Islamic Widget

PEMBACA

Tuesday, July 7, 2009

RINDU NAK MENGAJAR

HANYA TINGGAL LAGI KIRA2 2MINGGU UNTUK SAYA KEMBALI KE UIA SEBAGAI PENSYARAH (BACA SEBAGAI USTAZAH). SAYA MENGAJAR SCIENCES OF HADITH (PENGENALAN ILMU-ILMU HADIS).

TAPI SEBENARNYA SAYA LEBIH SUKA MENGAJAR DISURAU DEKAT RUMAH SAYA. MENGAJAR ORANG2 DEWASA (UMUR ANTARA 30AN-50AN). SAYA MENGAJAR SETIAP SABTU JAM 9.00PAGI. BIASA SAYA MENGAMBIL MASA KIRA2 1 SETENGAH JAM UNTUK MENGAJAR KAKAK2, MAKCIK2 MEMBACA AL-QURAN, ILMU TAJWID DAN TAFSIR. SAYA BAWAKAN SATU SURAH SETIAP MINGGU. ANTARA RUJUKAN UTAMA TAFSIR-TAFSIR YANG SAYA GUNAKAN ADALAH TAFSIR KARANGAN SAYYID QUTB (FI ZILAL ALQURAN), KARANGAN MUHAMAD QURASY SHIHAB (TAFSIR AL-QURAN AL-KARIM) DAN KARANGAN MUFTI SYAFI' (MAARIFUL QURAN: ASALNYA BAHASA URDU DITERJEMAHKAN KEDALAM BAHASA INGGERIS ATAS SELIAAN ANAKNYA MUFTI TAQI UTHMANI). SAYA GABUNGKAN MAKLUMAT2 YANG ADA DALAM KETIGA2 TAFSIR INI KERANA PENDEKATAN DAN PENYAMPAIAN MEREKA BERBEZA-BEZA.

KINI HAMPIR 3 BULAN SAYA BEREHAT DARI MENGAJAR…RNDU RASANYA NAK KEMBALI JADI USTAZAH…TAPI ZUHAIR MASIH KECIL…

No comments: