Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, December 13, 2009

SUKARKAH JADI PENSYARAH? (LANGKAH SETERUSNYA)

MULAI SEKARANG SAYA PERLU TERUS MENGORAK LANGKAH JIKA MAHU SERIUS DALAM BIDANG INI. JIKA TIDAK, SAYA PERLU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA UIAM DAN KPT (KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI) YANG MEMBIAYAI PENGAJIAN MA DAN PHD.

TAPI KITA TIDAK TAHU APA KAN JADI PADA MASA AKAN DATANG. BOLEH JADI BERT UKAR KERJAYA. BOLEH JADI AJAL MENJEMPUT KITA.

NAMUN, SEBAGAI PENSYARAH UIAM SAYA SEDAR TUGAS YANG DIPIKUL BUKAN RINGAN. WALAUPUN TIDAK SEBERAT TUGAS SEORANG DOKTOR, SAYA PERLU FOKUS DALAM KERJAYA INI DAN CUBA MELAKUKAN YANG TERBAIK DEMI UNTUK SEMUA. UNTUK DIRI, JABATAN, KULIYYAH, UNIVERSITI, ORANG AWAM...DAN YANG PALING PENTING DEMI AGAMA ISLAM TERCINTA.

APA SEBENARNYA TUGAS PENSYARAH?
TUGAS PENSYARAH BUKAN HANYA MENGAJAR. TUGAS-TUGAS UTAMA PENSYARAH TERMASUKLAH MEMBUAT PENYELIDIKAN, MENJADI PENYELIA TESIS PELAJAR2 MA@PHD, MEMBENTANG KERTAS KERJA DALAM SEMINAR2 DAN LAIN2 KERJA ADMINISTRASI.

PENSYARAH BUKAN HANYA MEMBERI MARKAH KEPADA PELAJAR. MALAHAN PENSYARAH2 UIAM JUGA DIBERI MARKAH OLEH PELAJAR (DALAM BORANG TEACHING EFFECIANCY RATE) DAN OLEH PIHAK UNIVERSITI (DALAM BORANG

ANNUAL PERFORMANCE REPORT UNTUK KENAIKAN GAJI).

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum warahmatullah Zu, Kak Ad setuju 100% kerjaya pensyarah memang berat.. Apatah lagi bagi orang yang masih baru mcm kak Ad nie, mana dengan kerja adminnya, persiapan ngajarnya, aktivitinya, course dapat setiap semester pulak biasanya berubah2, kurang fokus pengkhususan sendiri,.. so buat persiapan mengajar berkali2, mcm tak cukup masa dibuatnya, klo dapat course yang sama setiap kali, hanya perlu update saja dan mendalami, klo dapat student yang sememangnya ustaz sebelum ini, lagilah mencabar kebolehan diri..
Apabila Kak Ad sedar yang Kak Ad dikelilingi rakan2 sekerja bertaraf prof., assoc. prof, dr atau yang udah senior dari kak Ad, terasa diri ini terlalu 'jauh', kadang2 hati terdetik: "Ya Allah, layakkah aku di sini?" Kadangkala pula rasa mau 'lari'... Cuma Kak Ad terfikir, mungkin juga mereka pada masa mula bertapak dalam kerier ini juga merasa apa yang Kak Ad rasai ketika ini, dan tanpa disedari masa terus berlalu, terus mengukuhkan kedudukan mereka sehingga ke tahap terkini.. dan akhirnya mereka sudah tidak heran lagi, rasa gusar mereka pun beransur pergi..

zenaida said...

WASSALAM.
-BENAR SEKALI BICARA KAK AD. SAYA SENTIASA MELETAKKAN DIRI SAYA SEBAGAI PELAJAR. BANYAK LAGI YANG SAYA PERLU BELAJAR.TAPI NAK BELAJAR SEKARANG MASA SANGATLAH KETAT DENGAN RUTIN SEBAGAI IBU, ISTERI DAN SURIRUMAH HE HE....ZUHAIR TU TAKNAK BOTOL, JD BERJAM2 MELEKAT KAT SAYA...TIDO PULA KURANG.
-APAPUN KITA PERLU TABAH DAN IKHLAS DALAM BIDANG INI.
-GOOD LUCK SELALU BUAT KAK AD.