Islamic Widget

PEMBACA

Friday, December 25, 2009

NIKMAT SUSAH VS NIKMAT SENANG

SETIAP KESUSAHAN DAN KESENANGAN ITU ADA NIKMATNYA YANG TERSENDIRI. MANISNYA KESUSAHAN, HANYA ORANG YANG PERNAH MELALUINYA MERASAI NIKMATNYA. INDAHNYA KESENANGAN BAGI ORANG YANG TAHU MENGHARGAINYA.

PENGALAMAN MELALUI DETIK KESUSAHAN MENGAJAR ERTI KETABAHAN DAN KESABARAN. NOSTALGIA MELALUI KESUSAHAN SEWAKTU KECIL, DI SEKOLAH MENENGAH DAN UNIVERSITI MASIH ABADI DALAM INGATAN.

SIAPA SEPERTI SAYA YANG PERNAH MERASAI HIDUP BERUMAHKAN BULUH BERATAPKAN RUMBIA. BERMANDIKAN AIR SUNGAI ATAU TELAGA. BERGELUMANG DALAM SAWAH BENDANG. MENJAGA LEMBU SEBAGAI BINATANG TERNAKAN. MENOREH GETAH.

MAKAN PERNAH BERLAUKKAN GARAM DAN MINYAK GORENG IKAN.

SEMASA DI SEKOLAH MENENGAH PERNAH BEKERJA KILANG ROTI DAN KILANG ELEKTRONIK.

SEWAKTU DI UNIVERSITI PERNAH MENJUAL JUBAH, MENJUAL KAD RAYA, KERJA DI KEDAI FOTOKOPI. MAKAN SERING BERKONGSI. KERAP MAKAN MAGGIE. BELI KOMPUTER PUN TERPAKSA BERKONGSI.

INDAHNYA ZAMAN DULU...TERUTAMA ZAMAN BERSAWAH BENDANG SEWAKTU SEKOLAH RENDAH.

MANISNYA KESUSAHAN ITU, WALAUPUN TERASA SUKAR MELALUINYA KETIKA ITU.

TERASA NIKMATNYA BILA DAPAT MINUM MILO SEKALI-SEKALI. APATAHLAGI JIKA DAPAT MAKAN NASI BERLAUKKAN AYAM.

BILA SUSAH, TEKUN PULA BELAJAR DIBAWAH CAHAYA PELITA.

SEKARANG NIKMAT ITU TIDAK DIRASAI LAGI....NIKMAT SENANG SEKARANG LAIN PULA CERITA.

APABILA KEBANYAKAN YANG DIHAJATI MUDAH DITUNAIKAN, NIKMATNYA SUKAR DIRASA. TIAP2 HARI BOLEH MINUM MILO DAN MAKAN AYAM. LALU YANG SUDAH BIASA TIDAK LAGI MENJADI NIKMAT YANG BEGITU BERHARGA.

NAMUN, SYUKUR KEPADA ILAHI YANG MAHA PEMBERI. KERANA DIA SAYA MAMPU MEMBALAS KERINGAT IBU-BAPA. KERANA ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT SIHAT SAYA MASIH MAMPU MELAKUKAN APA YANG SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG ANAK, ISTERI, IBU DAN HAMBA.

YA ALLAH, SYUKURKU KEPADAMU. AMPUNKAN AKU ANDAI KUFUR DENGAN NIKMATMU.


No comments: