UIAM memang istemewa dan sentiasa dihati mereka yang mendapat ilmu dari "Taman Ilmu dan Budi" ini.
Antara keistimewaan UIAM adalah perpustakaannya, hinggakan pelajar MA/PHD dalam bidang agama di universiti lain sering mengunjunginya kerana terdapat pelbagai bahan rujukan. (Tidak dapat dipastikan untuk bidang-bidang lain).
Sebut tentang perpustakaan, teringat saya komen seorang pelajar antarabangsa dari Switzerland. "Pelajar di UIA ni malas-malas, perpustakaan tu tak ramai orang pun. Pelajar disini kurang membaca. Kalau di UM saya lihat lebih ramai pelajar suka membaca."
Saya tidak dapat memberi apa-apa komen kerana buat masa ini saya tidak tahu nisbah pelajar di perpustakaan UIAM berbanding UM. Mungkin komennya lebih tertuju kepada pelajar melayu Malaysia kerana ramai yang bermastautin di perpustakaan UIAM itu kelihatan pelajar antarabangsa berbanding pelajar Malaysia.
Teringat pula kata seorang pelajar lelaki beberapa tahun yang lalu, "Sepanjang saya belajar BA hanya sekali dua sahaja saya ke perpustakaan." Terkejut saya dibuatnya. Lalu saya bertanya "Macamana kamu buat tugasan?".Jawabnya ringkas"Semuanya dari internet".
Kini perpustakaan UIAM semakin kehadapan dalam menyediakan kemudahan kepada para pelajar dan kakitangannya. Cuma yang saya kurang gemari adalah khidmat fotokopi yang kini "self-service' berbanding dahulu yang menggunakan khidmat tenaga manusia dan mesin, kini kita sendiri perlu bekerja dengan mesin.
No comments:
Post a Comment