Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, January 5, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: LANGKAH MUDAH???

Berbagai pendapat dan pandangan telah kita baca dan analisa. Dari segi undang2, KDN dan pihak kerajaan akan membuat rayuan supaya kalimah Allah dalam "Katholik Herald The Catholic Weekly" tidak boleh digunakan.

Saya rasa cara yang lebih berkesan yang perlu digunapakai oleh KDN dan kerajaan ialah sebagaimana mereka pernah menghalang penerbitan HARAKAH dan SUARA KEADILAN, tentu mereka boleh mengambil langkah yang sama terhadap akhbar mingguan di atas. Bukankah ada akta (Akta Penerbitan & Mesin Cetak) yang membolehkan mereka mengaplikasikannya sekiranya mereka merasakan pentingnya keamanan beragama dan menjaga akidah umat Islam Malaysia. Senang bukan??? berbanding perlu merayu, berhujah di mahkamah atas lunas-lunas undang-undang???

No comments: