Islamic Widget

PEMBACA

Sunday, July 5, 2009

Thesis:FAQ

Salam : Kak Zu maklumat apa yang perlu ada dalam abstrak?
:Kak Zu nak minta pandangan pasal tajuk tesis boleh?
:Zu, nak binding tesis dimana?
:Kak Zu ada tak software terjemahan Hadis dalam Bahasa Inggeris.

Walaupun saya telah lama grad MA dalam Pengajian Hadis di UIAM (convocation 2008 tapi tak hadir), masih terngiang- ngiang soalan yang dilontarkan berkaitan tesis. Apatah lagi sehingga kini ada kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Semoga apa yang saya coretkan disini (secara ringkas) boleh menjadi panduan kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tesis.

Pemilihan tajuk
Seeloknya pilihlah tajuk yang kita telah mempunyai maklumat berkaitan. Lagi banyak maklumat dan luas pengetahuan kita tentang sesuatu isu lagi bagus. Kalau buntu tak tahu nak buat tajuk apa, tanyalah rakan-rakan dan pensyarah2.InsyaAllah mereka akan bagi idea.

Pemilihan penyelia/supervisor
Bergantung kepada polisi department. Kadang2 student boleh pilih, kadang2 committee di department yang tentukan.

Hubungan dengan supervisor
Ada supervisor yang mahukan kita hantar penulisan ikut chapter/bab. Jadi kita perlu berhubung lebih kerap dengan supervisor. Ada supervisor yang menyerahkan tugas menyiapkan tesis dari A-Z, kemudian serahkan kepadanya. Bergantung kepada pensyarah/supervisor masing2.Dalam kes saya, supervisor awal2 dah bagitau:"Zunaidah enti/kamu tulis dulu tesis hingga siap kemudian hantar kat saya. Sebenarnya bahan2 tesis enti/kamu semua sudah ada pada saya (sebab tajuk tesis saya adalah cadangan beliau, kemudian saya garapkan ideanya melalui kajian saya), tapi enti tulis dulu….sampai enti dah surrender, nanti saya bagi"….

Proses penulisan
Tak perlu terikat dengan susunan bab sewaktu menulis. Kadang2 idea tak ada untuk siapkan bab pertama, kita pergi ke bab2 lain (2/3/4???) yang kita dah ada idea/maklumat. Buatlah folder asing2 bagi setiap bab. Jangan lupa save penulisan kita dalam email ke, USB, floppy, laptop, portable hardisk dll…Pastikan di save dalam tempat yang selamat kerana tidak sedikit orang yang laptop/computer rosak di saat2 akhir!!

Editing bahasa
Editlah bahasa dengan orang yang boleh dipercayai kepakarannya dalam bahasa (Inggeris/Arab). Dengan kawan2 yang dikenali lagi save budget.Kalau di lab bahasa pun tak ape kalau dah taka de pilihan. 1 page=RM3. Kalau translation 1 page=RM40. Saya diberitahu kawan, seseorang telah membelanjakan RM700 untuk edit bahasa tesisnya di lab bahasa.

Edit format
Format mestilah di edit betul2 seperti dalam guideline tesis. Pastikan formatting system adalah yang terkini kerana waktu saya tulis tesis dulu formatnya berubah-ubah. Kalau nak upah kat orang yang dah expert dalam bab formatting pun ok, jimat masa kita tapi kena keluarlah belanjalah; biasanya 1page=RM1.

Abstrak
3 maklumat penting yang perlu ada: hadaf/objective, manhaj/methodology, natijah/result. Bahasanya perlu ringkas, padat dan tepat. Abstrak part paling penting dalam tesis semasa pengesahan di Kuliyyah.

Tempat binding
Banyak tempat. Harga tesis Bahasa Inggeris jauh lebih murah berbanding Bahasa Arab. Saya binding di kedai kat tapak pasar malam berdekatan Sek Al-Amin. Tesis saya lebih kurang 190 mukasurat= lebihkurang RM40.Saya buat 10 copy.

Software2
Manfaatkan software2 yang ada seperti untuk simbol2, terjemahan Hadis dan Al-Quran, "Maktabah Syamilah" dll kemudahan IT.

Akhir kata SELAMAT MENYIAPKAN TESIS!




No comments: