Diuji dengan pelbagai jenis sakit telah sebati dengan saya sedari kecil. Mungkin ia penghapus dosa, mungkin ia ujian, mungkin juga balasan dari Tuhan terhadap dosa-dosa yang saya lakukan.
Samada sakit berkaitan fizikal yang seringkali dialami, saya juga pernah melalui sakit berkaitan spiritual ketika sebelum MA dan sewaktu MA. Alhamdulillah, dengan izin Tuhan saya berjaya disembuhkan selepas berikhtiar dengan pelbagai jenis perubatan (alopati, homeopati, alternatif, bomoh, dan rawatan sendiri).
Masih saya ingat ketika semester pertama Ijazah Sarjana Muda, saya pernah dinasihatkan oleh rakan untuk cuti semester tersebut untuk semata-mata berubat. Dia khuatir melihat keadaan saya. Dia khuatir sekiranya saya menjadi seperti kenalannya yang hampir gila kerana tanda2 yang saya alami adalah sama dengan kenalannya itu. Namun, saya menjelaskan bahawa saya tidak boleh cuti semester itu kerana selain daripada semester yang sudah berjalan hampir separuh, saya adalah staf UIAM yang terikat dengan tempoh cuti belajar yang perlu dihabiskan dalam tempoh 2 tahun. Akhirnya Alhamdulillah, saya berjaya laluinya walaupun dalam keadaan sakit dan sukar.
Kemudian sihat dan sakit sudah menjadi kebiasaan. Yang luar biasa sewaktu hamil anak kedua saya mengalami tumpah darah yang banyak hingga terpaksa dibedah.
Pada 13.11.2009 bulan lepas sekali lagi saya mengalami sakit yang luar biasa iaitu batuk berdarah yang tidak henti2 selama setengah jam. Darahnya hampir semangkuk. Bayangkan, dalam keadaan sakit begitu, anak saya Zuhair pula kelaparan sementelah dia hanya menyusu badan. Keengganannya terhadap susu botol menambahkan kerumitan ditambah dengan masalah susu badan saya yang kurang.
Selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Selayang, saya pulang hanya dengan pesan. Pesan doktor, jika perkara sama berulang pergi ke hospital lagi. Tanpa ubat. Hanya setelah melakukan ujian darah dan x-ray, saya didapati normal. Doktor tidak pun mengambil darah batuk yang saya bawa untuk diuji. Kata doktor, mungkin luka dalaman atau darah terlalu cair.
Namun, saya masih sering sakit dada dan tekak. Selalu batuk berkahak. Kahak yang sudah berwarna kekuningan. Setelah dibuat ujian perubatan, saya didapati normal. Berat badan juga naik 6kg (dari hanya kebiasaan 46kg ke 52kg). Alat penimbang tu betul ker????
Selera makan juga seperti biasa. Saya memang sentiasa lapar kerana menyusu badan. Sering juga dikomen suami, banyak makan tapi kurus juga.
Saya perlu mendapatkan rawatan dari hospital lain pula. Dalam keadaan sekarang, banyak perkara yang perlu saya lakukan tertangguh terutamanya hal2 berkaitan PHD. Anak yang sentiasa manja dan menyusu badan benar2 menguji kesabaran.
Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini.

No comments:
Post a Comment