastnya planning tu tak mejadi, kerna uncle bawak kak Ad pergi umrah.. Memandangkan kak Ad pernah bernazar klo kak Ad pass Master, kak Ad akan buat umrah, so, kak Ad ingat inilah masanya.. selagi muhrim tersedia..
Kak Ad pergi ke Jeddah, Madinah, Mekah, Taif.. and memang musim sejuk masa tu tapi tak bersalji.. sepanjang perjalanan dari airport Jeddah menuju Madinah, memang stay dalam bas, auntie pulangkan baju sejuk kak Ad, Kak Ad kata, auntie guna jelah dulu sebab now tak le sejuk sangat, tapi ntah camne bila keluar bas nak p toilet and sembahyang kat masjid, hanya kak Ad and uncle saja yg turun, muthawwif sudah jauh di depan, hanya Allah saja yang tau sejuknya! di tambah lagi angin yang kuat di waktu pagi subuh hari...dah lah kak. Ad pakai baju kurung biasa saja, nak patah balik masuk bas utk ambik sweater, takut ditinggalkan muthawwif... sabar sajalah meredah kesejukan malam... Tapi Alhamdulillah walaupun musim sejuk masa tu, kak Ad tak le demam dan sakit kepala and bibir kak Ad yang biasa kering dan kadang2 berdarah semasa berada di asia, tak pulak berdarah di sana, hanya mengelupas and kemerahan sahaja seperti pakai gincu, ...hehe.. emm, nampaknya Insya Allah kak Ad akan survive di negara 4 musim.. Tapi kak Ad belum decide lagi mau sambung di mana.. Kak Ad sedang cari 'semangat yang hilang'.. but bestlah kat negara arab, sebab bahasa arab kita applied and tengok movie, cartoon etc, ada subtitle Arab.. Dengan Bahasa Arab kak Ad yang tak seberapa nie, boleh lah tolong translatekan bahasa melayu saudara mara ke arab ketika berkomunikasi dgn org arab yang tak boleh bahasa inggeris... Alhamdulillah..
السلام عليكم ورحمة الله
Kak zu, terharu sungguh baca post2 kak Zu ni..
berwarna warni sungguh pengalaman hidup kak Zu,
semoga saya pun boleh banyak bersabar dan berbakti macm kak Zu..
حياكم الله
Post a Comment