Ada dua orang kawan saya yang pernah meminta pandangan tentang Kitab Tafsir. Yang pertama meminta pendapat tentang Kitab Tafsir yang sesuai dijadikan rujukan untuk silibus bagi para pelajar Diploma di kolejnya. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris. Dan yang kedua adalah seorang kawan yang bertanyakan tentang Kitab Tafsir yang terbaik sebagai rujukan di dalam Bahasa Melayu.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis Kitab Tafsir dan setiapnya mempunyai keistemewaan tersendiri samada berbahasa Arab, Inggeris, Melayu, Urdu dan sebagainya.
Untuk rakan yang pertama saya telah sarankan Kitab Tafsir oleh Muhammad Asad iaitu "The Message of The Quran", dan juga oleh Sayyid Qutub, asalnya dalam Bahasa Arab iaitu "Fi Zilal Al-Quran" yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Melayu. Selain itu, Kitab Terjemahan yang disertakan dengan Hadis-Hadis berkaitan oleh Dr. Muhsin Khan dan juga Dr.Taqiyuddin Hilali juga telah saya sarankan.
Untuk rakan yang kedua saya telah sarankan beberapa Kitab Tafsir antaranya Tafsir Al-Quran al-'Azim oleh Ibn Kathir dan Tafsir Al-Munir oleh Dr.Wahbah Zuhaili.