Islamic Widget

PEMBACA

Monday, July 6, 2009

GURUKU: Dr.Fathiddin







Assoc.Prof.Dr.Fathiddin Beyanouni adalah salah seorang pensyarah Hadis di Jabatan Quran dan Sunnah UIAM (2000-2009). Mungkin tidak ramai yang mengenali beliau berbanding Prof.Dr. Abu Lais yang sememangnya masyhur seantero Malaysia sebagai pakar dalam bidang Hadis.

Daripada sebagai pensyarah saya semasa B.A, beliau telah menjadi "rakan" (collegue) dalam bidang akademik apabila saya menjadi pensyarah yang sama jabatan.Selain itu, beliau adalah "examiner"/pemeriksa tesis M.A saya.

Sememangnya saya adalah pengkagum beliau. Apakan tidak, beliau memang seorang yang bijak dan mempunyai buah fikiran yang bernas dan pengamatan yang tajam.

Saya menjadi pelajar beliau untuk pelajaran "TADWIN SUNNAH"(Penulisan Sunnah), "dan MAAYIR NIQDU AS-SUNNAH"(Kriteria Penilaian Sunnah) semasa B.A. Selain itu, saya juga menjadi peserta dalam kelas PHD iaitu bagi matapelajaran "Dirasah Fi Ulum Al-Hadis", dan sempat menadah sedikit isi kitab Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi.

Di dalam mesyuarat jabatan, beliau selalu memberikan komentar dan cadangan yang bernas. Apatahlagi beliau mampu menguasai Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dengan baik .

Beliau berasal dari Syria dan agak lama menjadi pemastautin Arab Saudi. Kini beliau telah kembali ke tanah airnya (sejak 13 Jun 2009). Walaupun tidak sempat bersua buat kali terakhir (kerana saya dalam pantang bersalin), namun beliau tetap dihati saya sebagai guru yang disayangi.

No comments: