Gelagat para doktor dan jururawat
Sibuk mereka bukan kepalang
Berlari-lari berjalan-jalan
Kekadang kerja tanpa henti 14 jam!!
Buat kerja penuh dedikasi
Buat kerja tak henti-henti
Ikut jadual sudahlah pasti
Mesti berdisiplin kerja-kerja begini
Sambil bekerja berbuallah juga
Itupun kadang-kadang saja
Sebab sudah kerja kena report pula
Report BI perlu dalam BM pula
Pening fikir istilah-istilahnya
Kerana Bahasa Inggeris sudah biasa
Gelagat para ibu-bapa
Ada yang datang siang
Ada yang datang malam
Menziarahi bayi
Si ibu mengepam susu dibilik penyusuan
Si bapa menanti dibilik yang dikhaskan
Atau melihat si bayi dalam "penjagaan"
Pakai "white gown" ambil dari laci
Nak pegang baby tangan perlu dicuci
Sudah bersih boleh pegang bayi
Agar kuman tidak menjangkiti
Gelagat Bayi-Bayi
Seronok tengok ramai bayi
Tapi bayi lain jangan didekati
Takut virus menjangkiti
Bertambahlah masalah nanti
Ada yang ditempatkan dalam "baby cot"
Ada yang ditempatkan dalam incubator
Semuanya diawasi jururawat dan doktor
Yang stabil bolehlah dijaga oleh ibu sendiri
Setiap hari kena cucuk
Diperiksa segala keadaan;suhu, oksigen
Paras gula dan degupan jantung
Kesiannya si kecil,
Walaupun belum kenal jarum sudah berjarum-jarum kena suntik
Ada yang menangis berlagu-lagu
Ada yang tersedu-sedu
Menangis sakit
Menangis lapar
Meminta pengertian
Meminta perhatian
Aku berpesan pada diriku dan para ibu
Sayangilah semua anak-anakmu
Yang dianugerahkan Tuhan buatmu
Pimpinlah mereka
Didiklah mereka ke jalan Syurga
No comments:
Post a Comment