Ramai bertanya; "Dimana nak buat PHD?". Jawab saya:"UM ja". Ja kerana saya hanya memilih universiti tempatan walaupun BA dan MA kedua-duanya tempatan (UIAM).
Kenapa tak buat di UK atau US?. Tanya sesetengah orang.
Ada dua sebab utama saya tidak memilih ke luar negara; pertama kerana saya lebih pentingkan keluarga; dan kedua kerana ekonomi Malaysia dan global yang tidak stabil.
Kalau tempatan, kenapa tak buat di UIA je? Senang sebab dah tahu birokrasi disini macamna, pensyarah2 pun dah kenal. lagipun MA dan PHD UIA pasti lulus. Kalau di universiti lain banyak masalah dan ada yang digagalkan. Ada kawan saya tesisnya tak disemak berbulan-bulan oleh penyelianya seorang yang masyhur dalam Malaysia. Ujar beberapa kenalan.
Saya akui, sekiranya saya buat PHD di UIAM pasti mudah bagi saya. Ketika saya tidak memilih UIA, hanya ada satu sebab utama saya berbuat demikian iaitu kerana hendak tukar suasana.
namun, jauh dihati kecil saya suasana di UIA adalah segalanya bagi saya. Lebih mendamaikan.
Tidak dapat dinafikan saya tahu komen bekas2 pelajar2 MA dan PHD dari universiti tempatan yang lain. Bekas pensyarah saya sendiri telah dibuang UIA sebagai kakitangan akademik dan terpaksa membayar sejumlah wang kepada UIA kerana telah "digagalkan" dalam tesis PHDnya oleh penyelianya disalah sebuah universiti tempatan.
Saya tidak pernah mendengar pelajar MA dan PHD UIAM terutamanya bidang agama digagalkan. Sekiranya ada, itu sememangnya diluar pengetahuan saya. UIA memang baik, membedri peluang kepada pelajar2nya belajar dari kesilapan dan kegagalan dengan menghadiahkannya sebuah kejayaan setelah pelajar2 telah menghabiskan banyak wang ringgit membiayai pengajian.
Ada kawan perempuan saya yang pernah gagal satu pelajaran MA telahpun berjaya menjadi pensyarah.
Ada kawan perempuan yang lain MA nya lebih 3 tahun (tempoh maksimum MA sepenuh masa) tidak pun dibuang UIA dan kini berjaya menjadi pensyarah.
Ya, ramai kawan2 MA UIAM telahpun menjadi pensyarah UITM, UDM, KUIS dll membuktikan graduan UIAM seperti pisang goreng panas!
Ada kenalan perempuan PHD yang gagal dalam peperiksaan komprehensif telah pun berjaya melepasinya setelah diulang peperiksaan itu.
Ya, belajar MA dan PHD UIAM pasti lulus....Justeru, hati ini terdetik untuk belajar PHD di UIA walaupun telah mendaftar di UM. Yang pasti, perjuangan di UM akan diteruskan untuk berkhimat di UIAM kerana telah terikat dengan perjanjian perkhidmatan selama 10 tahun.

9 comments:
Assalamualaikum zu, setahu kak ad,masa kak ad hari tu, kawan kak ad dari comparative religion failed. CGPA tak lepas and tak dapat sambung uia... Tak tau le kalau dia register semula as a fresh candidate... Kawan sekerja bertahun2 sebelum kak ad pun tak tamat UIA, tak tau apa reason sebenarnya behind kegagalannya, sedangkan dia jenis bersemangat waja... but now dia dah dapat MA dari Universiti lain... Anyhow, for me, semua yang dah tercalon jadi pelajar MA or PHD tu memang ada kelebihan masing2, cuma bergantung pada nasib, usaha. doa dan kepintarannya dia handle situasi saja. Ada yang pintar, tapi bila diserang 'psychology'nya and dia tak dapat menguasainya, bisa 'mati' sebelum waktunya.. hehe
Waalaikumussalam Kak Ad.
Pertama-tama sekali tahniah atas kejayaan Kak Ad dapat menunaikan umrah. saya baru baca posting Kak Ad tu. Semoga Ibadat kita diterima Allah. Doakan saya untuk menjejaki langkah Kak Ad mengerjakan umrah.
Apa yang Kak Ad komen tentang MA/PHD tu betul. Nasib, takdir, rezeki, usaha, doa, kepintaran semuanya penyebab kejayaan atau kegagalan. Apapun, semuanya dari Allah. Kadang2 ia sebagai ujian, kadang2 sebagai pemberian walaupun takdir itu buruk pada mata kita.
Yg kwn Kak Ad C.R tu saya kenal jika orgnya lelaki bukan Malaysia. Saya tahu kesnya dan pernah buka jalan baginya supaya dapat sambung MA di UIA tu sebab saya pernah menasihati perkara yg sama kpd kawan perempuan saya MA education.
Yg PHD tu saya xpernah tahu...tapi itulah, kadang2 kita rasa banyak faktornya nasib. nasib baik dapat penyelia baik, dapat HOD baik, baik dengan org2 tertentu kdg2 mbantu. Ada kwn dpt penyelia yg tegas dgn birokrasi, saya pun xpasti dia dpt tamatkan MA ta. Ada orang lain dpt penyelia yg mbantu, walaupun tempoh belajar sudah tamat masih bagi peluang kepada pelajar.
Penyelia, birokrasi....diri sendiri semuanya memainkan peranan. Yang paling penting adalah peranan diri sendiri.
Allah Maha mengetahui apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada hamba2Nya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha.
Assalamualaikum wbt zu, Kak Ad doakan Zu berpeluang melakukan umrah suatu hari nanti.. Ameen! Alhamdulillah, nampaknya ada di antara saudara-mara kak Ad yang sama2 menunaikan umrah baru2 nie, baru saja sampai ke Tanah Air, sudah sampai 'seru' untuk menunaikan haji tahun nie jugak.. Mereka ajak kak Ad sekali, but kak Ad tak mampu dari segi kewangan lagi! Pak Ngah yang sorang lagi ajak kak Ad buat Umrah tahun nie jugak pada 15 Ramadhan hingga 30 Ramadhan nie... Yang nie, kak Ad tak boleh pergi sebab time tu still dalam teaching period! Memang tak dibolehkan cuti tyme masa kuliah! Kadang2 terpikir andai kak ad bidang pentadbiran, boleh cuti kot tyme tu? flexible sikit.. Ish, geram jugak, mahram dah ada, keadaan pula tak izinkan... bukan senang nak dapat mahram...Kak ad tak tau kat Malaysia, kat sini,setahu kak ad syaratnya umrah dan haji mesti ada mahram lelaki! If dengan perempuan tsiqat, dorang tak consider pun.. mesti mahram lelaki gak..
Klo Kak Ad perhatikan 2 orang uncle Kak Ad yang nak pergi nie, setakat kak Ad kenal, massa muda2 adalah jenis biasa2 je, maksudnya tak le alim sangat, but siapa sangka siapa menduga, bila Allah berikan Hidayah kepada mereka, dalam sekelip mata mereka jadi lebih 'alim' daripada ustaz/ustazah! yang sorang tu, dah jadi addicted pergi umrah... and begitu menghayati amalan2 di sana... So, kak ad rasa kita tak boleh menghukum orang sesuka hati, kita bukan tuhan, biar Allah yang menilainya.. tak semestinya orang yang alim akan terus alim dan tidak terpesong, dan tidak semestinya orang yang biasa2 saja tak berpeluang menjadi lebih baik rohaninya, perjalanan kita masih jauh, kita tak tahu apa akan berlaku seterusnya,cuma Kak Ad harap semoga dari awal hingga akhir kita terus berada di jalan yang benar... Andai di awalnya ada 'masalah', semoga pengakhirannya tetap 'husnul khatimah' .. Ameen..
Wassalam,
Kak Ad yang diingati lg disayangi. Semora rahmat Allah buat sekalian hambanya selalu.
Betul apa yang akak coretkan. Semua orang ada peluang untuk berubah dan bertaubat selagi hayat dikandung badan.
Saya pun tak tahu sangat sistem Malaysia ni nak mahram yg mcmn utk pergi haji/umrah.Tapi setahu saya boleh.
Kalau Brunie mcmtu, kira Brunei betul2 jaga la ya);...Teringin nak ke Brunei. Teringin nak jumpa Kak Ad.
Tadi pergi jumpa supervisor saya di UM. Baik orangnya, cuma busy sebab pegang jawatan besar juga kat kuliyyah Akademi Islam tu.Apapun Alhamdulillah.
Moga Allah mengurniakan kejayaan hidup dunia akhirat buat Kak Ad, saya dan semua umat Islam.Amin...

moga akak berjaya dalam Phd..
ridhwan
terima kasih cikgu ridhwan atas doa anta
terima kasih cikgu ridhwan atas doa anta
MA dan PHD di UIA senang lulus?? Saya dah laluinya dan bolehla saya simpulkan yang UIA tidak semudah yang disangka. Macam ni je lah, lecturer UIA sendiri pun rata-rata tak sanggup buat PHD di UIA, apatah lagi orang luar? lagi dahsyat kalau supervisor bukan Malaysian..macam tunggul kayu kita dibuatnya..janji jumpa sv tapi kena kencing..3 kali pulak tu..memang terkesima..kalau korang tak percaya tanyalah pelajar UIA yg bersupervisorkan orang Sudan tuh..memang hancorr semangat korang.
Post a Comment