29 minggu aku di dalam kandungan Ummi. Tak sabar rasanya aku nak lihat dan nikmati keindahan dunia. Kata orang, nak tahu kebesaran Tuhan lihatlah alam. Aku sudah lihat alam rahim. Kini aku nak lihat alam yang ada manusia sepertiku, tumbuh-tumbuhan dan binatang.
18.5.2009 Tuhan telah mentaqdirkan dan mengizinkan aku dilahirkan oleh ummi melalui pembedahan di Hospital Selayang. Ummi tak sedar masa dibedah, sebab ummi kena bius satu badan. Kata ummi dia hanya ingat mati sewaktu dibawa kebilik pembedahan . Manalah tahu, kalau2 ummi dijemput ke alam barzakh.
Sebelum dibedah ummi keluar darah "hidup" banyak. Bila ummi kekurangan darah, pihak hospital terpaksa masukkan darah orang lain yang sudah sedia ada stoknya yang sama jenis dengan darah ummi. Mula2 ummi enggan sebab ummi takut darah yang diderma tu ada apa2 jangkitan seperti yang diwar-warkan di dalam suratkhabar. Akhirnya ummi pasrah selepas Abi minta ummi terima dan bertawakkal kepada Allah.
Selepas aku dikeluarkan dari perut ummi kira2 jam 6.48 petang, aku dimasukkan kewad NICU(Neonatal Intensive Care Unit). Ummi tidak dapat menatap aku sewaktu pertama kali aku dilahirkan kerana ummi belum sedar lagi. Biarlah ummi berehat dulu, lagipun ummi perlu melalui proses seterusnya –dijahit tempat bedah-.
Kira-kira hampir sebulan aku ditempatkan didalam "incubator". Aku dikawal rapi oleh doktor2 dan jururawat2 yang bertugas mengikut syif masing-masing. Mula2 aku dipasangkan oksigen, bila agak stabil, aku terpaksa belajar bernafas sendiri. Kadang-kadang aku menjerit, menangis tapi ummi kehairanan kerana suaraku tidak didengari. Sebenarnya peti suaraku belum berfungsi ketika itu –belum sampai waktu-.
Selepas stabil, aku tidak lagi berada di dalam "incubator". Aku ditempatkan pula didalam "baby cot". Jururawat bertugas memberikanku susu ummi yang dipam dan disimpan didalam peti sejuk diwad. Kadang-kadang melalui picagari, kebanyakannya melalui tiub. Kini aku diberi susu 3jam sekali mengikut kuantiti (dalam ml) tertentu. Di dalam "incubator" biasanya aku diberi susu 2jam sekali. Adakalanya aku terpaksa berpuasa daripada minum susu ummi. He he! Bayi pun kena puasa…malulah kalau orang baligh tak berpuasa. Doktor terpaksa arahkan jururawat puasakan aku bila mendapati perut aku kembung-iaitu biasanya kira-kira 29cm keatas -ukuran lilitan perutku-. Tapi puasa aku istemewa, sebab aku diberi pula pelbagai jenis vitamin dan lipid. Tapi abi dan ummi tetap seperti selalu; menghantar susu untukku dan menjengukku diwad setiap hari. Jadi aku tidak keseorangan; aku ada Tuhan, abi dan ummi, doktor, jururawat, dan bayi-bayi yang seangkatan denganku. Indahnya dunia awalku.
Apabila beratku mencecah 1.6kg, ummi mula mengajar aku minum susu sendiri. Huh…penat juga, terpaksa buka mulutku yang kecil dan hisap sendiri. Lalu bergerak-geraklah mulutku dengan saraf-saraf sekelilingnya. Selama 4hari aku menghisap, berat badanku menurun sebab aku guna banyak tenaga. Tapi hari kelima berat badanku kembali naik.
Aku sangat gembira kerana hari ke5 didalam "baby cot", ummi mengambil keputusan tinggal bersamaku diwad walaupun ummi tak tahan sejuk "air-cond" yang teramat sangat. Aku sayang ummi kerana aku tahu ummi perlu berkorban untukku. Selama 8hari ummi menjgaku diwad, beratku semakin naik-1.69kg-1.70kg,- 1.71kg,-1.73kg-1.75kg…dan 1.8kg.Hureyy!!!Tak sabar aku dan ummi nak balik rumah. Tapi sedih juga nak tinggalkan rakan-rakanku bayi-bayi yang lain. Moga Allah panjangkan umur mereka dan pelihara mereka. Istaudi'ukum Allah.
30.6.2009, jam 11 malam aku, abi dan ummi tiba dirumah…Keadaan dirumah sewa kami jauh beza dari wad NICU. Sunyi sepi. Sedangkan diwad meriah dengan tangisan dan jeritan bayi yang membawa pelbagai rentak dan irama.
"Baby" "baby"-Abang Ziyad memanggil.
No comments:
Post a Comment